My College Fund

Laluan basikal khas di USM

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) semalam, telah mencadangkan kepada pihak USM agar diadakan laluan basikal khas, yang asing daripada laluan pejalan kaki. Untuk itu, pihak MPP telah mengadakan kempen galakan berbasikal bersempena Hari Tanpa Kenderaan Bermotor.

Kempen galakan itu telah dihadiri oleh Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak. Prof. Tan Sri pada hari tersebut bersiar disekitar USM menaiki basikal bersama pelajar dan staf USM. Profesor Tan Sri juga sempat mencuba basikal elektrik keluaran tempatan.

Hadir sama dalam program itu ialah Prof. Dato’ Omar Osman, Timbalan Naib Canselor, (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) dan Ahmad Wafi Sahedan, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Hari Tanpa Kenderaan Bermotor yang dimulakan USM pada tahun lepas kini telah memberi inspirasi kepada universiti-universiti lain untuk turut mengadakan hari dan kempen yang seumpama ini.

Berita selanjutnya boleh didapati di USM.MY

2 ulasan:

  1. dey.. gambar tak nampak satu pun.. errr background tukar itam nak jimat watt yer..

    BalasPadam
  2. tengok design Jeans rasa macam berserabut pulak.. so tukar..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...