My College Fund

Blackberry-apps Pilihan Saya sempena finals UEFA Champions League - ScoreMobile FC

Sempena Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA. BlackBerry-apps Pilihan Saya (BPS) kali ini mencadangkan anda memuat turun ScoreMobile FC.

ScoreMobile FC is your dedicated mobile soccer app, providing comprehensive coverage of over 50 football leagues and competitions. We’ve built it from the ground up to take full advantage of the unique functionality of your BlackBerry® device. ScoreMobile FC is simply the best way to access up-to-the-minute scores, stats, betting odds, fixtures, top stories, video commentary, and league tables.

Coverage includes UEFA, FIFA, CONMEBOL, AFC as well as all top leagues from England, Spain, Italy, Germany, France, Scotland, United States, Mexico, Portugal, Netherlands, Greece, Turkey, Belgium, Sweden, Brazil, Argentina, Japan, Russia, and Canada.

Personalization:
-The Dynamic Home Screen Icon is a unique feature where the application continues to background monitor the last viewed match or league.
-Users can personalize Favorite Teams and Data Refresh intervals.
-Match start times are customized based on device Time Zone setting.
-Never miss a match by adding it your device Calendar.

If you’re a fan of: EPL/Premiership, Champions League, Copa Libertadores, AFC Asian Cup, La Liga, Serie A or any other Premier or Primera Leagues, this is the app you need!

ScoreMobile FC is affiliated with The Score Television Network (theScore TV).

IBM Comes To You - Mobile Solutions Kiosk

Siri Jelajah IBM akan berada di Johor Bahru, Melaka, Kuantan, Seremban, Sungai Petani, Seberang Prai, Ipoh, Taiping, dan Pulau Pinang seperti mana jadual di bawah:

IBM Comes To You - Mobile Solutions Kiosk

Siri Jelajah IBM akan berada di Johor Bahru, Melaka, Kuantan, Seremban, Sungai Petani, Seberang Prai, Ipoh, Taiping, dan Pulau Pinang seperti mana jadual di bawah:
Layari halaman acara ini untuk maklumat lanjut.

Tarif Baru Blackberry Celcom

 

Celcom baru-baru ini mengeluarkan tarif baru Blackberry. Dengan kadar baru ini membolehkan pengguna Blackberry boleh memilih komitmen tambahan serendah RM38.00 (untuk Blackberry + Internet 300MB) ke atas pakej postpaid yang sedia ada.

Kadar baru Celcom ini memberi lebih penjimatan jika dibandingkan dengan caj sebelum ini seperti dalam laman web lama di bawah ini:

http://www.celcom.com.my/exec/blackberry/bberry_package.php


Semasa saya call celcom sebelum pakej baru keluar. Apa yang saya fahami adalah

Saya perlu ambil pakej
tambahan RM 68 = Blackberry (RM30) + Internet 300MB (RM38)
atau
tambahan RM 38 = Blackberry (RM30) + Internet 5MB (RM8)

ke atas komitmen postpaid telefon yang sedia ada

Posted by Picasa

Kad Touch 'n Go Jambatan Pulau Pinang kini dijual - sempena sambutan 25 tahun


Kad 25 tahun Touch'nGO kini dijual di Jambatan Pulau Pinang untuk semua rakyat Malaysia.
.
~ Sent via my Mobile Phone.

Netbook FREE

 

Weh sapa mau netbook (laptop kecik) PERCUMA weh?

Yerr... Digi nak bagi sorang sebijik Netbook ASUS Eee PC + modem berjumlah RM1,259. Korang cuma bayar bil internet aje. So apa lagi! KLIK SINI dan pergi ke laman web digi SEMENTARA STOK MASIH ADA.

Are you a student who needs a new computer and data plan to help you in your studies? Or are you a working adult who needs mobile broadband and a netbook wherever you go to help you engage in your job? Perfect. DiGi is giving away free ASUS Eee PC Netbook + modem worth RM1,259 when you sign up for Explore 10GB broadband plan. Hurry, everyone's grabbing one already! Only from DiGi Internet. Internet for All.
Posted by Picasa

Maxis nak tamatkan Hot Tiket?

