My College Fund

Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

KFC percuma dalam 60saat

KFC menawarkan seketul ayam goreng Flaming Crunch (pengganti Hot & Spicy) percuma sekiranya mereka gagal menyediakan (maksimum 2) pesanan Lunch Treats anda dalam masa 60saat.

Cik KFC terselamat percubaan saya kali ini dengan 0.11saat ceh...

Terbaru di KFC: KFC Pokkits

KFC Malaysia memperkenalkan KFC Pokkits. Pokkits yang sebesar Blackberry Curve / Nokia C3 habis dalam 3 hingga 4 gigitan. Memang berpatutan la sebab ianya dijual pada harga pengenalan RM 2.90.

McDonalds Chicken Foldover


McDonalds Chicken Foldover. Harga RM 9.95 set Value Meal Medium LUNCH / DINNER.

Bagi saya, Chicken Foldover (CFO) adalah hidangan terbaik yang pernah McDonald's hidangkan kepada pelanggannya. Kali terakhir aku menikmati benda ini adalah kira-kira dua tahun lepas. Dalam skema rare ... Prosperiry Burger McDonalds pun kalah dengan CFO ni. Bagi aku, Prosterity Burger & Big Mac is nothing jika hendak dibandingkan dengan CFO.

Encik rzmie pernah berkata yang ini merupakan "hidangan paling sihat di McDonald's".

Yup saya memang setuju. erm dahlah... nak pergi lunch... nak pi pekena McD CFO. bye :D

Makan tengah hari murah. Seluruh Malaysia


Menu Rakyat 1 Malaysia membolehkan anda menikmati hidangan tengah hari yang ekonomi pada harga RM4 sahaja. Gambar yang saya pos ini merupakan contoh makanan MR1M yang saya order.

Clinic Cafe

Untuk pertama kalinya saya blog benda yang saya tak makan. Untuk yang bukan muslim yang nak merasa sesuatu yang berbeza, cuba Clinic Cafe. Kafe bertemakan suasana klinik dan hospital ini menyediakan makanan berkualiti sebenar, dan bukannya berkualiti hospital.

Kafe ini terletak di tingkat 4, Plaza Gurney. Anda boleh kenali kafe ini dari luar dengan melihat langsir yang tertera palang merah.




This is the first time I think I blog something that I do not eat. For those of you want to have something different, try Clinic Cafe. This clinic/hospital theme cafe serve real food. Not the hospital quality patient food ones OK.

Because of halal issue, i didn't dare to engulf their cuisine, but for others the clinic err the cafe 'promised' a pork free environment.

The Clinic Cafe is situated at 4th Floor, Gurney Plaza. You can spot this kedai makan easily from the street of Persiaran Gurney.

China Muslim Restaurant




Korang dah pekena masakan piau Muslim China punya? Penduduk Pulau Pinang kini boleh menikmati makanan China yang dimasak oleh tukang masak 'import' dari tanah Besar China.



CMR merupakan restoran yang pertama seumpamanya di Pulau Pinang.



Cashier kata, hidangan dalam gambar di atas adalah antara yang pelanggan selalu order.




aku tak tahulah sama ada nak kata sedap ke tak, tapi macam korang tengok, resultnya LICIN!

LOKASI


View Larger Map

Burger King RM1 - Hari Ini!




Tu dia, Burger King.
King of Burger!


Tepi laut
The Old King and the sea!


Nasi Kandar Burger Beratur.
Long Queue.


Baju sama merah, silap-silap orang kata staf Burger King.
My red shirt looks a like Burger King's officials


the Price is Right


peergghh...
Mouth Waterin' Whopper


Ish ish ish... sedapnya makan
Nyam nyam...


Semua gambar (kecuali poster Whopper RM1) diambil bukan pada hari ini (6/Okt/2010) tetapi minggu sebelumnya, ketika Burger King masih baru dibuka, dan menjadi topik hangat di kalangan Twitter dan Facebook Pulau Pinang.
By the way, all picture was taken not on today (6th October), but a week earlier, when the Burger King still freshly open and become a popular topic on Twitter and Facebook among Penangites.

Nasi Kandar Beratur lagi...


RM 8.40
Mai la klik. Baca lagi.



Sebelum adanya 'Queensbay Mall', inilah mall yang aku selalu mai. Malangnya bila aku sampai, banyak dah yang nak tutup kedai. Aku try la pergi tengok kot-kot la A&W bukak lagi ke.

Bila aku turun ke McDonald's, Tanda harga pulak discourage aku untuk membeli. "Makan burger tepi jalan Sungai Dua aje la", fikir aku. Tapi alang-alang dah ada di area situ, baik aku ke satu-satunya Nasi Kandar Beratur Liyaqat Ali.


