Baru-baru ini saya mendapat e-mel yang meminta saya update akaun bank saya di Bank of America. Oleh kerana saya memang tiada akaun Bank of America, jadi saya agak memang ada orang nak pekena saya. Pada masa artikel ini ditulis (2006), phishing kononnya dari bank-bank di Malaysia hampir tiada. Tapi kalaulah anda jumpa kononnya dari Bank Islam ke, Maybank ke, CIMB ke, teknik yang sama akan digunakan, malah siap translate ke BM lagi semata mata nak tipu anda.
Di bawah ini adalah contoh paparan emel untuk tipu anda. Kononnya daripada pihak bank.
Di bawah ini adalah contoh paparan emel untuk tipu anda. Kononnya daripada pihak bank.
Perhatikan yang
- Sebenarnya (1) bukan hyperlink atau tulisan tapi sebenarnya gambar.
- Bila anda lalukan mouse ke (1), anda akan dapati yang laman web yang kononnya (1) tidak sama dengan laman web sebenar yang akan anda pergi, iaitu (2)
- Logo di (3) adalah 100% sebenar. Mana-mana orang boleh buat ni dengan cara copy-paste daripada website sebenar
Di bawah ini adalah laman web asal yang boleh dilayari dengan MENAIP SENDIRI. BankOfAmerica.com
Perhatikan yang
- (4) tak sama dengan (2). Ini adalah kerana nama BankOfAmerica.com hanya unik kepada BankOfAmerica yang sebenar. Jadi orang yang nak menipu kena gunakan nama lain untuk dotcom dia. Kiranya macam no henset la juga.
- Logo (5) sama dengan (3). Memang sama pun, sebab diorang ni cuma copy-paste je.
Kat Malaysia ni kalau orang nak tipu dia akan letak contohnya Maybank, BankIslam, CIMB. Jadi berhati-hatilah.
Semoga simpanan anda selamat dari kena tipu.
Semoga simpanan anda selamat dari kena tipu.