My College Fund

Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan

5 cara buat lebih keuntungan - Dr. Azizan Osman


Beberapa bulan lepas Dr. Azizan Osman ada merakam video menceritakan banyak tips untuk usahawan. Antara bahagian kecil yang diceritakan adalah  "5 cara bagaimana usahawan buat duit" dalam sebuah video rakaman beliau.

Tanpa menceritakan panjang lebar, berikut adalah 5 cara yang dikatakan beliau:

  1. Mempunyai jualan yang tinggi atau banyak
  2. Mempunyai pelanggan yang ramai
  3. Mempunyai pembeli/pengguna berulang
  4. Meningkatkan harga
  5. Mengurangkan kos

Dr. Azizan kongsi 9 tips bina perniagaan online. Anda tentu tak sangka apa yang No. 1?





Bagi orang biasa mereka memang tak sangka, dalam banyak-banyak perkara, mendaftarkan nama domain adalah yang pertama. Ia lebih utama daripada mendaftarkan syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Apa itu nama domain?

Anda boleh baca panjang lebar tentang apa itu nama domain di Wikipedia, tapi secara ringkasnya nama domain adalah nama dotCOM-dotCOM yang orang selalu sebut tu. - CUMA NAMA SAHAJA (dan bukannya laman web) - Selain dari dotCOM [.com], terdapat juga akhiran lain seperti [.net], [.biz], [.my], malah kini ada lebih 1000 tambahan akhiran lain seperti [.guru], [.ninja], [.online], [.top], [.xyz] dan macam-macam lagi.

Kenapa anda perlu cepat dapatkan nama domain?

Nama domain yang belum dimiliki boleh dibeli dengan harga rendah, contohnya: [.com] kebiasaannya dijual dalam RM 60 hingga RM70. 

Nama domain premium pula adalah nama domain yang telah dimiliki dan pemiliknya ingin menjual nama domain tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Ada antaranya telah dijual hingga jutaan dollar. Anda boleh rujuk wikipedia untuk senarai ringkas nama domain yang dijual pada harga tinggi.

Tangkapan skrin laman media sosial rasmi Dr. Azizan Osman di mana Dr. Azizan kongsi 9 Tips Membina Perniagaan Online Secara Professional (diakses pada 16 Ogos 2016)
Jadi. kat mana nak dapatkan nama domain?

Kat mana lagi... kat SENANG.ONLINE lah ... bukan sahaja anda dapat nama domain, malah kami beri bukan satu, tapi DUA (2) akaun emel PERCUMA dan beberapa perkhidmatan lain. Harga kami TANPA GST! Apa lagi, dapatkan nama domain perniagaan anda sebelum dikebas orang!

"Jangan Percaya..." - Dr. Azizan Osman


Korang dok dengar sangat Azizan Osman kan? Jangan percaya! Kalau tak percaya kata saya, cubalah tanya mereka yang pernah datang program Dr. Azizan Osman baru-baru ini tentang ajaran kerohanian beliau.

http://debatmalaysia.com/2015/06/inilah-nasihat-dr-azizan-osman-kepada-6000-kakitangan-mas-yang-diberhentikan-kerja-yang-mengejutkan-ramai/
Dr. Haji Azizan Osman
foto dari: DebatMalaysia.com

Pada Mei 2016, saya mengikuti kursus beliau... Memang mengejutkanlahkan... kita penat-penat bayar kursus, penat-penat salin nota, penat-penat berkampung 3 hari 2 malam, penat-penat korbankan cuti hujung minggu dan hari ibu, Dr. Azizan boleh kata "JANGAN PERCAYA KATA-KATA SAYA". 

Of course lah ramai yang menangis meraung pada program tersebut. Yang isteri menangis kepada suami, yang anak menangis kepada ibu, yang artis vogue-vogue popular pun menangis kat husband retiss yg kurang popular. (Anda tak percaya?, silalah bertanya kepada mereka yang pernah hadir kursus Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan)

https://www.facebook.com/azizanosmanofficialpage/photos/a.158969550906277.36806.156440364492529/456223821180847
Poster sebenar dari syarikat beliau pun suruh kita jangan percaya
Poster online satu kursus Dr. Azizan Osman yang telah saya crop.
sumber: media sosial rasmi Azizan Osman
Kata-kata "Jangan Percaya Cakap Saya, Tapi Buat Jer" Dr. Azizan adalah lebih bermaksud:

  • Jangan bersusahpayah nak memikirkan logik, rugi dan kenapa ianya perlu dibuat. Buat sahaja apa yang Dr. Azizan pesan... dan tengoklah kesannya ke atas perniagaan anda. 

