My College Fund

Superdad


Sesetengah orang kata yang hari-hari tertentu hanyalah marketing hype untuk melariskan barang. Sebagai contoh hari valentine di mana bunga ros mahal dijual pada hari tersebut. Antara hari lain adalah hari ibu dan hari bapa. Bagi aku kalau nak hargai parents, hari apa pun boleh. ...misalnya bagi hadiah hujung tahun sebab masa tu kan ada antara kita dapat bonus.

Apa pendapat anda?

"Beat It" vs "Eat It"

The Late Michael Jackson is a Muslim?



Spread the word. thank you

Buih-buih Cinta

Hujung minggu lepas aku kensel perjalananku untuk makan ke QueensbayMall sebab nampak wayang open-air di Giant, Bayan baru, Pulau Pinang. Pasal apa open air? Giant punya birthday ka? Tak, rupa-rupanya JnJ buat promotion. So aku singgah. Aku singgah sekejap, ambil sedikit gambar, lepas tu masuk Giant, soru KFC... lapar punya pasal. Bila keluar balik, depa dah bungkus wayang. Rupanya wayang tu satu hari je... kalau terlepas kena pi Giant Johor Bahru (esok 27/6/2009) atau tunggu TV3 tayang.


Buih-buih Cinta ditaja oleh Johnson's Mandi Susu...


Adegan tackle-menackle Rashidi dan Vanidah hehe... pegang tangan tu...
(mentang-mentang la dalam real-life korang ni husband and wife)


Orang ramai yang menonton wayang open air, sekaligus dipropagandakan dengan produk Johnson & Johnson's di Giant Bayan Baru minggu lepas.

Prebiu video boleh ditonton EKSKLUSIF-online di Blog Jumie

Erk?! Rumah aku Berasap!

Penduduk blok berpusu-pusu keluar apabila asap putih pekat melanda rumah mereka.

Tu dia habis satu blok. Ini bukanlah satu insiden kebakaran, tapi keperihatinan pihak kesihatan dalam mengawal kes denggi dan chikungunya. Walaupun Influenza A (H1N1) melanda, effort mencegah denggi pun pejabat kesihatan tak lupa. Inilah gambar-gambar smogging di rumahku 23 hari bulan lepas.


Celah-celah rumah, celah-celah kereta tidak dilepaskan.
Malam tu walaupun dinding rumah ada trace bau-bau asap, tapi kami tidur lena.

Burp... Pizza... Sedap... Alhamdulillah

Hujung minggu ini ada karnival melantak durian. Hari ini pula PPKT ada 'pesta' makan piza. 24 kotak piza dipesan untuk disoru oleh SEMUA staf PPKT. Saje sharing the rezeki... B'day... Alhamdulillah...


Awek pizza hut yang cun sedang menyediakan 24 biji kotak piza


Mamat tukang masak piza di dapur sedang menyediakan 24 biji piza.


Inilah piza tu, yang Encik tu pegang perisa Daging... ada yang ayam, seafood, dan sayuran. So ada 6 plastik x 4 kotak semuanya yang nak kena angkut untuk jamuan.

24 kotak piza telah diedarkan ke semua bahagian dan bangunan ppkt, termasuk di BPLK, D18, dan D37, serta kompleks eureka.

semua dijemput makan.

esok jenuhlah cleaner nak buang semua 24 kotak tu



Weh... nak hadiah...

Hari hadiah


Apakah hadiah bakal aku dapat untuk hari ini?

Pesta Melantak Durian


klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas

Saya ni cuma memanjangkan promosi yang dibuat oleh En. Fikry dalam laman web forum staf. Bloggers Pulau Pinang bolehlah balik hujung minggu ni ya pening makan Durian OK.

Mengenang Jasa Staf


En. Hazmin (bersara) menerima cenderamata kenang-kenangan daripada En. Zulham Hamdan


PPKT telah mengadakan majlis mengenang jasa staf yang telah bersara dan bertukar tempat kerja.

USM & Iranian President election


Creative Commons License
10th Iranian Presidential Election poster on USM International
by Rizman Suzaidi is licensed under a Creative Commons Attribution 2.5 Malaysia License.

