My College Fund

Memaparkan catatan dengan label Buku Punya Story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku Punya Story. Papar semua catatan

RM25 boleh jadi hacker

Aku pergi Borders hari ni, sedang nak lepak Starbucks pakai wifi free, terjumpalah buku-majalah ini. apa lagi terus beli laa... The Essential Hacker's Handbook dijual pada harga RM24.50 sahaja di kedai-kedai buku berhampiran anda.



OK SELAMAT MENG-HACK 

Cinta Jutawan Rumpai Laut Goreng Thailand


Filem The Billionaire (Top Secret: Wai Roon Pan Lan) merupakan filem yang dihasilkan daripada kisah benar seorang jutawan rumpai laut goreng di Thailand. Kisah yang menceritakan bagaimana seorang pelajar berusaha berniaga dari umur 19 tahun, akhirnya menjadi jutawan umur 26 tahun.

Filem ini, kalau difilemkan, dibuat di Malaysia dan menggunakan formula menamakan tajuk filem & drama Malaysia, tajuk filem tersebut mungkin menjadi seperti yang di atas.

So korang tengok je la melalui link youtube di bawah ni. Moga menjadi inspirasi jadi usahawan.

treler


filem penuh (sarikata BAHASA)

full film (ENGLISH subtitle)


UPDATE TERKINI

Buku mengenai tauke muda jutawan boleh didapati secara percuma dengan membeli Tao Kae Noi Seeweed di gedung-gedung terpilih.

CEPAT! buku Robert Kiyosaki. PERCUMA!


Pakar kewangan Robert Kiyosaki, yang terkenal dengan siri buku "Rich Dad, Poor Dad" memberikan kepada orang ramai antara buku terlarisnya secara PERCUMA. Apa yang anda perlu buat adalah pergi ke website: http://richdad.com... dan muatturun buku tersebut.

CEPAT TINGGAL LAGI KURANG 24 jam!

Bagaimana nak baca fail .PDF

Sepanjang anda berjinak-jinak dan menceburkan diri dengan ICT, anda pastinya akan terjumpa fail-fail dalam format PDF. Antara contohnya adalah dokumen-dokumen, manual-manual, slaid persembahan dan e-buku (e-book).

Untuk membaca fail pdf, anda perlu muat turun ADOBE READER.

Adobe Reader boleh dimuatturun dan digunakan secara PERCUMA di http://get.adobe.com/reader

Selamat membaca fail PDF.

Doktor Umum Tun Dr. Mahathir dan diskaun 20%

Amat jarang sekali saya membeli buku, terutamanya yang tebal macam buku "Doktor Umum", Memoir Tun Dr. Mahathir ini. Buku ini menarik di baca.

Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan. Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad. Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden. 

Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia. Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas. Di setiap persimpangan yang dilaluinya, Dr Mahathir menulis semula hukum dan peraturan. Autobiografi ini menjadi jendela bagi mengintai cara luar biasa beliau berfikir dan bagaimana pemikiran beliau dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Malaysia, daripada Perang Dunia Kedua dan Perjanjian MacMichael kepada kemerdekaan, perindustrian serta pembentukan Malaysia moden, krisis politik dan kewangan pada akhir 1990-an, serta cabaran abad baru. Buku ini mendedahkan ciri-ciri yang sebelum ini tidak diketahui mengenai seorang insan yang tidak suka menonjolkan diri, tetapi akhirnya menjadi negarawan yang berani. Buku ini menceritakan politik Malaysia moden melalui kaca mata salah seorang daripada pengukirnya yang agung. Ia bukan untuk meminta pengampunan atau percubaan mempertahankan diri, tetapi pengisahan yang tegas, menambat perhatian dan menarik mengenai bagaimana serta mengapa Dr Mahathir mencatat begitu banyak kejayaan dalam masa yang singkat. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.