  • tak perlu percayakan cakap beliau, lihat sahaja bukti yang ada (i.e. mereka yang berjaya). Kalau rasa mereka yang berjaya di kerana mengamalkan ilmu yang dikongsi Azizan Osman, maka buat je pesan beliau, insya Allah berjaya.
Ini dibuktikan dengan ramai bekas-bekas pelajar beliau yang kini telah berjaya.

petikan muka 236 buku Mudahnya Berniaga oleh Dr. Azizan Osman
Sudah tentu ramai yang berjaya mengikuti nasihat Dr. Azizan Osman. Antaranya mempunyai laman web nama domain sendiri. Yang mana dalam 'tulisan' beliau, boleh disimpulkan yang Dr. Azizan menyatakan bahawa perniagaan yang hanya mempunyai instagram dan facebook bertaraf amatur, dan nampak tidak profesional.

Nak ada domain sendiri, bukannya mahal... kalau dotCOM cuma RM60/tahun iaitu RM5/sebulan atau kurang dari 20sen sehari. Bukan itu sahaja, SENANG.ONLINE berikan anda dua akaun emel percuma 'dotCOM' syarikat anda untuk anda berkomunikasi dengan bangganya. Contohnya: kalau anda miliki MamatEnterprise.com atau JoyahKaripap.com ... anda boleh buat akaun boss@MamatEnterprise.com  atau tokei@JoyahKaripap.com . Tak mainlah @gmail.com atau @yahoo.com ... 7 lagi perkhidmatan percuma yang kalau kat luar bernilai lebih ribuan ringgit.

Apa tunggu lagi, jangan tunggu pesaing perniagaan perniagaan anda! Layari SENANG.ONLINE sekarang!


PERCUMA! rakaman seminar Jutawan Azizan Osman Hidup Luar Biasa (feat Afdlin Shauki)

Hmm...
  • Anda terlepas seminar hidup luar biasa Azizan Osman?
  • malas nak datang ke seminar Dr. Azizan Osman?
  • Tak nak beli DVD sebelah dengan harga RM197.00
  • Nak dengar Seminar ini yang PERCUMA jaaa...!
Haa takpa... anda tak payah nak curi, anda tak payah nak pirate... Dr. Azizan Osman nak bagi rakaman Seminar Hidup Luar Biasa ni PERCUMA ja...!

Anda boleh download secara percuma di laman web rasmi yang dibangunkan oleh syarikat beliau... ...iaitu di


Saya dah beli set DVD ini dua tahun lepas dengan harga RM197... Secara asasnya seminar ini dibahagikan kepada dua bahagian:
  • Afdlin Shauki menceritakan kisah beliau susah (hinggakan TV disita) hingga kini berjaya
  • dan Dr. Azizan Osman berkongsi 10 petua jadi orang berjaya
Hmm malaslah pula nak cerita panjang-panjang apa intipati seminar tu... So, kalau korang nak tau download-lah percuma dekat http://www.hidupluarbiasa.com/mp3
FREE jer!




Main blog, dapat $1000 sebulan?

OK - bulan 6 kembali lagi - so lagi sekali saya kongsi pasal buat duit tanpa berniaga... (menggunakan blog)

Antara sebab mengapa saya suka BLOG daripada FACEBOOK adalah kerana anda boleh mendapat pendapatan pasif daripada blog. Dalam bahasa orang biasa, pendapatan pasif ini lebih kurang, "tidur pun dapat duit". Dalam facebook anda perlu berniaga untuk mendapatkan pendapatan. Dengan blog, sekiranya anda bukan peniaga, anda juga berpeluang mendapat pendapatan pasif.

Secara ringkasnya, cara mendapatkan wang dari blog ada saya tulis di bawah ini:
Salah sistem blog adalah BLOGGER yang diuruskan Google Inc. Untuk mendapatkan BLOGGER, anda perlu ada akaun Google (atau akaun GMail). Di bawah ini adalah panduan bagaimana untuk mendapatkan e-mel Goodle
Ingatkan saya seorang je yang berkongsi tentang cara mendapatkan duit ini. Ada juga orang lain yang menulis tentang ia. Oleh kerana saya tak sempat nak tulis dan kongsi. Saya takdelah dapat $1000 sebulan, bertahun juga sayamenunggu untuk dapat $100. Jadi di sini saya berkongsi pautan satu blog seseorang yang katanya boleh dapat $1,000 (RM 4,100) sebulan (selamat mencuba!).

7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kepada usahawan Islam

Hmm sedang belek-belek facebook, terjumpa pula "7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kepada usahawan Islam" ... so saya copy paste masuk blog saya, semoga di masa depan korang senang nak cari guna Bing/Google/Yahoo.

Amanat ini dibahagikan kepada 7 tajuk besar.
#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan
#2 – Kejayaan Perlukan Masa
#3 – Jangan Putus Asa
#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu
#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri
#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri
#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat

yang selebihnya ada di bawah ni...

Tips berjimat 2014

Assalamualaikum, wmt wbr...

1 Januari 2014 nanti, banyak benda bakal naik. Kerajaan telah mendengar keluhan rakyat, dan malam tadi Perdana Menteri telah mengumumkan 11 langkah penjimatan untuk sektor awam.

