My College Fund

bps pi sinema - LIBAS



Ramai yang tertunggu-tunggu dengan filem ini sejak trailer dia keluar dalam youtube berbulan lepas. Saya menonton filem ini pada hari pertama.

Secara jujurnya, bagi aku filem ini dikira baik bagi syarikat yang pertama kali buat filem. Walaupun penceritaannya macam kureng, kesemua itu boleh diterima dengan kesan-kesan CGI yang tidak mengecewakan. Jenaka-jenaka yang dibawakan, terutamanya penggunaan Bahasa Thai, bakal membuatkan anda tertawa.

Lakonan Rosyam Noor dan Scha Al-Yahya tak perlulah aku nak cerita, semua sudah sedia maklum ketokohan Rosyam ini. Apa pun, aku harus berikan pujian kepada lakonan Zek Zamri, Johan, dan 'KuMok'. Zek Zamri terutamanya memang menyerlah dengan lakonan brutal dan komedi bahasa thai dia. KuMok pula harus diberikan pujian kerana sebagai first timer di layar filem, jumlah masa lakonan beliau didalam skrin mungkin lebih daripada heroin filem yang dilakonkan oleh Scha.

Filem ini tidak ciplak Shaolin Soccer. Formulanya mungkin ada sama, tetapi tidak begitu. Tak perlulah nak harapkan yang filem ini menghiburkan bagai Shaolin Soccer, tahap kita dan mereka masih tidak sama.

Akhirnya, filem ini mungkin filem sukan Malaysia yang terbaik, saya lebih suka yang ini berbanding filem Gila Bola (gila futsal) yang capitalize bintang-bintang Akademi Fantasia suatu masa dahulu. Harapnya filem ini dapat cover modal.

SINOPSIS RASMI

LIBAS merupakan sebuah kisah perebutan bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Raja Libas berusaha bagi mendapatkan semula bola raga pusaka dipertandingan “Libas" yang merupakan satu pertandingan/pertarungan sepak takraw yang diadakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.

Lantaran itu Raja Libas terpaksa mencari muka-muka baru untuk dilatih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat ditebus semula. Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamidi seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan 3 pemain, maka Megat telah menawarkan diri.

Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang LIBAS kepada Hamidi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw.

Menjelang perlawanan pelbagai kejadian menimpa pasukan negara didalam memastikan kemenangan. Pasukan negara terpaksa bermain dengan 2 pemain apabila salah seorang dari pemain mereka tersingkir. Pasukan negara jiran menggunakan teknik berbisa sehingga pasukan negara mengalami kecederaan parah sewaktu perlawanan akhir.

Disamping sedang menghadapi masalah tentang pertarungan sepak takraw, Raja Libas juga terpaksa memikirkan konflik percintaannya dengan Ratna. Apakah yang bakal terjadi kepada Raja Libas dan pemain-pemainnya? Bagaimanakah kesudahan konflik percintaan diantara Raja Libas dan Ratna? Saksikan semuanya di dalam "LIBAS".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...