Baru-baru ini PPKT telah mengadakan MANTAP kali kedua dan sukaria. Yang MANTAP ni PPKT/USM bayar. Yang suka-suka happy-happy, staf kena keluar duit sendiri.
Naib Canselor pun datang memberikan perutusan khas tentang ICT dan Status APEX sebelum kami bertolak ke Taiping Resort.
Sudah tentunya, tujuan utama MANTAP ini adalah untuk memecah kepala untuk mencari idea bagaimana PPKT dapat menyampaikan perkhidmatan dengan lebih baik, sesuai dengan status APEX yang diperolehi USM.
...tapi sebelum itu, bersenam dulu, sebelum memulakan kerja
Seperti yang anda lihat, the Don juga turut bersama-sama berjuang keringat bersama-sama mafioso-mafioso the Carleone family. Setelah fitness level dah up, barulah kerja bermula: Sesi
Staf menyerikan sesi pecah otak MANTAP dengan beberapa persembahan seperti "sketsa perkhidmatan PPKT" nukilan Gagak di Rimba
...dan tarian chicken dance
Pada sebelah maghribnya, kuliah maghrib telah diadakan agar staf re-caj matlamat kerja dari segi Islam
Seperti pepatah inggeris "All Works and no play makes Jack a dull boy". Futsal diadakan. Yang ni banyaklah gambar, sebab banyak aksi.
Bagi yang tak dapat main futsal, main sukaneka aje lah erk... (gambar sedikit sebab banyak yang disensor olehku)
Ya.. dah lepas sukan, terus terjun mandi...
Jurukamera juga la yang melepas
Adalah menjadi harapan agar MANTAP kali ini dapat universiti menyediakan tempat kondusif agar staf dapat melancarkan penyampaian perkhidmatan kepada pelajar, staf akademik, staf USM, dan masyarakat am.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Nazrul Fitri, Mohd Rodzi, Hafiz, Mairag Saad, Suhairy kerana share gambar-gambar untuk dimuatkan dalam blog ini.
memang mantop.. makin ceria PPKT skang.. putting the fun back into your work. Banyak new faces.. er thanx for the updates :) on the latest pics ;)
BalasPadam