Selain itu, di sini saya berikan sedikit tips berjimat untuk menghadapi 2014. Maaflah, tulis main point je. (nak kena pulun siapkan kerja akhir tahun, sorry)

MAKAN DAN MINUM
  • orang kata masak di rumah menjimatkan, sebagai contoh, ada rakan sekerja saya suka makan Subway. Beliau tidak membeli di Subway, sebaliknya beliau ambil inspirasi dari subway dan buat sendiri sandwich beliau di rumah.
  • Bandingkan harga, beli yang murah. Menakjubkan, dengan tawaran yang dibuat oleh restoran makanan segera seperti KFC dan McDonalds, anda akan dapati set menu mereka lebih murah daripada yang dijual di restoran nasi kandar.
  • Beli di kedai yang menawarkan Menu Rakyat 1 Malaysia. Pada mula diperkenalkan, Harga makanan MR1M adalah: RM2.00 untuk Sarapan Pagi dan RM4.00 untuk Makan Tengah Hari ... Senarai restoran yang menawarkan MR1M boleh didapati di sini -- http://www.kpdnkk.gov.my/menu-rakyat-1malaysia
ASTRO
  • kaji balik penggunaan astro anda, anda mungkin tidak menonton pakej-pakej mahal. Mungkin anda boleh potong ke pakej terendah. Contohnya, jika anda selalu menonton bolasepak di kedai mamak, hinggakan tidak menonton di rumah, jadi apa perlunya pakej bolasepak?
MINYAK DAN PENGANGKUTAN
  • Mungkin boleh bertukar kepada motor atau naik basikal.
  • Ada rakan saya menambah tangki gas petroleum. Menurut beliau penggunaan gas menjimatkan kos pengangkutan.
  • Penggunaan kereta hybrid juga dapat menjimatkan minyak. 
  • rancang perjalanan.
    • rancang perjalanan anda untuk buat banyak persinggahan dengan satu perjalanan.
ELEKTRIK
  • tahukah anda yang bil elektrik anda jadi PERCUMA jika bil bawah RM20.00? Well ni zaman Pak Lah lagi dah kerajaan umumkan. Apa kata cuba jimatkan elektrik dengan off mana-mana yang tak perlu.
  • Saya berjaya kurangkan bil elektrik rumah saya kepada bawah RM20 sebulan. Nak tahu apa rahsianya? Saya tukarkan pemanas air 24jam dengan cerek elektrik biasa. 
  • menurut Encik Ruzaimi, plag elektrik yang telah dimatikan tetapi tidak dicabut juga menggunakan sedikit elektrik

TELEFON DAN INTERNET MUDAH ALIH
  • kini semakin banyak telco menawarkan komitmen rendah. Kini caj telefon yang tinggi sudah tidak memberi kesan kepada pengguna, asalkan internet rendah... jika anda tidak mengambilkira caj internet, anda kini boleh telefon dan SMS dengan PERCUMA menggunakan aplikasi seperti BBM, Line, Whatsapp, dan WeChat)
  • gunakan MIFI. ... menggunakan MIFI anda boleh berkongsi internet anda kebiasaannya hingga 5 peranti (jadi anda tak perlu ada 5 simcard yang ada internet). 
    • Sebagai perbandingan, sekiranya ada membayar internet minimum RM30 untuk 5 simkad (dan katalah telco tu bagi 1GB utk RM30), anda kena topup RM150 ... tetapi dengan satu simkad, ada boleh dapat 5GB dengan harga RM68 (amat beza dengan RM150 kan)
  • Ada telco bagi internet percuma, walaupun perlahan... sekurang-kurangnya cukuplah untuk anda whatsapp/twitter/facebook dari telefon low-end anda.
    • malah kini ada telco bagi 1GB internet laju PERCUMA setiap kali top-up.

Harga Ais bakal naik mulai 1 Januari

Harga bagi ais tiub (yang boleh dimakan - ais yang anda dapat bila memesan minuman di restoran) bagi seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal dinaikkan 50sen setiap bag atau RM2.50 setiap bongkah besar.

Kenaikkan terpaksa dilakukan kerana pengusaha dikatakan tidak mampu lagi menyerap kenaikan kos elektrik, minyak disel, implementasi gaji minima, dan lain-lain kos.

Pada pandangan saya, selepas ini harga minuman sejuk bakal naik.

Gunting Rambut percuma di Pulau Pinang

Balik Pulau, - Musim persekolahan yang bakal bermula ni, perihatin dengan beban ibu bapa dalam persekolahan anak-anak, ada pihak yang sudi memberi gunting rambut percuma.

Usaha yang dijalankan oleh ADUN Pulau Betong, Sr. Hj. Muhamad Farid Hj. Saad dengan kerjasama Pusat Giat MARA Balik Pulau merupakan satu inisiatif yang baik dalam membantu mengurangkan beban persekolahan.

Program diadakan pada Khamis 19 Disember 2013, jam 10:30 pagi hingga 2:30 petang di Pusat Khidmat KADUN Pulau Betong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...