My College Fund

Gaji baru! kata 13%, tapi kenapa lebih? silap kira ke?


Semalam, ramai yang menerima gaji kemudian terpinga-pinga mendapati gaji kenaikan gaji tiba-tiba 'terlebih'.

Untuk memudahkan pengiraan, kita akan abaikan elaun-elaun, dan kita akan bundarkan gaji untuk memudahkan anda mencongak.

Kalau ikut mesin kira online gaji baru SSM (tambah baik) JPA staf (gred 29) yang gajinya RM2000. Akan menerima RM2260 selepas kenaikan 13%. Tapi kenapa jadi RM 2405? Mana datangnya RM 145 tu? Takkanlah bonus? Masa bila Najib umum bonus?  Kenapa pula rakan sejawat yang jawatan sama, 'P' sama dan 'T' yang sama kureng RM145?

Setelah saya bertanyakan kawan-kawan dan carian internet, rupa-rupanya kita tidak mencongak pergerakan gaji tahunan yang baru.

Jadi untuk memudahkan fahaman, kronologi kenaikan gaji baru ini adalah seperti berikut.

RM2000 - gaji Mac
RM2260 - selepas 13%
RM2405 - selepas pergerakan gaji tahunan (bagi yang bergerak Januari dan April).

Kawan yang tak merasa RM2405 tu, akan menikmati jumlah tersebut pada Oktober ini (kerana PGT beliau pada bulan oktober).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...