My College Fund

USM di tempat ketiga liga FAM

 

Kejuaraan Liga FAM 2009 menjadi milik pasukan Kelab Bolasepak Pos Malaysia selepas pasukan tersebut menumpaskan pasukan Kelab Bolasepak Staf Universiti Sains Malaysia (KBSUSM) dengan keputusan 1-0. Walaupun penjaga gol KBSUSM dan benteng pertahanan bertindak cemerlang menepis pelbagai semua serangan, akhirnya gawang KBSUSM bolos juga pada minit ke-65. Perlawanan berlansung sengit dengan dengan kedua-dua pasukan sering melakukan serangan bagi menjaringkan gol. Pasukan KBSUSM mendapat beberapa peluang keemasan namun palang gol menjadi penyelamat kepada pasukan lawan. Selepas tamat perlawanan terakhir, pasukan KBSUSM menduduki tempat ke-3 manakala pasukan Kelab Sukan Komuniti Tambun Tulang menduduki tangga ke-2 seterusnya menjadi naib johan Liga FAM 2009 selepas menumpaskan pasukan Kelab Sukan UiTM 1-0.

Tahniah diucapkan kepada pemain - pemain KBSUSM kerana telah berjuang dengan semangat yang tinggi. Bagi saya, anda semua TIDAK TEWAS kerana berjaya memenangi tempat ke-3 pada penampilan sulung liga FAM. Anda telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan menjaga nama USM dipersada sukan bola sepak negara. Jadikan pertandingan tahun ini sebagai pengalaman yang berguna pada masa hadapan. Kelayakan pasukan KBSUSM ke Liga Perdana 2010 hanya dapat ditentukan pada minggu hadapan selepas FAM membuat keputusan format terbaru liga bola sepak negara yang dijangkakan bermesyuarat pada hari esok.

Diharap pasukan ini terus dikekalkan kerana mempunyai potensi untuk mengharumkan nama USM pada masa hadapan.

Berita Lanjut lagi:
Kosmo! Online

Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...