My College Fund

Resurrection III: Rise of the Mandalorians exibition


Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) telah mengadakan pameran Resurrection III: Rise of the Mandalorians. Sebenarnya apa yang terjadi adalah bekas pelajar USM telah menggunakan bakatnya rekacipta baju untuk menyertai 'cosplay' satu kelab/persatuan/kumpulan design kostum Star Wars. Mandalorians Mercs Costume Club merupakan satu kumpulan kostum Star Wars yang diiktiraf Lucasfilm Ltd., dan 2 student Melayu bekas pelajar USM ni merupakan orang pertama di Malaysia yang menjadi Mandalorians rasmi ini. Ia tersenarai dalam Malaysia Book of Records


Banner Rise of the Mandalorians yang tergantung di MGTF
~ foto: Rizman Suzaidi menggunakan telefon bimbit



Beskar'gam (baju 'gaban' Mandalorian) yang membawa tuah kepada dua pelajar USM tersebut
~ foto: Mandalorian Mercs of Malaysia official blog


Sebenarnya pameran solo Resurection III: Rise of the Mandalorians menarik. Ajaibnya pameran ini tidak memerlukan ruang khas. Pihak MGTF meletakkan pameran ini di banyak ruang terbuka MGTF. Anda perlu mengembara ke seluruh pelusuk MGTF untuk melihat kesemua bahan pameran Mandalorian ini. Cepat pameran ini berakhir 28 Januari ini.


*ammend was made

Penangites flocks Bukit Jambul to see the solar eclipse


Annular Solar Eclipse - Malaysians are celebrating Chinese New Year of the golden Bull are expected to see 'bull-horn' eclipse unlike the full eclipse in Indonesia
—Photograph by Aaron Favila/AP Photo


A friend of mine, Nasir invited me to Bukit Jambul to see the annular solar eclipse.


"Jom naik Bukit Jambul tengok gerhana (let's go to Bukit Jambul to see the eclipse)", Invites Nas to me via the phone
—Photograph by Rizman Suzaidi


Penangites flocks Bukit Jambul to see the solar eclipse... ...only to see that clouds blocking the eclipse


See? No eclipse
—Photograph by Rizman Suzaidi


more pic here

Nota kewangan Suze Orman

Hari ni aku tonton Oprah. Oprah kali ini menjemput Suze Orman untuk menjawab tentang kewangan.



rumah = keluarga yang bekerja sama, put the financial oxygen mask on you first... not lying to children dengan benda yang kita tak mampu.

if you cant afford your home, sell it ...

rule of thumb
untuk memiliki rumah maknanya 40% tambahan daripada ansuran rumah...
esok...
call orang yang memberi hutang memberitahu tentang diri anda

bayar kad kredit... bayar faedah yang tinggi dulu
FICO score

pmi

how can i save while i am living paychec to pycheck?
1. bayar kad kredit
2. gunakan kadar faedah kredit transfer

sbg wanita 3 most important thing to know
percayakan diri dahulu berbanding orang lain, jangan YES sebab awak takut, or so call expert...
tgk diri anda di cermin jadi financial advice sendiri banyakkan baca financial mags, tv, books...
...
dalam hal duit jika anda tak tahu, baik jangan buat apa-apa

lagi nasihat kewangan di Oprah.com

nasihat duit sedang iklan: cabut plag lepas guna barang. ia jimatkan hingga 10% bil anda. ( http://www.greenisuniversal.com/green-your-routine.php )

SPR Kepada Rakyat. Semakan Daftar Pemilih SPR di Taman Tun Sardon




Penduduk dan pengunjung sekitar Pasar & Balai Rakyat Gelugor hari ini tidak perlu bersusah kerana SPR hari ini 'membuka laptop' untuk rakyat menyemak status mengundi mereka. Inilah yang dikatakan 'mesra rakyat' di mana agensi kerajaan mengambil inisiatif menyampaikan perkhidmatan mereka kepada rakyat, berbanding rakyat kepada kerajaan pada waktu dulu.

TAHNIAH SPR

Why are Jews so powerful?

Dalam sibuk-sibuk kita boikot memboikot produk U.S. ni pernahkah kita terfikir kenapa yahudi yang 100 kali lebih banyak daripada Muslim, so powerful?

Sila baca di sini --> kuasamotivasi.com

Bukan IPT sahaja kena ranking!

Sedang IPTA/IPTS awam dibebankan dengan tanggungjawab untuk meletakkan mereka dalam ranking tertinggi Time Higher Education Supplement, mengapa tidak syarikat multinasional tempatan tidak dibebankan dengan senarai Fortune's Top 100 Company?



Website InvestmentandIncome.com hanya menyenaraikan tiga syarikat multinasional Malaysia iaitu: Malaysia Airlines, Petronas, dan Proton. Ketiga-tiga syarikat ini tiada dalam 100 tersebut... tapi struggling dalam senarai 500.



Ahli politik, janganlah nak bebankan UM, USM, UKM dan lain-lain uniiversiti dalam ranking nie...

Pergi Mendaki


after a long period of time not doing any activities... it's time for me to kick some fat out... So was decided to go climbing...



Not Gunung Kinabalu... Bukit Jambul only

Pantai Bersih


Lepas pergi Majlis Penyempurnaan dan Kesinambungan TeleWorking di Dewan Haji Ahmad Badawi, Butterworth... Aku telah pergi ke Pantai Bersih. Itu pun selepas ditunjukkan jalan oleh Nas Sobri.


Dari pantai ini, kita dapat melihat bahagian utara Daerah Timur Laut atau mungkin boleh saya katakan yang kita boleh lihat hampir keseluruhan kawasan pantai Daerah Timur Laut. Tak seperti R&R Plus yang kebiasaannya mengadap jalan, R&R di sini lebih mengadap ke laut berbanding jalan. Jadi anda boleh menikmati juadah sambil menikmati angin Laut Andaman / Selat Melaka (yang lebih kuat dan menyamankan - berbanding Selat Pulau Pinang)

~ FUN PICS ~


"Inilah Pulau Pinangku", kata Nas Sobri - orang yang membawa aku ke R&R ini


(1) 'Inilah Pulau Pinangku' versi Rizman. (2) Saya beli Sinar Harian semata-mata nak baca Tanjung 2 aje tau Siti Mas Era. (3) Abunai! eh Bahaya! Rizman hampir terpijak karan


Pokok cantik ini seperti biasa telah di-'Ali Setan'-kan

Tunjuk Perasaan di USM


pelajar USM telah mengadakan tunjuk perasaan membantah kekejaman Israel di Semenanjung Gaza. Acara ini diadakan di pintu masuk Sungai Dua, berhadapan dengan Kompleks Eureka dan Masjid USM.


Pelajar menunjukkan sokongan terhadap kempen yang diberi dengan menandatangani banner besar. Aku juga dipelawa untuk menandatangani banner tersebut.


Sambil itu, tabung derma juga disediakan untuk membantu penduduk Gaza yang dalam kesukaran.



Tazkirah Kerja


Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa"
dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja,
sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,sela-
gi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Rokok Chap Kuching - Kenangan Masa Silam

Gambar ini diambil semasa saya melawat pameran Perpustakaan Negeri Pulau Pinang di Pesta Pulau Pinang.



Rokok CHap KucHing anyone?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...