Nasib aku kurang baik sikit pasal kali ni, 'full house', kena beratur...

Sampai giliran aku, aku pekena Nasi + Ayam Goreng + Telur Rebus + Sirap Bandung. Aku pilih Ayam goreng sebab baru-baru ini pekena Ayam Goreng Nasi Kandar Kampung Melayu yang sempoi. Sirap Bandung pula aku pilih selepas disyorkan dalam Foursquare. Sirap bandung memang syurr... macam sirap perasa ABC pulak. Saje aku tak amik telur sotong, sebab takut blow poket.



Afrezal... balik... balik...

Giant- Yong Tau fu


Waktu tengah tunggu gaji macam ni, kenalah membuat pilihan yang bajet. Di Giant ada jual Yong Tau Foo... harganya 70sen seketul. Hotdog, fish cake, fishball, surimi ketam, dan sayur malah kotiau, bihun dan mi dijual pada harga 70sen. Tetapi minimum kena ambil enam. So minumum satu hidangan RM4.80.

Lamb Chop


Hmm, gaji dah dapat... bolehlah menikmati hidangan barat. Di Giant Bayan baru ada gerai hidangan barat. Harganya boleh tahan. Korang boleh la try makan macam aku makan BULAN LEPAS. Lamb chop. Lamb chop ni harganya RM12.00.

Kalau menu makan luar korang tu asyik KFC, McDonald's, dan Marrybrown... apa kata kalau hujung minggu ni makan Lamb chop pula.

Seri Idaman - Ikan Siakap Sweet Sour



Assalamualaikum,

So, hujung minggu ni nak makan kat mana? Apa kata anda semua makan. Ikan Siakap Masak Sweet Sour. Restoran Seri Idaman, Sungai Ara, Bayan Baru ni kira macam cawangan kepada yang Restoran "Ikan Bakar Teluk Tempoyak" Seri Idaman yang terkenal satu ASEAN tu.

Hari tu aku order 2 nasi, 1 set kecil tomyam, kailan ikan masin, air minuman 'sempoi punya... ...so total up RM41.70. Tomyam kecil dia tu, buat aku terkejut... boleh makan untuk 3 orang.

Peta untuk ke sana, kini telah disediakan sepertimana yang anda minta, terutamanya Afrezal.

First Time makan Nasi Kandar Beratur



Lebih kurang setahun lalu, En. Nas Sobri mengajak aku singgah kat Nasi Kandar Beratur, itu pun lepas kami pergi makan Nasi Kandar Line Clear.



Pertama kali aku datang, masa tu time orang dah tak beratur. Giloz dah pukul 3 pagi dah. aku terfikir, ape kebende la Nasi Kandar beratur ni. Since baru lepas makan nasi kandar, so aku memang tak order la kat Beratoq tu. Tambah kedai pun kecik semacam jerk.



Then beberapa bulan lepas, semasa dalam pengambaran filem Appalam. En. Afdlin Shauki, menerusi facebook dan twitternya. Asyik dok mention kedai ni je, siap 'racun' Farah Fauzana lagi. Kata Afdlin "...teringa-ringat je telur sotong..."



So satu malam tu, maybe sebulan dua yang lepas, aku pun pergi ke kedai tersebut pekena nasi kandar berlaukkan telur sotong yang Afdlin Shauki dok teringat-ringat tu.

Sebab bila aku menu pilihan Afdlin tu, aku rasa cam kureng je, especially since PAPADOM pun takde. Jadi aku pun tambah daging (tiada dalam gambar). Hmm baru la mari atau orang KL kata, barulah ada "kick!". So apa yang bestnya sangat nasi kandar ni?rasa macam takde apa pun. Aku pun balik tertanya-tanya...



...satu hari aku jumpa akhbar tahun 2008, dan terus dapat jawapan persoalan aku itu. Antara sebab Nasi Kandar Beratur ni best sebab mereka masak baru. Tak macam sesetengah kedai, yang menurut kenalanku, "tiada istilah buang. Lauk atau sayur yang lebih di masak sekali dengan yang baru".

...sekali sekala bila nak makan nasi (especially yg kandar), teringat-ringat je Nasi Baratur (ceh, memang betul la kata bro Afdlin... "asyik teringat-ringat" je. Satu malam nanti, kalau free nanti, aku makan kat beratur lagi.

Lastly aku letak gambar nasi ni lagi, agar anak Penang keje KL yang pegi keje naik basikal tu terliur dan balik kampung halamannya di Pulau Pinang ni. hehehe... jangan marah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...