My College Fund
Potensi tingkat jualan 500% dengan IOT - Internet of Things
Baru-baru ini saya terbaca akhbar tentang IOT dan saya bincang tentangnya antara rakan-rakan bisnes.
Apa itu IOT?
Anda boleh cari online atau rujuk wikipedia untuk penjelasan lanjut. Secara mudahnya di zaman IOT maknanya barang-barang biasa akan disambungkan ke internet.
Kini memang sudah ada peranti yang disambungkan ke internet seperti komputer dan telefon. Bukannya perkara besar pun. Memang kita dah biasa dengan benda ini disambung ke internet. Idea untuk sambungkan kereta, motor dan rumah pun sudah menjadi idea biasa.
Bayangkan banyak lagi alat yang tak terduga akan disambung ke internet. Sebagai contoh, mesin ambil tekanan darah, atau bacaan guna, atau alat penimbang berat. Lepas kita ambil BP, cucuk 'baca gula', ambil berat... automatik sampai ke doktor di hospital.
Dianggarkan pada tahun 2020, akan ada 25 bilion peranti akan disambung ke internet. Dengan penduduk dunia dianggarkan dalam 6 bilion. Jadi puratanya, seoranng akan ada 4 hingga 5 peranti.
Apa bagusnya untuk bisnes kecil macam kita?
Senang sahaja... ...pada tahun 2020, kita berpotensi buat jualan hingga 500% bagi setiap ringgit yang kita buat sekarang. Pelanggan akan boleh terdedah dengan jenama kita 5 kali ganda daripada sekarang.
Soalannya, adakah bangsa kita sudah bersedia?
Daripada pemerhatian saya, Dapatlah disimpulkan ramai daripada bangsa saya sendiri yang belum. walhal bangsa lain dah mendahului. Ada banyak lagi yang saya boleh cerita, tapi ianya mungkin tak sesuai untuk disembang dalam bacaan umum.
Kalau jumpa saya, bolehlah berdiskusi.
BUKALAH MATA, KALAU TAK MAHU TERUS KETINGGALAN!
Borang Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Kerajaan
Assalamualaikum wmt. wbr.
Oleh kerana ada yang bertanya, maka... saya kongsikan...
Bagi lepasan SPM. Ramai yang tidak tahu di mana untuk mendapatkan borang untuk memohon jawatan dalam bidang perkhidmatan awam (atau bahasa mudahnya: kerajaan).
borang online boleh diisi di sini
Anda akan dimaklumkan bila ada kekosongan jawatan.
Tips menggandakan wang bantuan hari raya RM500
![]() |
| Pengasas kawtim.com di #MyCyberSale networking session baru-baru ini |
Jadi macam mana nak gandakan RM500 tu? Oleh kerana ada orang yang bertanya, berikut adalah beberapa petua yang saya berikan semasa sesi sembang-sembang dengan dia tadi.
- Simpanan di bank / Masuk Saham Amanah: Sekiranya simpanan/saham tersebut memberikan dividen 6% pada hujung tahun. RM500 anda akan berkembang jadi
- RM 515.00 pada hujung tahun ini
- RM 530.45 pada hujung tahun depan
- Berniaga: Berniaga ini berisiko, boleh untung, boleh rugi. Andai kata anda sentiasa mendapat keuntungan 6% setiap bulan. RM500 anda akan berkembang jadi
- RM 751.82 pada hujung tahun ini
- RM 1512.80 pada hujung tahun depan
Sekian sahaja! Selamat menggandakan wang anda!
MyCyberSale
![]() |
| Pengasas kawtim.com di #MyCyberSale networking session baru-baru ini |
#MYCYBERSALE adalah acara jualan online terbesar di Malaysia di mana eTailers (e-peruncit / e-peniaga) popular Malaysia popular Malaysia menjual pada tempoh yang sama.
Semasa #MyCyberSale, diskaun yang besar dan penghantaran percuma biasanya akan diberikan ke atas produk dan perkhidmatan dari eTailers yang mengambil bahagian
#MyCyberSale dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), CyberSecurity Malaysia dan SME Corp. Malaysia.
#MyCyberSale bertujuan untuk meningkatkan (menggalakkan) industri e-Dagang di Malaysia menerusi objektif-objektif ini:
- Untuk menjana permintaan membeli-belah dalam talian daripada pengguna
- Untuk menggalakkan IKS untuk menerima pakai e-dagang dalam perniagaan mereka; dan
- Untuk meningkatkan pendapatan domestik e-dagang
*berbanding menggajikan pakar IT
Pendapatan baru Jururawat U29 boleh cecah RM 7,075.95 sebulan
Jururawat U29 lepasan diploma kejururawatan berpeluang mendapat pendapatan mencecah RM 7,075.95 sebulan mengikut kiraan baru daripada surat tawaran jawatan yang semua jawatan kerajaan yang mengikut JPA/SPA. Pengiraan adalah berdasarkan gaji maksima + elaun-elaun termasuk elaun kritikal.
MAHU E-BOOK LENGKAP INI PERCUMA? DOWNLOAD CEPAT! Tawaran Terhad! - eBuku Percuma - Magnet Kekayaan & Kejayaan
MAHU E-BOOK LENGKAP INI PERCUMA?
Dalam post baru-baru ini saya ada kongsikan senarai ringkas 15 magnet kekayaan dan kejayaan yang saya dapati semasa menghadiri seminar Mudahnya Berniaga 2016. Kini anda boleh fahami dengan lebih lanjut lagi kerana Dr. Azizan Osman baharu sahaja tadi mengumumkan untuk memberi e-buku ini secara percuma. Ya... tiba-tiba je angin dia macam tu...