 

Macam tu lah fikiranku bila merata kedai aku tanya asyik dok jawab. "Hot Tiket habis...". Tarikh Luput pada hot tiket yang tertulis 30 Jun 2011 menguatkan lagi andaianku ini.

Actually, ramai rakan sekerja yang beralih kepada Hotlink semata-mata Hot Tiket ni. Hmm lepas ni mungkin ramai yang beralih ke maybe Xpax sebab kan xpax tengah 28sen/10minit.

Bagi yang kaki hot tiket, kalau jumpa hot tiket, harap korang stock la hot tiket at least sampai Jun 2011 ni.
Posted by Picasa

Depan IPS

10:19am - Pak Guard soh bukak tingkap tak mau la plak.
~ Sent via my Mobile Phone.

Confirm TuneTalk ada Blackberry

Confirm TuneTalk ada Blackberry

Konfirm TuneTalk kini menyediakan 'perkhidmatan' BlackBerry.

Caj yang ditawarkan:

.SEHARI : RM 1.50
SEBULAN : RM40.00


Cara subscribe:

.harian : SMSkan BIS D ke 2222
bulanan : SMSkan BIS M ke 2222
...stop : SMSkan STOP ke 2222

Leak: TuneTalk akan ada BlackBerry

Laman (page) TuneTalk Mobile pada Facebook sudah tertulis yang TuneTalk mobile 'sudah' menyediakan perkhidmatan BlackBerry.

Aku rasa lepas peraduan "BlackBerry a day keeps the doctors away" tamat pada 20 haribulan ni kot baru Tune Talk Mobile nak bagi servis BlackBerry available untuk rakyat Malaysia. U Mobile (yang bukan core telco) pun dah ada dah BlackBerry inikan pula anak syarikat kumpulan yang ada syarikat penerbangan, siap taja F1 lagi.

Sekarang TuneTalk menyediakan kadar rata terendah prabayar. Entah apalah offer murah giler yang bakal diberikan TuneTalk Mobile nanti.

Rasanya caj perkhidmatan BlackBerry akan makin murah dengan penyertaan TuneTalk Mobile.

TuneTalk dan BlackBerry - Menangi BlackBerry satu setiap hari


TuneTalk berkemungkinan akan mengadakan pakej BlackBerry. TuneTalk kini sedang mengadakan peraduan BlackBerry a Day Keeps the Doctor Away. Peserta peraduan ini akhirnya akan ditanya di Radio ERA untuk memenangi sebuah BlackBerry. Peraduan berlangsung selama 10 hari dari 9 - 20 Mei 2011.

Logo baru starbucks?

Beza antara logo baru starbucks kini dengan yang lama

Logo baru starbucks ini tanpa This starbucks new logo is without the well-known "STARBUCKS COFFEE" wording. The black mermaid has change to green mermaid.

~ taken at Border's Starbucks, Queensbay Mall, Teluk Bayan, Pulau Pinang

Hari Keluarga Kelab PPKT di Pulau Pangkor



foto oleh: Rizman Suzaidi

Kelab PPKT telah menganjurkan Hari Keluarga. Kali ini ia diadakan di Pulau Pangkor. Atas sokongan penaja, dan kecekapan pengurusan kelab kali ini, kos berjaya diminimumkan kepada RM 135 seorang.

Sabtu 30/4/2011

Ramai antara kami yang bertolak ke Lumut menggunakan bas dari Bangunan Eureka USM. Dalam perjalanan nak ke Lumut, kami ambil beberapa orang peserta di Seberang Perai yang mengikuti rombongan.


foto oleh: Syamsul Yakin

Kami menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor. Terdapat sedikit perbezaan antara di Pulau Pangkor dengan feri di Pulau Langkawi. Bumbung feri Pulau Pangkor ditambah dengan penghadang sisi. Feri Pulau Pangkor ni berjalan perlahan. Perjalanan ke Pulau Pangkor mengambil masa 30 minit.


foto oleh: Syamsul Yakin


foto oleh: Fikry Azizan

Sampai kat Jeti Pulau Pangkor, kami naik kereta sewa (tapi van) ke hotel


foto oleh: Syamsul Yakin

Sukaneka diadakan selepas Asar. Permainan dimulakan untuk acara (yang tidak dirancang) untuk kanak-kanak... meniup tepung. Pada mulanya utusetia letak gula-gula hacks... kemudian ada yang buat pinggan special = pasir, tapi ada RM1 kat dalam. Duit dalam pinggan tepung semua disponsor oleh ehem-ehem... :D . Lepas tu acara untuk dewasa.



