My College Fund

Doktor Umum Tun Dr. Mahathir dan diskaun 20%

Amat jarang sekali saya membeli buku, terutamanya yang tebal macam buku "Doktor Umum", Memoir Tun Dr. Mahathir ini. Buku ini menarik di baca.

Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan. Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad. Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden. 

Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia. Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas. Di setiap persimpangan yang dilaluinya, Dr Mahathir menulis semula hukum dan peraturan. Autobiografi ini menjadi jendela bagi mengintai cara luar biasa beliau berfikir dan bagaimana pemikiran beliau dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Malaysia, daripada Perang Dunia Kedua dan Perjanjian MacMichael kepada kemerdekaan, perindustrian serta pembentukan Malaysia moden, krisis politik dan kewangan pada akhir 1990-an, serta cabaran abad baru. Buku ini mendedahkan ciri-ciri yang sebelum ini tidak diketahui mengenai seorang insan yang tidak suka menonjolkan diri, tetapi akhirnya menjadi negarawan yang berani. Buku ini menceritakan politik Malaysia moden melalui kaca mata salah seorang daripada pengukirnya yang agung. Ia bukan untuk meminta pengampunan atau percubaan mempertahankan diri, tetapi pengisahan yang tegas, menambat perhatian dan menarik mengenai bagaimana serta mengapa Dr Mahathir mencatat begitu banyak kejayaan dalam masa yang singkat. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.

Antara Komen Pembaca:

"3/5" - Bob

"Penulisan Yang Cukup Jujur dan Berani. Beliau tidak takut pada kritikan dan sentiasa melaksanakan apa yang difikikannya betul dan mempunyai kesan jangka masa panjang yang baik. Beliaulah pemimpin terbaik yang pernah dimiliki Malaysia sepanjang 55 tahun negara ini Merdeka ..... "
- Noor Effandi 

"Tun M adalah seorang negarawan yang jujur dan amanah.Apa tersurat adalah tersirat jua.Tiada keralatan isu dan yang diperkatakan.Ianya akan menjadi refrensi buat para pelajar,masyarakat dan negara.Terbaik sekiranya disumbangkan kepa semua pusat sumber seluruh negara."
- Nuruthman

"Seorang melayu yang hebat membawa kejayaan malaysia mengikut apa yang beliau rasakan betul..semua rakyat malaysia perlu membaca buku ini"
- Zahry Ahmad

So macam mana nak diskaun 20%? KLIK GAMBAR DI BAWAH

European Champion

RAMLI (iklan TM) hanya sekadar player Manchester United, aku dah julang piala berprestij ini.
Cakap banyak tak mau...
Let the picture says it all

Terpanjang dalam BM

Jom exercise minda kita hujung minggu ni. Tahu tak apa perkataan terpanjang dalam Bahasa Malaysia? Ia adalah diketidaknyahcasdiversifikasielektrostat (40 huruf) & kedua adalah mempertanggungjawabkan (22 huruf)!


McDonalds Chicken Foldover


McDonalds Chicken Foldover. Harga RM 9.95 set Value Meal Medium LUNCH / DINNER.

Bagi saya, Chicken Foldover (CFO) adalah hidangan terbaik yang pernah McDonald's hidangkan kepada pelanggannya. Kali terakhir aku menikmati benda ini adalah kira-kira dua tahun lepas. Dalam skema rare ... Prosperiry Burger McDonalds pun kalah dengan CFO ni. Bagi aku, Prosterity Burger & Big Mac is nothing jika hendak dibandingkan dengan CFO.

Encik rzmie pernah berkata yang ini merupakan "hidangan paling sihat di McDonald's".

Yup saya memang setuju. erm dahlah... nak pergi lunch... nak pi pekena McD CFO. bye :D

Kasanova (teater USM)

Tiket teater KASANOVA berharga dari RM5 hingga RM30


KASANOVA merupakan sebuah teater bajet tinggi (bagi pandangan aku). Kisah yang dipaparkan diselitkan dengan komedi oleh Kumpulan Mamu (Raja Lawak) dan lagu-lagu Melayu dan Inggeris. Tarian-tarian juga agak menarik.

Basically story dia macam ni

Jimi (Arja Lee) merupakan seorang penyanyi utama di sebuah kelab di Kuala Lumpur. Beliau memenuhi kos perbelanjaan di Kuala Lumpur yang mahal dengan memberikan kasih sayang kepada wanita-wanita lain.

Satu hari, atas cabaran rakan-rakan, Jimi berjaya mendapatkan kad perniagaan seorang awek baru, Natasya (Farhan AF4). Tasya lawat kelab Jimi, dan akhirnya mereka bercinta.

Regina (Jumie USM) memberi nasihat kepada Jimie agar berubah kepada lelaki yang 'baik'.

Kemudian kita pelajari yang Jimi ada sejarah hitam didera dan tidak disayangi.

Dengan ke-psiko-an yang ada pada Jimi, akhirnya Natasya hamil.

Dapatkah Jimi dengan ke-psiko-annya menyelesaikan masalah yang dihadapi beliau? saksikanlah teater KASANOVA dari 4 hingga 6 Mei 2012. 8:30 malam
 
set pementasan Kasanova
Posted by Picasa

Gaji minima RM800 - RM900

PM sudah bersuara, dan segala teka-teki berkenaan gaji minima telah dijawab.

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah mengumumkan yang kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta adalah sebanyak RM900 sebulan untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800. Ini bermakna RM4.33 sejam dan RM3.85 sejam masing-masing.

Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Apa nak buat kalau gaji minima telah ditetapkan bukan RM3000. Nampaknya aku masih lagi dalam golongan miskin bandar lah ye.

Perdana Menteri telah memberikan rasional atas keputusan tersebut. Untuk maklumat lanjut, klik gambar Utusan Malaysia di bawah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...