Iranian citizen near Pulau Pinang has posted their votes today in USM International Office.

Nas Sobri masuk TV


Dulu aku 'masuk' TV dengan Sharifah Aleya, kini kawanku pula yang masuk TV

After I manage to 'be on TV', a friend of mine, a local Balik Pulau, Penang enterpreneur, Nas Sobri also 'get to enter live' on TV, but different TV la


dalam rancangan Di Luar Lingkungan bersama Sayed Munawar.
Turut serta adalah:

Prof Dato' Dr. Hashim Yaacob,
Naib Canselor Kolej Universiti Kejururawatan Antarabangsa

dan

Prof. Dr. Rahman Shaari
Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya



Komen En. Nas Sobri diperbentangkan oleh Angeline. Ia kemudiannya dijawab, dikupas, dan dibahaskan oleh ahli panel.
Nas Sobri's comments presented, and get discussed

Adengan Nas Sobri tersebut boleh ditonton di sini
Nas Sobri's stint can be viewed here

Nas Sobri 'on' TV1

ASIMO

Sempena movie robot Terminator yang ditayangkan sekarang, jom kita kenang semula robot ASIMO yang telah datang ke Pulau Pinang

ASIMO DIPERKENALKAN


ASIMO 'MELUKIS'


ASIMO BERLARI


ASIMO BAGI MINUM


ASIMO MENARI

Buat Kerja - macam biasa


Baru je beberapa bulan lepas kita menyambut tahun baru 2009. Kini telah masuk bulan enam. Ini la kerja aku, membantu dalam pengurusan pelayan.

Where there was crisis there were Superman

KRISIS

plate number of an expensive sport car, outside a local eateries.

SUPERMAN

advertisement near the the car and and the restaurant


gambar-gambar ini diambil menggunakan henfon Sony Ericsson Z550i semasa aku lepak dengan @WoNoJo di Kayu Nasi Kandar, Bukit Jambul, Pulau Pinang

ASIMO (pun) kantoi

Korang dah tengok ASIMO di Queensbay Mall Enam bulan lepas kan?. Ya. Asimo boleh berjalan, menendang bola, memegang berus lukisan, membawa dulang minuman, dan melakukan pergerakan kompleks (tarian). Tapi bolehkah ASIMO menaiki tangga?



Bukan itu sahaja, kadang-kadang ASIMO cannot compute instruction



Nasib baiklah ASIMO tidak lari, mungkin boleh jatuh dari pentas. Di negara luar di mana ASIMO didemokan, terlalu banyak programming menyebabkan ASIMO terkantoi.



Pada ketika ini rasanya mereka dah well verse tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya ASIMO kantoi - batalkan sesi pertunjukan.

Walaupun menemui kegagalan, Honda tetap meneruskan hasrat mereka, hasilnya enam bulan lalu, pesakit kanak-kanak terhibur dengan telatah ASIMO di salah sebuah hospital di Pulau Pinang. Rakyat Malaysia pula dapat melihat robot humanoid. Kali terakhir kita melihat robot betul mungkin lebih 10 tahun dulu sempena perayaan RTM iaitu robot yang boleh melukis potret.

Berkat usaha Honda, baru-baru ini ASIMO telah menjadi konduktor dalam satu persembahan live Detroit Symphony.

Pokoknya, kita kena berani gagal. Berani amik risiko jatuh sebelum boleh berjalan.

Berani amik risiko gagal SPM sebelum berjaya dalam SPM.

Kekalutan semasa proses pengambilan pelajar USM baru-baru ini tak perlulah diheboh-hebohkan sangat. USM yang buat julung-julung kalinya membuat proses pendaftaran pelajar USM tanpa melalui UPU. Perkara ini pastinya akan diperkemas dari masa ke semasa.

Sama la juga USMFC masuk Liga Perdana... ye la dah main bola, mesti la ada kalah dan menang. Kalau ada menang, wajib ada kalah. Dalam exam, 45-50% ke atas, dah dikira lulus, tapi dalam bolasepak, beri 100% pun belum tentu menang.

Senang cerita macam ni la, kalau kita asyik takut accident, jangan bawak kereta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...