foto oleh: Syamsul Yakin

Pada sebelah malamnya... makan malam BBQ diadakan... hmm BBQ la sangat... ayam tak sempoi, tapi ikan kembung biasa tu yang dibakar memang sempoi. Ramai yang jadi kucing malam tu ratah ikan dan udang. Selepas itu, karaoke suka-suka diadakan. Saingan utama kepada Akademi Fantasia musim terakhir malam itu.

KEESOKAN HARINYA

Naik bot... pergi island hopping


foto oleh: Syamsul Yakin

Then pergi mandi laut di Teluk Man. Pasir dia halusss je... pantai dia landai... ramai yang pi dok mandi tengah laut


foto oleh: Fikry Azizan

Pastu pergi snorkeling... lepas tu balik...


foto oleh: Rizman Suzaidi & Fikry Azizan

Lepas makan tengah hari, kami semua check-out. Kemudian aktiviti terakhir... round island. Antara tempat yang kami singgah... kilang sate ikan pangkor dan kota belanda. Jalan-jalan di per'gunung'an pula mencabar pemanduan hehe... nasib baik kami semua hanya naik teksi.


foto oleh: Razif Junaidy

Lepas tu, semua pulang dengan happynya.



foto oleh: Fikry Azizan

Hmm rasa macam nak pergi lagi...


foto oleh: Asyraf Mustaqim
.

512 lebih besar tapi Kenapa 1Mbps lebih laju daripada 512kbps?

Megabit per saat (Mbps), kilobit per saat (kbps) adalah unit yang digunakan untuk memberitahu kadar kelajuan data.

1Mbps lebih besar daripada 512kbps kerana 1Mbps bersamaan dengan 1000 kbps.

Sebagai contoh: Pada mula-mula TM menawarkan internet (1515). Kelajuan internet yang ditawarkan kepada rumah adalah 56kbps. Hampir 10 tahun kemudian TM mula menawarkan broadband, yang kelajuannnya dari LEBIH daripada 56kbps hingga 512kbps, malah hingga 1 atau 2Mbps. Kini TM menawarkan kelajuan yang lebih pantas dan mewah dengan jenama UniFi yang mencecah 4Mbps (mungkin lebih).

Berdasarkan pengalaman saya, dengan menggunakan internet 56kbps saya memerlukan 30 minit untuk memuat turun sebuah lagu mp3 biasa.

Formula menamakan tajuk filem & drama cinta Malaysia

Menamakan satu filem atau drama mengenai cinta agak sukar. Kadang-kala sampai buntu idea bagaimana nak menamakan filem/drama cinta tersebut.

Jangan risau... ikuti 'formula' yang telah digunapakai oleh banyak filem-filem Malaysia.

1. Sudah tentu filem/drama anda berkisar tentang cinta..., jadi letakkan CINTA di depan

contoh:

CINTA _______

2. Apa lagi isi kandungan utama karya itu? masukkan isu kedua itu dalam tajuk tadi...

3. Berikut merupakan contoh tajuk drama/ telefilem/ filem/ vcd Malaysia yang menjadi sumber inspirasi kepada formula di atas:
  • Cinta 3 Musim
  • Cinta 200 ela
  • Cinta Kolesterol
  • Cinta Luar Biasa

  • Cinta Tabloid

  • Cinta Terakhir

  • Cinta Kita

  • Cinta Fotokopi

  • Cinta Metropolitan

  • Cinta Tiada Restu

  • Cinta Gadis Rimba

  • Cinta Korporat

4. Kalau formula di atas menjadikan tajuk tak sedap: ubah perkataan cinta itu sama ada di tengah atau duduk kat last sekali _____ CINTA _____ Contoh: Ketika Cinta Bertasbih __________ CINTA Contoh:
  • Ayat-ayat Cinta
  • Cuti-cuti Cinta
  • Kuliah Cinta
  • Karipap-karipap Cinta

SEKIAN ... TERIMA KASIH... HEHHE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...