Anda perlu CEPAT kerana menurut Dr. Azizan, beliau kini tengah ada mood nak beri percuma.
Terlepas seminar Mudahnya Berniaga? Takpa, saya kongsikan 15 rahsia Magnet Kejayaan & Kejayaan dari seminar itu.
Berikut adalah LAGI ringkasan ilmu yang Dr. Azizan Osman sampaikan semasa Seminar Mudahnya Berniaga.
15 MAGNET KEJAYAAN/KEKAYAAN
- mempunyai mentaliti yg betul
- mempunyai matlamat yg cukup jelas (hingga anda boleh gambarkan - contoh nak bila KLCC ada pelan dan ilustrasi pelukis)
- mempunyai mentor yang terbukti berjaya
- mengetahui apa misi besar (the big why) dia perlu berjaya
- mempunyai model/tiru orang yang berjaya
- berkata, "saya MESTI berjaya"
- menguasai (mastery) dalam perkara-perkara berikut
- potensi diri
- hidup
- masa
- wang
- kerjaya
- bisnes
- menguasai emosi diri dengan ELMU
- mesti sentiasa mensyukuri nikmat Allah - buktikan dengan menjaga solat esp solat berjemaah awal waktu di masjid
- mempunyai strategi dan sistem
- mempunyai tindakan/tenaga luar biasa
- mempunyai tindakan/tenaga yang berani
- mempunyai tindakan/tenaga yang konsisten
- mempunyai niat yang betul
- mempunyai inspirasi yang jelas
"Fast Action, Fast Result"
*berbanding menggajikan pakar IT
Minta resit GST dapat modenas? biar betul!
Wow tak sangka, minta resit GST boleh dapat motor, tablet, baucer, peti sejuk, TV mesin basuh... wow... ...tapi itulah yang saya nampak di laman web SME Corp.
Maklumat lanjut tentang peraduan ini bolehlah didapati di http://www.smecorp.gov.my/index.php/en/slides/1437-jom-minta-resit-gst
Pendedahan! Patutlah bertambah kaya, anak arwah jutawan kosmetik ini pernah buat kerja kotor di luar negara rupanya!
![]() |
| bergambar bersama Puan Erni Dekritawati Yuliana Buhari (@rita_sosilawati) di TM SME BizFest 2016 |
Itulah antara pendedahan yang didedahkan Puan Erni (Rita) semalam dalam ceramah yang bertajuk "Cabaran itu Peluang" anjuran TM di sebuah hotel ternama di Georgetown, Pulau Pinang.
Sedikit pengenalan berkenaan dengan Puan Erni (Rita)
Puan Erni merupakan anak sulung kepada Allahyarhamah Dato' Sosilawati Lawiya. Beliau memiliki Sarjana dalam Pengurusan dan Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Nottingham Trent, UK. Sejak dari sekolah lagi, Puan Erni telah menunjukkan kepimpinan teladan dan telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah dan trofi.
Dilengkapi dengan kecantikan dan pengetahuan, naluri perniagaannya telah dipupuk dari usia muda. Sebagai seorang wanita yang berkarisma, beliau ingin mengembangkan Nouvelle Visage (perniagaan yang diasaskan oleh arwah ibunya) ke dimensi yang lebih luas,
Apa yang Puan Erni (Rita) sampaikan semalam
Dalam ceramah semalam (kelmarin kata orang utara), beliau berkongsi kisah pengalaman 'dipaksa' berniaga semasa kecil dan tidak memilih kerja semasa belajar di universiti (UK) seperti membuat kerja-kerja 'kotor' rencam jadi tukang cuci hospital. Semasa di NV Malaysia beliau bermula menjadi operator telefon, kemudian naik satu-satu tingkat kerja sebelum jadi Pengarah Urusan. Dengan melakukan semua kerja di dalam perniagaan arwah ibunya, Puan Erni mengetahui semua selok-belok urusan perniagaan dalam syarikat tersebut.
Untuk meningkatkan hasil perniagaan, beliau menyarankan peniaga menggunakan kuasa internet dan jangan kedekut duit untuk pengiklanan. Beliau turut menyarankan usahawan bermula dengan pengiklanan internet. Beliau juga turut menyarankan agar peniaga dan usahawan berkongsi masalah sesama industri dalam menyelesaikan sesuatu isu (contohnya: sijil/lesen tertentu lambat dikeluarkan).
Kerana kesuntukan masa, beliau hanya sempat menjawab dua soalan dari peserta. Dalam sesi soal jawab, beliau telah menyarankan agar usahawan memperuntukkan 30% untuk pemasaran dan menggunakan testimoni pelanggan & teknik pemasaran internet dalam usaha untuk meningkatkan jualan seterusnya membesarkan perniagaan.
11 Halangan kenapa orang itu tidak boleh berjaya (Seminar Mudahnya Berniaga Dr Azizan Osman)
Berikut adalah ringkasan ilmu yang Dr. Azizan Osman sampaikan semasa Seminar Mudahnya Berniaga.
11 Halangan kenapa orang itu tidak boleh berjaya
- sikap ego
- sikap skeptikal
- sikap takut (untuk mencuba atau berubah)
- rasa tak layak dapat
- tidak berkeyakinan
- sikap suka bertangguh
- suka beralasan
- suka menunggu, (mahu nanti, sepatutnya nak SEKARANG)
- berkawan dengan kawan negatif
- tidak bersungguh-sungguh
- salahkan Tuhan dan agama
"Fast Action, Fast Result"
*berbanding menggajikan pakar IT
Langgan:
Catatan (Atom)











