Beberapa bulan lepas Dr. Azizan Osman ada merakam video menceritakan banyak tips untuk usahawan. Antara bahagian kecil yang diceritakan adalah "5 cara bagaimana usahawan buat duit" dalam sebuah video rakaman beliau.
My College Fund
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Dr. Azizan kongsi 9 tips bina perniagaan online. Anda tentu tak sangka apa yang No. 1?
Bagi orang biasa mereka memang tak sangka, dalam banyak-banyak perkara, mendaftarkan nama domain adalah yang pertama. Ia lebih utama daripada mendaftarkan syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Apa itu nama domain?
Anda boleh baca panjang lebar tentang apa itu nama domain di Wikipedia, tapi secara ringkasnya nama domain adalah nama dotCOM-dotCOM yang orang selalu sebut tu. - CUMA NAMA SAHAJA (dan bukannya laman web) - Selain dari dotCOM [.com], terdapat juga akhiran lain seperti [.net], [.biz], [.my], malah kini ada lebih 1000 tambahan akhiran lain seperti [.guru], [.ninja], [.online], [.top], [.xyz] dan macam-macam lagi.
Kenapa anda perlu cepat dapatkan nama domain?
Nama domain yang belum dimiliki boleh dibeli dengan harga rendah, contohnya: [.com] kebiasaannya dijual dalam RM 60 hingga RM70.
Nama domain premium pula adalah nama domain yang telah dimiliki dan pemiliknya ingin menjual nama domain tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Ada antaranya telah dijual hingga jutaan dollar. Anda boleh rujuk wikipedia untuk senarai ringkas nama domain yang dijual pada harga tinggi.
![]() |
| Tangkapan skrin laman media sosial rasmi Dr. Azizan Osman di mana Dr. Azizan kongsi 9 Tips Membina Perniagaan Online Secara Professional (diakses pada 16 Ogos 2016) |
Kat mana lagi... kat SENANG.ONLINE lah ... bukan sahaja anda dapat nama domain, malah kami beri bukan satu, tapi DUA (2) akaun emel PERCUMA dan beberapa perkhidmatan lain. Harga kami TANPA GST! Apa lagi, dapatkan nama domain perniagaan anda sebelum dikebas orang!
7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kepada usahawan Islam
Hmm sedang belek-belek facebook, terjumpa pula "7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kepada usahawan Islam" ... so saya copy paste masuk blog saya, semoga di masa depan korang senang nak cari guna Bing/Google/Yahoo.
Amanat ini dibahagikan kepada 7 tajuk besar.
#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan
#2 – Kejayaan Perlukan Masa
#3 – Jangan Putus Asa
#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu
#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri
#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri
#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat
yang selebihnya ada di bawah ni...
Amanat ini dibahagikan kepada 7 tajuk besar.
#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan
#2 – Kejayaan Perlukan Masa
#3 – Jangan Putus Asa
#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu
#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri
#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri
#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat
yang selebihnya ada di bawah ni...
Tips berjimat 2014
Assalamualaikum, wmt wbr...
1 Januari 2014 nanti, banyak benda bakal naik. Kerajaan telah mendengar keluhan rakyat, dan malam tadi Perdana Menteri telah mengumumkan 11 langkah penjimatan untuk sektor awam.
Selain itu, di sini saya berikan sedikit tips berjimat untuk menghadapi 2014. Maaflah, tulis main point je. (nak kena pulun siapkan kerja akhir tahun, sorry)
MAKAN DAN MINUM
TELEFON DAN INTERNET MUDAH ALIH
1 Januari 2014 nanti, banyak benda bakal naik. Kerajaan telah mendengar keluhan rakyat, dan malam tadi Perdana Menteri telah mengumumkan 11 langkah penjimatan untuk sektor awam.
Selain itu, di sini saya berikan sedikit tips berjimat untuk menghadapi 2014. Maaflah, tulis main point je. (nak kena pulun siapkan kerja akhir tahun, sorry)
MAKAN DAN MINUM
- orang kata masak di rumah menjimatkan, sebagai contoh, ada rakan sekerja saya suka makan Subway. Beliau tidak membeli di Subway, sebaliknya beliau ambil inspirasi dari subway dan buat sendiri sandwich beliau di rumah.
- Bandingkan harga, beli yang murah. Menakjubkan, dengan tawaran yang dibuat oleh restoran makanan segera seperti KFC dan McDonalds, anda akan dapati set menu mereka lebih murah daripada yang dijual di restoran nasi kandar.
- Beli di kedai yang menawarkan Menu Rakyat 1 Malaysia. Pada mula diperkenalkan, Harga makanan MR1M adalah: RM2.00 untuk Sarapan Pagi dan RM4.00 untuk Makan Tengah Hari ... Senarai restoran yang menawarkan MR1M boleh didapati di sini -- http://www.kpdnkk.gov.my/menu-rakyat-1malaysia
- kaji balik penggunaan astro anda, anda mungkin tidak menonton pakej-pakej mahal. Mungkin anda boleh potong ke pakej terendah. Contohnya, jika anda selalu menonton bolasepak di kedai mamak, hinggakan tidak menonton di rumah, jadi apa perlunya pakej bolasepak?
- Mungkin boleh bertukar kepada motor atau naik basikal.
- Ada rakan saya menambah tangki gas petroleum. Menurut beliau penggunaan gas menjimatkan kos pengangkutan.
- Penggunaan kereta hybrid juga dapat menjimatkan minyak.
- rancang perjalanan.
- rancang perjalanan anda untuk buat banyak persinggahan dengan satu perjalanan.
- tahukah anda yang bil elektrik anda jadi PERCUMA jika bil bawah RM20.00? Well ni zaman Pak Lah lagi dah kerajaan umumkan. Apa kata cuba jimatkan elektrik dengan off mana-mana yang tak perlu.
- Saya berjaya kurangkan bil elektrik rumah saya kepada bawah RM20 sebulan. Nak tahu apa rahsianya? Saya tukarkan pemanas air 24jam dengan cerek elektrik biasa.
- menurut Encik Ruzaimi, plag elektrik yang telah dimatikan tetapi tidak dicabut juga menggunakan sedikit elektrik
TELEFON DAN INTERNET MUDAH ALIH
- kini semakin banyak telco menawarkan komitmen rendah. Kini caj telefon yang tinggi sudah tidak memberi kesan kepada pengguna, asalkan internet rendah... jika anda tidak mengambilkira caj internet, anda kini boleh telefon dan SMS dengan PERCUMA menggunakan aplikasi seperti BBM, Line, Whatsapp, dan WeChat)
- gunakan MIFI. ... menggunakan MIFI anda boleh berkongsi internet anda kebiasaannya hingga 5 peranti (jadi anda tak perlu ada 5 simcard yang ada internet).
- Sebagai perbandingan, sekiranya ada membayar internet minimum RM30 untuk 5 simkad (dan katalah telco tu bagi 1GB utk RM30), anda kena topup RM150 ... tetapi dengan satu simkad, ada boleh dapat 5GB dengan harga RM68 (amat beza dengan RM150 kan)
- Ada telco bagi internet percuma, walaupun perlahan... sekurang-kurangnya cukuplah untuk anda whatsapp/twitter/facebook dari telefon low-end anda.
- malah kini ada telco bagi 1GB internet laju PERCUMA setiap kali top-up.
Langgan:
Catatan (Atom)














