My College Fund

ASIMO (pun) kantoi

Korang dah tengok ASIMO di Queensbay Mall Enam bulan lepas kan?. Ya. Asimo boleh berjalan, menendang bola, memegang berus lukisan, membawa dulang minuman, dan melakukan pergerakan kompleks (tarian). Tapi bolehkah ASIMO menaiki tangga?



Bukan itu sahaja, kadang-kadang ASIMO cannot compute instruction



Nasib baiklah ASIMO tidak lari, mungkin boleh jatuh dari pentas. Di negara luar di mana ASIMO didemokan, terlalu banyak programming menyebabkan ASIMO terkantoi.



Pada ketika ini rasanya mereka dah well verse tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya ASIMO kantoi - batalkan sesi pertunjukan.

Walaupun menemui kegagalan, Honda tetap meneruskan hasrat mereka, hasilnya enam bulan lalu, pesakit kanak-kanak terhibur dengan telatah ASIMO di salah sebuah hospital di Pulau Pinang. Rakyat Malaysia pula dapat melihat robot humanoid. Kali terakhir kita melihat robot betul mungkin lebih 10 tahun dulu sempena perayaan RTM iaitu robot yang boleh melukis potret.

Berkat usaha Honda, baru-baru ini ASIMO telah menjadi konduktor dalam satu persembahan live Detroit Symphony.

Pokoknya, kita kena berani gagal. Berani amik risiko jatuh sebelum boleh berjalan.

Berani amik risiko gagal SPM sebelum berjaya dalam SPM.

Kekalutan semasa proses pengambilan pelajar USM baru-baru ini tak perlulah diheboh-hebohkan sangat. USM yang buat julung-julung kalinya membuat proses pendaftaran pelajar USM tanpa melalui UPU. Perkara ini pastinya akan diperkemas dari masa ke semasa.

Sama la juga USMFC masuk Liga Perdana... ye la dah main bola, mesti la ada kalah dan menang. Kalau ada menang, wajib ada kalah. Dalam exam, 45-50% ke atas, dah dikira lulus, tapi dalam bolasepak, beri 100% pun belum tentu menang.

Senang cerita macam ni la, kalau kita asyik takut accident, jangan bawak kereta.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...