My College Fund

Memaparkan catatan dengan label Baik Punya Songlap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baik Punya Songlap. Papar semua catatan

Hati-hati bila berurusan di ATM Maybank

actually dapat ini dalam facebook

PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMEGANG AKAUN MAYBANK

gambar oleh Nicholas Chan
Semua pemegang Kad ATM Matbank diminta berhati-hati ketika mengeluarkan wang dari mesin ATM.

  1. Apabila anda memasukkan nombor PIN, anda akan mendapat mesej "invalid pin number" pada skrin mesin ATM tersebut.
  2. Kemudian anda masukkan kembali nombor PIN untuk kedua kalinya. Mesej "invalid PIN number" dan "please call this number 'XXX-XXXX' akan terpapar pada skrin.
  3. Jika anda memanggil nombor tersebut, anda akan kehilangan wang anda.


Jika anda menghadapi keadaan seperti di atas, JANGAN PANGGIL NOMBOR TERSEBUT.

Sebar dan kongsikan maklumat ini di kalangan kawan-kawan anda.

untuk lebih jelas, sila lihat link ini :-
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=379757705412158&set=a.168895599831704.50060.166695493385048&type=1&theater

Tiara Jacquelina patahkan cubaan culik

Tiara Jacquelina dalam facebook-nya telah memesan kepada para peminatnya dan seluruh rakyat Malaysia agar hari-hati dengan ancaman penculikan. Penculik kini lebih licik, malah akan menggunakan cecair/pil khayal, malah siap dengan rambut palsu dan pakaian lain untuk menculik. Harap ambil iktibar

daripada facebook Tiara Jacquelina
Please share this. Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.

Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk m......embelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.

Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar!


Emel Bank Islam palsu. Awas! #phishing


Saya baru mendapat e-mel sebegini... dari pengalaman saya dalam dunia IT... saya mengesyaki dan percaya e-mel ini <-- ahh... senang cerita jangan klik link kat dalam e-mel itu... e-mel ini palsu.

penipuan "Saya nak balik Kulim"

Kesian Ahmad Shalihin, baru-baru ini dia ditipu. Berikut adalah pos beliau dalam sebuah forum.

Salam Budiman untuk sekelian...

Saya ingin memesan kepada warga kampus yang berkunjung ke [Hypermarket] terutamanya sewaktu hujung bulan hingga awal bulan (waktu dapat gaji). Terdapat seorang perepuan Melayu berusia 30-an, berkulit sawo matang, memegang payung, berpakaian sempurna dan bertudung (malunya buat perangai macam ni), akan menghentikan kenderaan dan menagih simpati yang teramat sangat untuk meminta wang kerana beg duitnya tercicir dan dia baru balik kerja dan ingin pulang ke rumah di Taman Selasih, Kulim. Dia akan bagi pelbagai alasan dan kemudian akan meminta duit sebanyak mana yang kita mampu. Saya dan pasangan telah tertipu pada hujung bulan jun lalu dan semalam 3 Ogos 2007 kira-kira jam 10.30mlm kami ternampak individu yang sama sedang mendakyah pengunjung yang lain.

Saya cuba untuk ke kenderaan tersebut tetapi terlambat dan kenderaan tersebut telah bergerak. Individu tersebut masih di situ menunggu mangsa yang lain pula. sewaktu saya dan pasangan ditipu, kami dengan rasa penuh simpati memberi RM 12.00 kerana secara logiknya dia perlu menaiki teksi untuk ke Kulim.

Berpesanlah kepada rakan-rakan yang lain yang tidak berkesempatan membaca buletin ini.

Sekian wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...