My College Fund

Pendedahan! Patutlah bertambah kaya, anak arwah jutawan kosmetik ini pernah buat kerja kotor di luar negara rupanya!

bergambar bersama Puan Erni Dekritawati Yuliana Buhari (@rita_sosilawati) di TM SME BizFest 2016
"Hang bolehlah, arwah mak hang jutawan", Begitulah fikiran saya yang sudah dilambakkan dengan drama-drama TV cerita korporat Malaysia. Ingatkan memang macam tu jenis mereka ini... Memang saya tak sangka rupa-rupanya Puan Erni Dekritawati Yuliana Buhari (@rita_sosilawati) ini tidak memilih kerja dan pernah berjawatan tukang cuci di sebuah hospital di luar negara dimana beliau ditugaskan mencuci darah pesakit, dan lain-lain yang kotor di hospital. (Patutlah kaya, rajin dan tak berkira rupanya!)

Itulah antara pendedahan yang didedahkan Puan Erni (Rita) semalam dalam ceramah yang bertajuk "Cabaran itu Peluang" anjuran TM di sebuah hotel ternama di Georgetown, Pulau Pinang.

Sedikit pengenalan berkenaan dengan Puan Erni (Rita)

Puan Erni merupakan anak sulung kepada Allahyarhamah Dato' Sosilawati Lawiya. Beliau memiliki Sarjana dalam Pengurusan dan Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Nottingham Trent, UK. Sejak dari sekolah lagi, Puan Erni telah menunjukkan kepimpinan teladan dan telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah dan trofi.

Dilengkapi dengan kecantikan dan pengetahuan, naluri perniagaannya telah dipupuk dari usia muda. Sebagai seorang wanita yang berkarisma, beliau ingin mengembangkan Nouvelle Visage (perniagaan yang diasaskan oleh arwah ibunya) ke dimensi yang lebih luas,

Apa yang Puan Erni (Rita) sampaikan semalam

Dalam ceramah semalam (kelmarin kata orang utara), beliau berkongsi kisah pengalaman 'dipaksa' berniaga semasa kecil dan tidak memilih kerja semasa belajar di universiti (UK) seperti membuat kerja-kerja 'kotor' rencam jadi tukang cuci hospital. Semasa di NV Malaysia beliau bermula menjadi operator telefon, kemudian naik satu-satu tingkat kerja sebelum jadi Pengarah Urusan. Dengan melakukan semua kerja di dalam perniagaan arwah ibunya, Puan Erni mengetahui semua selok-belok urusan perniagaan dalam syarikat tersebut.

Untuk meningkatkan hasil perniagaan, beliau menyarankan peniaga menggunakan kuasa internet dan jangan kedekut duit untuk pengiklanan. Beliau turut menyarankan usahawan bermula dengan pengiklanan internet. Beliau juga turut menyarankan agar peniaga dan usahawan berkongsi masalah sesama industri dalam menyelesaikan sesuatu isu (contohnya: sijil/lesen tertentu lambat dikeluarkan).

Kerana kesuntukan masa, beliau hanya sempat menjawab dua soalan dari peserta. Dalam sesi soal jawab, beliau telah menyarankan agar usahawan memperuntukkan 30% untuk pemasaran dan menggunakan testimoni pelanggan & teknik pemasaran internet dalam usaha untuk meningkatkan jualan seterusnya membesarkan perniagaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...