My College Fund

Bantuan RM2500 Dari KWSP Yang Tidak Diketahui Oleh Orang Ramai! Sebarkan!


Kematian memang menyedihkan, apatah lagi kepayahan kepada keluarga si-mati yang terpaksa menguruskan kematian tersebut. Tahukah anda, yang KWSP menyediakan bantuan kematian berjumlah RM2500>

Berikut adalah petikan dari Laman web KWSP.

Bantuan Kematian dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli apabila Pengeluaran Kematian dibuat. Bayaran kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli adalah mengikut budi bicara KWSP. Jumlah Bantuan Kematian adalah sebanyak RM2,500.00. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian;
  • Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian ahli.

Maklumat ini saya dapat daripada http://networkedblogs.com/S27gs melalui faxcebook HazamaKazama

StartupMalaysia D-Code Tech It Up ajar guna ICT untuk memantapkan perniagaan

Ahad baru-baru ini saya telah ke Kuala Lumpur menghadiri StartupMalaysia.org D-Code Tech It Up. Seminar ini diadakan di Universiti Tun Razak (Unirazak), Kuala Lumpur. 

D-CODE "Tech it-Up" merupakan bengkel satu hari yang diadakan sebahagian daripada inisiatif D-Code. Matlamat bengkel ini adalah untuk membantu perniagaan untuk mengadaptasikan teknologi yang meliputi penggunakan aplikasi online percuma, demonstrasi bagaimana menggunakan aplikasi-aplikasi ini untuk mempertingkatkan operasi perniagaan, kursus-kursus online percuma, dan bagaimana menggunakan media social untuk pemasaran perniagaan.

Oleh kerana malam sebelumnya saya terlepas tren (Putra LRT dan KTM Komuter) dan terpaksa menetap di hotel yang jauh, pagi tersebut saya terlepas sesi...
  • Inspirational Talk “How Technology Can Boost Your Small Business” by Evan Tan, Regional Director for Southeast Asia, Freelancer.com
  • Benefiting Free Tools from Google by Marcus Foon, Founder, Google Business Group (Malaysia)
  • Virtual Meetings – Get more done FOC by Evelyn Samuel, Manager, Google Business Group (Kuala Lumpur)
Walaubagaimanapun, saya sempat mendengar tentang
  • Reduce admin costs with Google Apps by Lingesh Sathasivam, Trainer for Google Web Academy & Founder of Google Business Group (Kuantan)
  • Leverage Social Media by Marcus Foon, Founder, Google Business Group (Malaysia)
  • Free Online Learning by Wemel Cumavoo, co-founder & CEO, MyMobileUni.com

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web StartupMalaysia

bersama Edina Manuel, dari ZenMondays

foto bersama Marcus Foon dari Zocial Inc yang mencipta ZocialRank dan ZocialEye

Blogrrr 2013 - Himpunan Blogger terbesar di Malaysia?!


Tahniah .mynic kerana menganjurkan BLOGRRR, sebuah acara BLOGRRR terhebat sebelum 2013 melabuhkan tirainya.

Whooh! penat datang dari Pulau Pinang!

Hip hip horay Mynic

BLOGRRR bukan sahaja menarik ramai pengunjung, malah majlis perkongsian ilmu turut juga diadakan.

Selain itu, pekedai-pekedai online (atau lebih dikenali dengan blogshop) turut diberi peluang untuk membuka meja perniagaan online mereka di BLOGRRR.

Kemuncaknya penulis-penulis blog dihargai dengan penyampaian hadiah.

Senarai 11 Blog Malaysia Terbaik 2013 anjuran Blogrrr.my

Best Food & Travel Blog – TheBigSmallBoy
Best Personal Blog – Denaihati
Best of Disability Blog – Amir-Hamidi
Best Blogshop – EightDesignsBoutique
Best IT and Gadget Blog – JomPHP
Best Art & Photography Blog – TheEggYolks
Best Entertainment Blog – RotiKaya
Best Sports Blog – Sokernet
Best Fashion & Beauty Blog – Maxmayo
Best Family & Health Blog – IbuBapaCemerlang2012
Best Automotive Blog – Paultan

Sayang sekali, tak berjaya masuk ke Malaysia Books of Records... takpe, mungkin lain kali pihak penganjur boleh buat di Pulau Pinang... mungkin nak lagi best sekalikan dengan Blogfest.Asia

Pada pengakhirannya penulis-penulis blog dapat membuat rangkaian sesama kami disamping berkongsi teknik-teknik rahsia kejayaan masing-masing.

Jom saksikan antara gambar yang kameraku rakam.

Bergambar sempena kempen Restoran Thai Express

Thai Express Malaysia baru dibuka di The Mines, Seri Kembangan.

Apa yang dibuat oleh Restoran Thai Express merupakan satu cara menarik untuk meningkatkan kesedaran orang ramai atas jenama anda. Anda boleh buat kempen foto seperti mereka.

