My College Fund

Buatkan pelanggan tengok iklan kita selalu


Pelanggan tak buang iklan kita, malah siap gantung / tampal lagi kat dalam rumah atau pejabat dengan teknik ini. Apakah teknik tu? Nak tau ke?

Sebenarnya senang je, ambil pen dan kertas, salin yer...

Jeng-jeng-jeng, bagi je kalendar syarikat anda kat pelanggan / bakal pelanggan. Pelanggan akan simpan kalendar kita tu 365 hari. Biasanya pelanggan akan simpan kalendar kita tu 365 hari. Pelanggan akan rujuk kalendar kita setiap kali nak cek tarikh, cuti, dan sebagainya.

Nak lagi orang selalu tengok, buatkan kalendar islamik yang ada waktu solat tu. hehe.

Jangan lupa masukkan informasi-informasi berkenaan dengan syarikat anda seperti nombor telefon, alamat internet (nama domain) dan laman web.

Papan kecil kat kalendar tu tak mampu nak masukkan semua maklumat perniagaan, senarai barang-barang faedah/khasiatnya, dan tawaran-tawaran jualan untuk pelanggan. Sebab tu anda perlukan laman web. Dalam laman web pelanggan dan bakal pelanggan boleh mengetahui lebih banyak lagi. Untuk memudahkan pelanggan datang ke laman web pula, gunakan nama domain (alamat internet) yang mudah diingat (contohnya: abc.xyz, azdirazlan.com, kechix.com, takaful4you.me, kerangbakar.com, perodua.top, khemah.top, aurawangi2u.com, tehrerama.asia, amara.group)

Selamat mencuba & selamat maju jaya.


tips keselamatan menaiki uber / grab / teksi


Teksi memudahkah kita untuk berkomuter, begitu juga dengan perkhidmatan Uber dan Grab. Tapi kita juga perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk menjaga keselamatan.

Klik di bawah untuk mendapatkan petua dari:

62,399 graduan pilih berniaga #senangonline


27.3% graduan memilih untuk berniaga jika tiada peluang pekerjaan / menerima pekerjaan dengan gaji yang diharapkan. Jika maklumat dari Utusan Malaysia sini diambil kira, bermakna setiap tahun 62,399 daripada 228,568 graduan akan memilih perniagaan. Sudah tentunya, cara termudah untuk mereka menyertai perniagaan adalah dengan bermula secara online.

Bisnes Online buat RM170 Bilion


'Kerajaan' mengunjurkan yang e-dagang dan bisnes online mampu memberi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara dari RM 114 Bilion (tanpa campur tangan kerajaan) hingga RM 170 Billion (dengan sokongan dan suntukan kerajaan) pada tahun 2020 nanti.
Soalannya, sebagai rakyat Malaysia, berapakah dari RM170B ni akan masuk poket anda. Sudah tentu, jika anda tak buat apa-apa, anda takkan dapat apa-apa. Tapi jika anda lambat bertindak, besar kemungkinan anda dapat sedikit daripada anda bertindak sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...