My College Fund

USM IPTA pertama ada 4G


PULAU PINANG, 5 JAN – Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama dilengkapi akses 4G, sekaligus menyalurkan akses internet kepada 20,000 penuntutnya ketika ini.

Kemudahan teknologi yang mendapat kerjasama penuh rakan strategik dari pihak industri, YTL Communications itu didatangkan bersama sistem suara dan berkeupayaan meliputi kesemua 240 hektar kawasan di USM.

Kemudahan jalur lebar itu dibawakan khas ke USM oleh pihak YTL Communications di bawah program rangka kerja Education Partner Program (EPP).

Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, kemudahan seumpama itu dapat memakmurkan lagi cabang ilmu dan memberi kemudahan kepada puluhan ribu pelajar untuk melayari internet dalam proses pembelajaran mereka.

Katanya, ia memberi kemudahan kepada warga kampus untuk mendapatkan maklumat di hujung jari dan tidak bersifat eksklusif, yang mana hanya pihak tertentu sahaja boleh menikmati kemudahan itu sedangkan yang tidak berkemampuan dipinggirkan.

``Kemudahan seumpama ini memberi kemudahan pada semua, tidak kira di bandar mahu pun sebaliknya. Ia juga salah satu contoh terbaik dalam usaha universiti menerapkan nilai-nilai kesamarataan dalam pembangunannya,’’ katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif YTL Communications, Yasmeen Mahmood pula berkata, jalur lebar menjadi semakin penting bagi proses pembelajaran kerana ia mampu membina generasi masa hadapan yang lebih progresif.

Tambah beliau, pihak YTL Communications berbangga mampu menyediakan perkhidmatan 4G kepada sebuah universiti bertaraf APEX seterusnya memberi kemudahan kepada penuntut USM dan membentuk perubahan positif kepada persekitaran akademik mereka.

Sebahagian daripada usaha YTL untuk menyediakan kemudahan jalur lebar yang berkualiti tinggi kepada penuntut yang berdaftar di kampus seperti USM ini, mereka akan dibekalkan dengan capaian sebanyak 300MB sebulan tanpa sebarang cas penggunaan selama tiga tahun.

Sungguhpun buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh YTL hanya meliputi kampus induk, namun pihak YTL sudah bercadang untuk memperluaskan lagi jaringannya kepada kampus-kampus USM yang lain pada masa akan datang.

Sehubungan itu juga, akses 4G ini mampu memberikan perkhidmatan internet lima kali ganda lebih laju berbanding dengan kemudahan 3G yang sedia ada.

2 ulasan:

  1. camne nak configure ussmwireless utk mac yer.. configuration yg disediakan hanya utk windows jer.. thanks for your help!

    BalasPadam
  2. datang kaunter wifi...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...