Diinspirasikan daripada blog Ruzaimi, jadi saya di sini pun nak cerita tentang komputer ni.
Bila saya darjah tiga saya dibawa oleh guru-guru untuk ke bilik komputer, itulah pertama kali saya melihat komputer depan mata. Mungkin 1st time saya kenal komputer...
Cikgu jemput kami join kelab komputer sekolah tapi kena yuran bulanan... cikgu jahat, umpan kami dengan game hehe...
Aku ingat lagi game KARATEKA atas komputer monokrom... hijau hitam
bila aku balik rumah, bapak aku tak bagi masuk, kata dia yuran mahal...
sekali-sekala aku dengar kawan aku kata nak copy disket ... masa tu aku ingat yang 5" floppy disk dibuat dengan kopi, sebab tu ia hitam
salah sorang daripada yang join kelab komputer tu anak O.C.. Dia ni satu kelas ngan aku gak, so satu hari tu Kor OC + bapak aku buat hari kor kat perkarangan rumah dia. Aku sebagai kawan sekelas, dapat la rayau masuk rumah... dalam rumah dia ada komputer, maka aku dapat tahulah yang harga PC tu RM10,000 ... yup PC yang korang tengok harga RM1000 lebey hari ni, harganya RM10K pada 20 tahun lepas, takde colour plak tu.
So aku nak bandingkan RM1 masa tu dengan RM1 sekarang. Masa tu kat KL 40sen dah boleh beli roti canai, aku pi sekolah bawak 50sen je, air kotak 50sen dalam mesin , nasik/mi goreng/bihun kantin 30sen sepinggan, Ding dang 50sen siap ada permainan transformers lagi. Bila aku pindah taiping tahun depannya, sepinggan makanan di kantin harganya 20sen. So kadang-kadang bapak aku cut belanja harian jadi 30sen.
Aku tengok komputer balik masa aku di library sekolah aku di Kamunting, Taiping. Pusat Sumber ini terletak di bangunan baru sekolah pada masa itu. komputer (PC) ini terletak dalam bilik yang boleh dilihat dengan cermin besar. Tapi aku yang jadi pengawas pusat sumber ni tengok selalu takde orang guna komputer nie...
Oh ya by the way, sekolah aku ni 'luar bandar' so takde kelab komputer. Sekolah aku ni berjiran dengan sekolah 'bandar' (tanah gereja) yang ada kelab komputer.
Aku mula sentuh komputer balik masa aku tingkatan satu... cikgu komputer (datang daripada luar) plak cam haram... kejap datang kejap tak datang... tapi sempat la aku belajar guna WordStar yang susah tak macam OpenOffice.org Writer/MS Word sekarang ni.
masa ni aku beli floppy disk pertama aku.
Masa form 4 aku pi gak kelas komputer walaupun hari sabtu. Kawan2 aku masa hari Sabtu ni suma tak amik kesempatan ada kelas komputer. Aku membuatkan cikgu komputer yang menyokong parti DAP terpaksa datang ke kelas setiap sabtu. Hehe aku sorang ja anak murid dia. I think kelas terakhir aku dengan dia ialah kelas dBase III.
Zaman ni, kalau korang beli disket, korang akan jumpa dua jenis:
Cakera liut 5¼ inci, bersaiz 720 KB
atau
Cakera liut 3½ inci, bersaiz 1.44 MB
di bawah ni perbandingan antara cakera liut 8", 5¼", dan 3½"
...aku tak pernah jumpa disket 8" tu masa ni
Masa aku form 5, aku berkenalan dengan geek ala Ruzaimi yang datang kelas komputer, bukak QBasic, edit game...
(video youtube nie ada overview pasal QuickBasic / QBasic http://www.youtube.com/watch?v=SlNzR4zAkBc)
Masa form 5 ni, bapak aku dengan susah payahnya cari RM3000 untuk beli komputer (PC) untuk menaikkan semangat aku masa SPM.
Thanks dad.
Zaman tu komputer pakai besi, casing besi, memang berat... sekarang ni banyak yang dah pakai plastik dah,
Then 1999, aku amik course diploma sains komputer kat sebuah kolej swasta yang dah tutup sekarang.
...
Di sini aku nak TAG:
areshie
rezdrake
Khuzaimi
Rzmie
Ryehanna
Neyzashazeyra
korang ceritakan korang punya first time berkomputer / beli komputer
My College Fund
Promosi FAITO di Taiping
Just beberapa hari sebelum bulan puasa, FAITO telah mengadakan jelajah promosi di Taiping Sentral. Saya berkesempatan untuk ke booth Faito yang Taiping ini, dan semasa jelajah promosi di Kompleks Bukit Jambul.
Nak tangkap gambar dengan model-model ni memang susah sikit pasal mereka juga pulun mempromosikan keahlian
Akhirnya mereka meluangkan sedikit masa...
...untuk pemegang kad Faito
Sushi RM2
Aku berpeluang makan sushi yang kebiasaannya mahal-mahal pada harga RM 2.00 sepinggan. Peluang ini datang kerana:
1. RZMIE bagi Kad Sushi King
2. Sushi King buat offer promosi RM 2.00 sepinggan untuk sebarang hidangan nasi di atas kaiten belt.
Dalam tempoh 4 hari offer tersebut, aku hanya datang dua kali di Sushi King Queensbay Mall. 1st time tangkap guna kamera henfon, 2nd time guna kamera digital.
Beratur orang datang makan sushi ni. Terutamanya pada hari terakhir offer. Majoriti yang datang makan sushi ni orang bukan Melayu.
Makanan atas kaiten-belt
Some of the dishes yang saya sempat makan (day 1)
SAKE MAYO MAKI (Salmon Mayonnaise), UNAGI (Grilled Eel), SAKE (Raw Salmon), KAMI TAMA MAKI, Smoked Salmon, - IKA (Fresh Cuttlefish)
Tapi biasanya bila offer ni, orang akan aim pinggan ungu (RM6), atau pinggan merah(RM5), dan buat bodo kat pinggan pink (RM4), biege (RM3), dan yang biru muda (RM2) diorang buat2 tak nampak.
Dalam gambar di atas tu Deep Fry Prawn (Tempura yg digoreng lama sikit), Tempura (Udang salut tepung goreng), dan SANMA KABAYAKI (Grilled Pacific Saury / rasa mcm ikan kembung je)
Tapi memang syurr... bila dapat makan udang RM6 pada harga RM2 sepinggan.
Hari Pertama (9) vs (7) Hari Akhir
Cukup la 9 pinggan, dah kenyang sushi... Alhamdulillah...
Bukan aku sorang je yang susun pinggan nie... orang lain pun susun gak...
So dah habis dah pesta Sushi RM 2 ni. Tunggu lak tahun depan.
--------
Jom layan Youtube
Nasi Ayam Periuk Besar
Oh ya lupa. dah lama tak blog. So sekarang saya nak jelaskan hutang blog nie, heh heh. So hari ni kita sembang pasal Nasi Ayam Periuk Besar. Nasi Ayam Periuk Besar ni terletak di Bayan Baru... dekat-dekat area Mayang Mall.
Tempatnya pun boleh tahan... boleh la, sesuai kalau sekali-sekala bawa pasangan untuk berbincang. Kalau bawah tak cukup tempat, boleh makan di tingkat atas...
Harga makan kat sini kiranya harga tahap kopitiam gitu. Tapi yang bestnya kawan saya kata WiFi kedai ni laju. so boleh la duduk lama-lama.
Masih belum dicover oleh Google Maps
Langgan:
Catatan (Atom)