Antara Komen Pembaca:

"3/5" - Bob

"Penulisan Yang Cukup Jujur dan Berani. Beliau tidak takut pada kritikan dan sentiasa melaksanakan apa yang difikikannya betul dan mempunyai kesan jangka masa panjang yang baik. Beliaulah pemimpin terbaik yang pernah dimiliki Malaysia sepanjang 55 tahun negara ini Merdeka ..... "
- Noor Effandi 

"Tun M adalah seorang negarawan yang jujur dan amanah.Apa tersurat adalah tersirat jua.Tiada keralatan isu dan yang diperkatakan.Ianya akan menjadi refrensi buat para pelajar,masyarakat dan negara.Terbaik sekiranya disumbangkan kepa semua pusat sumber seluruh negara."
- Nuruthman

"Seorang melayu yang hebat membawa kejayaan malaysia mengikut apa yang beliau rasakan betul..semua rakyat malaysia perlu membaca buku ini"
- Zahry Ahmad

So macam mana nak diskaun 20%? KLIK GAMBAR DI BAWAH

Bacaan Malam Jumaat - Mudahnya Berkahwin dalam Islam

 
Malam-malam Jumaat yang sunyi ni eloklah kiranya menambahkan pengetahuan anda dengan buku ini.

Bila membaca buku ini, anda seolah-olah rasa macam membaca bab perkahwinan dan perceraian buku teks rampaian Pendidikan Islam je. Rasa macam nak marah je. Perasaan marah saya reda bila saya cek (periksa di) belakang (buku), harga buku ini hanyalah RM5.00 . Ya cuma RM 5.00 sahaja. OK la untuk membayar segala kos-kos penerbitan buku ini. At least kos gambar sepasang pengantin di dalam gambar itu harus di bayar, nak design meka depan buku, cetak lagi, kos penerbitan ... so memang murah dah...

Penerangan dalam buku ini cukup ringkas. 72 muka surat sahaja. Sekurang-kurangnya, ini adalah alternatif bagi sesiapa yang ingin membaca bab nikah-cerai buku teks Pendidikan Islam tapi segan nak bawa buku teks tersebut.

Saya syorkan agar buku ini dijadikan buku yang disertakan sekali dalam sebarang kursus perkahwinan... (kaya hang nooo Muzayyanah Abdullah)
Posted by Picasa

Dari Blog kepada Buku


Dari menulis blog, ke penulis novel/buku. Gaya penulisan blog-blog popular seperti:

Brader Leplep (bilamentolmenyala.blogspot.com), Bozu (iniblogkechai.blogspot.com), Lord Zara (shafaza-zara.blogspot.com), Fikri Misti (fikrikacak.blogspot.com) dan Shahir (msaherr.blogspot.com), Nami Cobb Nobbler, (tehtarikgelasbesar.blogspot.com), Amal Hamsan, (realifiksinisme.blogspot.com), Para penulis terfaktab (terfaktab.blogspot.com)

Kini ditumpahkan ke dalam novel/buku

Sperma Cinta, Kitab Terfaktab, Awek Chuck Taylor, Kontrol Histeria, Angus: Himself, Hero, Heroin, Pompangpompang, Bayang.



Sperma Cinta

Weh! apa yang aku merapu lucah-lucah nie...

Oh! ini rupanya sperma cinta. Baru dua tiga hari lepas aku nampak dan reply sikit hashtag #SpermaCinta dan #SengihKerang dalam twitter. Rupanya Sperma Cinta dan Sengih Kerang merupakan dua 'blook' (buku-blog) keluaran Lejen. Setiap satunya berharga RM20.

Semai budaya menabung anak anda dengan buku ini.

Buku wang saku 2012 telah diterbitkan. Buku ini sesuai untuk mendidik anak-anak anda di sekolah rendah, sekolah menengah merancang kewangan atau menabung. Buku Wang Saku diterbitkan dalam versi Pelajar Sekolah Rendah, dan Pelajar Sekolah Menengah.

Aku ternampak buku ini dijual di Borders, Pulau Pinang. Ia dijual dengan harga RM 1.50

Tips BB1M RM200 magic jadi RM210


Magic! Pusat Buku MPH membuat offer dengan setiap RM 100.00 Baucar Buku 1 Malaysia yang anda belanjakan, Baucar RM 5.00 akan diberikan.

'Jom heboh' versi buku di USM

Heboh buku kini datang ke USM . Datanglah ramai ramai .kat sini la aku beli buku PHP BAhasa Melayu aku.

Ubuntu Official

Recently I have bought a book about Ubuntu. Ubuntu Official. Baru seminggu beli tiba-tiba hilang. Lepas 3 hari mencari baru dapat tahu ada staf 'pinjam'. Still staf tu belum jumpa aku lagi kata dia pinjam buku aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...