Beberapa bulan lepas Dr. Azizan Osman ada merakam video menceritakan banyak tips untuk usahawan. Antara bahagian kecil yang diceritakan adalah "5 cara bagaimana usahawan buat duit" dalam sebuah video rakaman beliau.
My College Fund
Memaparkan catatan dengan label Sedekah Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sedekah Ilmu. Papar semua catatan
Jutawan Internet Bongkar Rahsia 3P Memulakan Perniagaan Online
Biasanya semasa hari-hari biasa, saya tidak dapat menonton televisyen waktu siang. Tapi ada suatu hari itu, saya pergi ke klinik mengambil ubat, semasa menunggu ubat itu, maka saya menontonlah Malaysia Hari Ini di TV. Menariknya pada masa itu mereka membincangkan tentang pendapatan online.
Kemudian muncullah Irfan Khairi membongkar rahsia formula 3P permulaan perniagaan online:
3P tersebut adalah: produk, platform. dan promosi.
1. Produk
menurut Irfan Khairi, adalah lebih baik kita menjual produk yang kita minat nak jual. Produk dalam hobi kita. Ini kerana, lepas kita balik kerja, kita penat... jadi bertambah penat lah kalau buat benda yang kita tak minat.
2. Platform
Mulakan perniagaan mengunakan platform yang anda sedia tahu. Sebagai contoh anda memang dah reti guna media sosial, dan membaca blog. Takde la nak serabut kepala masa nak start berniaga sangat. Lepas sebulan, (seperti yang disyorkan Dr. Azizan Osman) cepat-cepat beli nama domain internet. KAWTIM.COM menyediakan pelbagai nama domain dan perkhidmatan lain pada harga kompetitif. Yang 'italik' ni saya saja tambah, iklanlah sikit.
3. Promosi
Menurut Irfan Khairi, Semasa promosi dalam media sosial, jangan asyik post jual produk je. Orang pun tak suka asyik suruh beli je kan. (Komen saya: nanti lama-lama orang, unfriend/unlike... jadi dah kurang pelanggan berpotensi).
Menurut Irfan lagi,
Sekian, terima kasih.

"Ramai yang bertanyakan saya, bahawa mereka telah menggunakan facebook, instagram dan lain-lain tetapi masih sukar mendapat pelanggan. Jawapannya adalah mudah. Teknik dan strategi promosi yang digunakan adalah tidak efektif. Malah ada yang hanya menjatuhkan kredibiliti perniagaan sendiri oleh kerana melakukan teknik yang tidak beretika (tanpa disedari)"Itu sahajalah yang saya faham masa tonton TV itu. Rupa-rupanya Irfan Khairi juga ada berkongsi tentang 3P ini dengan lebih lanjut lagi di dalam blog beliau. Kalau ada point-point yang saya terlepas, anda bolehlah baca di blog beliau.
Sekian, terima kasih.
dotcom-kan perniagaan anda dengan kawtim.com
Alhamdulillah, masuk surat khabar
Assalamualaikum wmt. wbt.
Di kesempatan ini, saya nak beritahu penafian sedikit: Saya ni taklah pandai sangat, tapi ilmu yang ada tu saya kongsilah sedikit bersama. Segala puji bagi Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Kelebihan yang ada ini adalah dari Kekuasaan Allah, dan kekurangan itu datang dari kelemahan saya.
Alhamdulillah, baru-baru ini, pada 4 Januari 2016, iklan saya masuk dalam akhbar Berita Harian. Tak ada apa yang perlu dibanggakan sangat. Perniagaan sambilan saya ni masih lagi berskala mikro, atau kata orang kecil-kecilan sahaja.
Sebenarnya saya dapat masuk ini adalah kerana New Straits Times Press (NSTP) ada buat promosi pada bulan lepas. Saya diberi diskaun yang sangat murah oleh NSTP. Tapi diskaun ini untuk yang ada perniagaan sahaja. Dan saya hanya perlu berikan bukti dengan mempuyai cop yang mempunyai nama syarikat dan nombor SSM. Saya berjimat (senang cakap) RM3000* ringgit!
Sama juga pada tahun 2013, saya telah diberi geran perniagaan online RM1000. Selain daripada dikenakan syarat-syarat lain, saya perlu membuktikan saya berniaga. Yang bestnya, saya cuma diminta nombor pendaftaran SSM sahaja sebagai bukti. Tak payah fotostat sijil SSM, tak payah penyata bank.
Kalau saya tidak mendaftar SSM yang memang wajib itu... tak berpeluanglah merasa jimat dekat RM4000.
Sekian terima kasih
Di kesempatan ini, saya nak beritahu penafian sedikit: Saya ni taklah pandai sangat, tapi ilmu yang ada tu saya kongsilah sedikit bersama. Segala puji bagi Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Kelebihan yang ada ini adalah dari Kekuasaan Allah, dan kekurangan itu datang dari kelemahan saya.