1. gunakan model yang berkaitan dengan perniagaan anda.
2. buat kempen di lokasi strategik
3. tangkap gambar pengunjung bersama model
4. minta pengunjung ambil gambar mereka di restoran Thai Express


untuk banyak lagi gambar-gambar kempen mereka (untuk idea perniagaan anda) kunjungi facebook Thai Express - Malaysia

Bina sendiri poster motivasi anda


Anda semua mungkin pernah tengok poster motivasi sebegini bukan? Sebenarnya anda boleh buat sendiri untuk paparan komputer di http://wigflip.com/automotivator

Selain download hasil kerja anda tadi secara percuma, anda boleh beli poster yang anda bina dengan harga berpatutan.

AutoMotivator is for making printable motivational posters or parody demotivational posters. You choose the picture, colors, and text, and we make your poster.

You can put the poster on your website, or even get a print for at http://wigflip.com/automotivator

Get Malaysian Business Online di YouTube

Get Malaysian Business Online (GMBO) oleh Google ini sedikit berbeza berbanding GMBO oleh SKMM. Free hosting dan domain yang Google punya dah tutup. tapi yang dapat RM1000 (melalui SKMM) tu masih belum tutup. Anda masih boleh isi borang untuk mendapatkan RM1000 online di http://gmbo.skmm.gov.my (hingga hujung tahun 2013 sahaja)




Promo GMBO





Kajian Kes GMBO menggunakan Google Market Place - kedaiummie.com.my





Kajian Kes GMBO menggunakan Google Market Place - byhandbyheart.com.my





Kajian Kes GMBO menggunakan Google Market Place - zeenithdivas.com.my





Kajian Kes GMBO menggunakan Google Market Place - livingquarterslaundry.com.my


Misi RM1,000,000 memperkasa ekonomi bumiputera

Syukur kepada Allah swt. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w...

Terima kasih kepada ibu dan (arwah) bapa yang telah membesarkan saya dengan kasih sayang...

Didikan guru-guru...

Sokongan adik-beradik dan keluarga...

Rakan-rakan...

Baru-baru ini saya dah berjaya menaiktarafkan perniagaan orang Melayu, Cina, dan India. Saya rasa happy dapat membantu mengupgrade perniagaan ceruk kampung rakyat. Kita telah tolong menaik tarafkan perniagaan ceruk kampung kepada perniagaan e-dagang antarabangsa. Saya bersama dengan geng-geng da ri BizCS telah membantu hanpir 1000 orang. Ini bermakna, kami telah berjaya menolong mengagihkan RM1,000,000 kepada setiap perniagaan, dengan setiap perniagaan menerima RM1000 setiap seorang. Dana RM1000 diagihkan terus ke dalam akaun bank penerima oleh SKMM.

Kampung Bujang, Kedah memerupakan antara beberapa tempat yang telah dilawati untuk membantu meningkatkan ekonomi usahawan.
ini la contoh permohonan yang berjaya

Yang tak dapat tu bukan pasal apa... malas nak buat laman web dan register

Gambar hiasan: bersama bakal MB Kedah


Orang lain dapat RM1000, aku dapat nasi lemak dan kopi-O ja...

Onlinekan perniagaan anda dan dapat 'BR1M' RM1000

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan geran RM1000 kepada usahawan untuk upgrade perniagaan mereka dari perniagaan tradisional kepada perniagaan online. Program ini dinamakan Get Malaysian Business Online atau GMBO.

Apa itu GMBO?

Ni saja nak kongsi ni, bukannya aku dapat duit apa pun...

Senang cerita GMBO ni BR1M untuk peniaga ... ye, BR1M, bukan pinjaman... duit bagi terus... OK kalau tak faham lagi kalau BR1M yang korang dapat tu korang kena bayar balik tak? tidak bukan!

Kalau tak percaya ni bukti...

Contoh: Permohonan Geran RM1000 yang telah diluluskan oleh SKMM

Contoh: Screencapture akaun Maybank blogger Ariff Shah yang telah menerima RM1000 dari SKMM
Untuk maklumat lanjut, baca di sini . Tapi kalau malas jugak tak mahu nak ambil tahu, hmm tu tak boleh nak buat apa la... orang nak bagi duit pun tak mau.

Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia dibuka semula

Wow rebat RM200 yang telah ditutup kini dibuka semula...
poster Pakej Komunikasi Belia
klik untuk muat turun poster PDF
    Berikut adalah petikan dari laman sesawang SKMM

    PEMBERITAHUAN

    SKMM ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pakej Komunikasi Belia (PKB) akan diaktifkan semula pada 26 September 2013. Pendaftaran kali ini hanya boleh dilakukan melalui wakil-wakil penjual yang dilantik syarikat telekomunikasi.

    Pendaftaran dalam talian PKB telah ditutup beberapa minggu lalu kerana ia telah mencapai kuota yang ditetapkan iaitu 1.5 juta belia. Namun, setelah pengiraan semula, didapati masih ramai yang tidak menebus rebat RM200 tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

    Mana-mana rebat RM200 yang tidak ditebus akan dimasukkan semula ke dalam jumlah besar 1.5 juta rebat untuk diagihkan semula kepada pemohon lain. Pemohon yang telah tamat tempoh sah rebat boleh terus memohon semula pada 26 September 2013. Setiap permohonan rebat RM200 yang telah lulus harus ditebus dalam masa dua minggu dari tarikh kelulusan permohonan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

    PKB telah diputuskan dalam Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri dan ianya akan terus berjalan sehingga 1.5 juta belia mendapat manfaat daripadanya seperti yang dijanjikan.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...