My College Fund

Dahulu kala - Kad prabayar telefon

Hmm hihi... Budak-budak zaman sekarang konfirm bingung dan blank apakah kegunaan dua keping benda ini. Kalau nak tahu, inilah dia kad prabayar telefon pada tahun 1990-an. Jangan ingat korang je tau apa itu reload dan top-up... Punyalah lama, masa tu masih lagi memakai simbol "$", sebelum digantikan Tun Dr. Mahathir dengan simbol "RM".



Kalau remaja zaman kini membeli kad prabayar untuk telefon bimbit mereka, di zaman 90-an, kami membeli kad prabayar untuk telefon awam. Hehe.



Unifonkad mendahului pasaran Malaysia pada masa itu, dengan Telekom Malaysia agak ketinggalan.



Kalau hari ni korang bising pasal topup prepaid nak kena tax 6%. Kami dulu sudah merasa... Pada awal perlaksanaan cukai ini ramai yang mendapati kredit mereka tinggal RM9.50.



Korang pun nanti macam ni ler, kalau syarikat telefon berkeras nak alihkan cukai kerajaan kepada korang, nanti korang topup RM10, tinggal RM9.40 je.



Kad-kad menjadi pupus dengan kemunculan prabayar telefon bimbit yang dipelopori Maxis (dengan jenama Hotlink). Tambahan pula bila telefon bimbit dah boleh SMS.



Kini kalau korang jumpa telefon awam, besar kemungkinan korang hanya jumpa yang pakai syiling sahaja. Nak jumpa yang pakai kad ni, kiranya amat jarang.



So itulah zaman 90-an

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...