Alhamdulillah, baru-baru ini, pada 4 Januari 2016, iklan saya masuk dalam akhbar Berita Harian. Tak ada apa yang perlu dibanggakan sangat. Perniagaan sambilan saya ni masih lagi berskala mikro, atau kata orang kecil-kecilan sahaja.
Sebenarnya saya dapat masuk ini adalah kerana New Straits Times Press (NSTP) ada buat promosi pada bulan lepas. Saya diberi diskaun yang sangat murah oleh NSTP. Tapi diskaun ini untuk yang ada perniagaan sahaja. Dan saya hanya perlu berikan bukti dengan mempuyai cop yang mempunyai nama syarikat dan nombor SSM. Saya berjimat (senang cakap) RM3000* ringgit!
![]() |
| iklan di Berita Harian 4 Januari 2016 muka 39 |
Kalau saya tidak mendaftar SSM yang memang wajib itu... tak berpeluanglah merasa jimat dekat RM4000.
Sekian terima kasih
Memulakan perniagaan: kelebihan mendaftar di SSM berdasarkan pengalaman saya.
Apa azam baru anda tahun ini? Tentunya ada daripada anda ingin menambah rezeki. Antara cara menambah rezeki adalah dengan berniaga. Dan antara cara perniagaan adalah dengan berniaga secara atas talian.
Saya terbaca di media sosial yang ramai antara netizen, terutamanya yang berniaga atas talian merungut apabila diwajibkan mendaftar dengan SSM.
Sebenarnya benda ini bukannya baharu, tapi sebelum online-online ni ada, memang setiap perniagaan sudah wajib mendaftar dengan SSM.
Bukannya mahal, bermula dari RM30 setahun je. Kiranya RM5 sebulan lah. RM30 tu untuk pendaftaran nama sendiri (nama anda bin/binti nama ayah). Tapi kalau anda nak nama glamer macam drama-drama korporat tu, anda dikenakan RM60 setahun. Contoh nama seperti Kaya Rich Enterprise, Kaya Rich Marketing, atau Kaya Rich Trading. Tapi untuk pendaftaran baru, tambahan RM10 (tahun pertama) dikenakan sekali sahaja.
![]() |
| foto dari http://ruzanaibs.blogspot.my/2014/12/5-manfaat-peniaga-online-berdaftar.html |
Kelebihan #1 - Nama Unik
Bila anda mendaftar di SSM, nama perniagaan itu sudah menjadi milik anda, orang lain tak boleh register selagi yuran tahunan itu dibayar. Contohnya sekiranya anda mendaftar Kaya Rich Enterprise, orang lain tak boleh nak nama sama. Kalau mereka nak juga nama "kaya rich" tu, terpaksalah tambah jadi "Kaya Rich Marketing, atau "Kaya Rich Trading". Mungkin juga terpaksa tukar susunan ke "Rich Kaya", atau mengubah ejaan ke "Kaya Reach"
Kelebihan No 2 - Perniagaan Anda Lebih Diyakini
Dengan banyak penipuan di internet ni, pengguna menjadi takut membeli di internet. Pembeli tegar akan beralih kepada nama-nama besar yang lebih diyakini. Dengan mendaftar di SSM, anda menunjukkan kepada pengguna yang anda serius berniaga. Nama perniagaan, pemilik, dan alamat akan tersimpan di SSM. Jadi ada masalah, senang sikit penguatkuasa nak cari. Dengan mendaftar, sekurang-kurangnya pembeli rasa lebih selamat.
Kelebihan No 3 - Bukti perniagaan yang sah di sisi undang-undang
Antara benda yang kerajaan tanya bila bagi geran atau bank bila bagi punjaman perniagaan adalah sijil pendaftaran perniagaan dari SSM. Pendaftaran perniagaan di SSM adalah salah satu bukti yang anda berniaga. Jika tidak, anda sama je macam orang lain. Bank swasta mungkin memberikan borang lain (contohnya borang kad kredit, atau borang pinjaman persendirian / personal loan)
Ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang SSM ni, bolehlah layari FAQ laman web SSM di https://www.ssm.com.my/ms/faq-view
Bagaimana untuk tipu 'memiliki' Android terkini? (Marshmallow)
Android versi terkini, Android Marshmallow telah diumumkan Google. Sementara menunggu telefon pintar anda dapat versi ini, anda boleh trick rakan-rakan anda yang kononnya anda telefon anda sudah upgrade dari Lollipop ke Marshmallow.
Berikut adalah caranya:
- Pergi ke laman web ini http://www.slashgear.com/gv/android-marshmallow-6-0-wallpaper-gallery/
- muat turun wallpaper yang disediakan ke dalam telefon anda
- set-kan gambar itu menjadi wallpaper dalam telefon anda
- tunjuk henfon anda kepada kawan-kawan (terutamanya yang gila update)
Haha... saya dah laksanakan trick di atas ke dalam tablet saya, cantik kan :D
Notebook vs Netbook vs Tablet
Satu hari ini ada pensyarah datang jumpa saya bertanyakan tentang komputer jenis mana yang boleh dia beli. Dia nak guna komputer ni untuk membuat kajian (research).Hari ini komputer ada beberapa jenis, untuk pensyarah itu, dia boleh pilih dari beberapa jenis ini
- Desktop PC = Komputer Peribadi
- Laptop Notebook = Komputer riba
- Netbook
- Ultrabook
- Tablet
Desktop PC
- Ini jenis komputer yang ada atas meja pejabat. Jenis yang orang beli pada 1990-an hingga pertengahan 2000-an.
- paling bagus untuk buat kerja
- lebih berkuasa berbanding notebook dan tablet (pada harga yang sama)
- lebih murah berbanding notebook dan tablet (pada power yang sama)
- sukar dibawa merata
Laptop Notebook
- Antara sebab wujudnya notebook ini adalah apabila adanya keperluan untuk buat kerja luar waktu pejabat, dan membawa kerja merata-rata
- bagus untuk buat kerja
- kurang berkuasa berbanding desktop (pada harga yang sama)
- mahal berbanding notebook (pada power yang sama)
- mobiliti tinggi
Netbook
- Netbook ni ibarat laptop kecil, dengan benda yang paling cokia dan murah.
- Walaupun idea ni dah lama wujud, tapi bila Acer Eee-PC laku di pasaran, maka syarikat2 IT lain pun berlumbalah buat netbook.
- Komputer pertama kebanyakan orang pada 2005-2010 (sebab murahnya netbook, maka muncullah idea nak bagi netbook kat rakyat).
- tak bagus untuk buat kerja
- tidak berkuasa berbanding notebook
- murah berbanding notebook
- mobiliti: lebih kecil dan lebih ringan
Ultrabook
- Bila orang nak power macam PC dan ringan macam netbook, maka munculnya ultrabook
- masalahnya dengan ultrabook ni, ianya mahal berbanding notebook biasa
- orang biasa (macam saya) paling kuat pun mampu beli notebook je
Tablet
- Tablet pertama tidak dicipta oleh Apple. Bahkan saya memiliki tablet-PC keluaran HP. Saya memiliki touch screen lama sebelum Microsoft mengeluarkan Windows 8.
- Bila Apple berjaya dengan iPad, maka syarikat IT sekali lagi berlumba membuat macam iPad, menggunakan OS Google Android yang percuma.
- Kini sudah ada tablet yang lebih murah, maka orang dah tak beli netbook
So since pensyarah tadi kata dia nak buat untuk research yang biasa-biasa pakai Microsoft Office jer, so... saya sarankan beli NOTEBOOK biasa-biasa di kedai. Yang jenis RM1,500 hingga RM2,000 pun dah OK dah.
Main blog, dapat $1000 sebulan?
OK - bulan 6 kembali lagi - so lagi sekali saya kongsi pasal buat duit tanpa berniaga... (menggunakan blog)
Antara sebab mengapa saya suka BLOG daripada FACEBOOK adalah kerana anda boleh mendapat pendapatan pasif daripada blog. Dalam bahasa orang biasa, pendapatan pasif ini lebih kurang, "tidur pun dapat duit". Dalam facebook anda perlu berniaga untuk mendapatkan pendapatan. Dengan blog, sekiranya anda bukan peniaga, anda juga berpeluang mendapat pendapatan pasif.
Secara ringkasnya, cara mendapatkan wang dari blog ada saya tulis di bawah ini:

- Buat duit tulis blog semudah 1-2-3 (tak perlu niaga)
- Guna Google, Google bagi cek duit... kali kedua dah ni
- Dah tak blog pun duit masuk juga
Salah sistem blog adalah BLOGGER yang diuruskan Google Inc. Untuk mendapatkan BLOGGER, anda perlu ada akaun Google (atau akaun GMail). Di bawah ini adalah panduan bagaimana untuk mendapatkan e-mel Goodle
Ingatkan saya seorang je yang berkongsi tentang cara mendapatkan duit ini. Ada juga orang lain yang menulis tentang ia. Oleh kerana saya tak sempat nak tulis dan kongsi. Saya takdelah dapat $1000 sebulan, bertahun juga sayamenunggu untuk dapat $100. Jadi di sini saya berkongsi pautan satu blog seseorang yang katanya boleh dapat $1,000 (RM 4,100) sebulan (selamat mencuba!).
Langgan:
Catatan (Atom)