My College Fund

Memaparkan catatan dengan label Bagi Pendapat Saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bagi Pendapat Saya. Papar semua catatan

Tips Beli Cuti Bulan Madu


Sempena musim mengawan ni saya ingin memberi tips bagi mereka yang tidak pernah menempah cuti. terutamanya yang hendak mencari percutian yang murah, mudah, tapi naik kapal terbang.

  1. Berdasarkan bajet anda pilih tempat mana yang anda hendak pergi...

  2. lihat laman-laman web pakej percutian dahulu... lihat tawaran yang ada... berapa harganya... ini cuma untuk window shopping dulu ... check pakej penginapan contohnya kalau 3d/2n

  3. pergi ke laman web syarikat penerbangan untuk offer yang menarik.

  4. ulangi langkah 2 dan 3 ... periksa sama ada syarikat penerbangan menyediakan percutian atau tidak... daripada pengalaman saya, syarikat penerbangan hanya offer pakej penerbangan dan hotel, manakala laman web percutian pula offer pakej cuti (jalan-jalan) dan penginapan.

  5. bila anda telah berpuas hati dengan offer terbaik percutian dan penerbangan ... KINI beli tiket penerbangan berdasarkan tempoh penginapan anda... (cth kalau percutian 3d/2m jangan lah beli tiket 'esok balik'

  6. bila dah konfirm beli tiket, beli pula pakej percutian...


CONTOH SENARIO

.

  1. aku nak cuti naik kapal terbang, tapi murah... since aku tak tahu mana yang murah, aku check kat airasia.com / fireflyz.com ... tak beli lagi

  2. bila aku dah dapat destinasi murah, aku check kat laman web percutian pula go.airasia.com / fireflyholiday.com ... so aku jumpa pakej yang aku nak... dia tulis percutian 3hari/2malam>

  3. aku check kat website beli tiket, cari hari padanan yang murah ... bila dah jumpa, beli

  4. kini aku beli percutian berdasarkan tarikh pergi / balik


so macam tu la ceritanya...

Isu Bir (beer) Halal - Pandanganku


Kelmarin ada berita (keluar paper Harian Metro) pasal minuman malta 'halal' seakan beer (atau dengan jolokan BEER HALAL) yang semalam dilaporkan haram kerana kandungannya minuman tersebut mempunyai alkohol 0.05%. Iaitu lima kali ganda lebih daripada kadar 0.01% yang disepakati ulama. 0.01% ni dianggap kandungan yang telah ada dalam buah-buahan yg dah tak boleh nak buat apa.

So kalut la yang syarikat pengimport ni kata kami dah dapat status halal dari whateverlah. Whatever punya halal aku malas nak tahu lah...

Senang ceritalah, korang apply je HALAL JAKIM, habis cerita. Untung gila banyak, dah la sebotol kat restoran nasi kandar antara RM5 hingga RM10, takkanlah nak bayar dapat HALAL JAKIM pun nak berkira.

Korang apply la halal JAKIM... then barulah confidence level muslimin Malaysia meningkat.

Formula menamakan tajuk filem & drama cinta Malaysia

Menamakan satu filem atau drama mengenai cinta agak sukar. Kadang-kala sampai buntu idea bagaimana nak menamakan filem/drama cinta tersebut.

Jangan risau... ikuti 'formula' yang telah digunapakai oleh banyak filem-filem Malaysia.

1. Sudah tentu filem/drama anda berkisar tentang cinta..., jadi letakkan CINTA di depan

contoh:

CINTA _______

2. Apa lagi isi kandungan utama karya itu? masukkan isu kedua itu dalam tajuk tadi...

3. Berikut merupakan contoh tajuk drama/ telefilem/ filem/ vcd Malaysia yang menjadi sumber inspirasi kepada formula di atas:
  • Cinta 3 Musim
  • Cinta 200 ela
  • Cinta Kolesterol
  • Cinta Luar Biasa

  • Cinta Tabloid

  • Cinta Terakhir

  • Cinta Kita

  • Cinta Fotokopi

  • Cinta Metropolitan

  • Cinta Tiada Restu

  • Cinta Gadis Rimba

  • Cinta Korporat

4. Kalau formula di atas menjadikan tajuk tak sedap: ubah perkataan cinta itu sama ada di tengah atau duduk kat last sekali _____ CINTA _____ Contoh: Ketika Cinta Bertasbih __________ CINTA Contoh:
  • Ayat-ayat Cinta
  • Cuti-cuti Cinta
  • Kuliah Cinta
  • Karipap-karipap Cinta

SEKIAN ... TERIMA KASIH... HEHHE

shopping bagai kad kredit, limit bagai kad atm


Kini di dalam internet, kita boleh membeli pelbagai benda. Di Malaysia, shopping dalam talian ini menjadi semakin hangat dengan adanya perbankan internet dan laman sesawang yang menawarkan diskaun. Siapa tak ingat akan tawaran tiket penerbangan AirAsia pada harga RM1. Pada masa itu tawaran ini hanya disediakan di dalam internet sahaja. Jadi ramailah rakyat yang nak mendapatkan kad kredit agar mereka dapat beli tiket kapal terbang online.

BERBELANJA BAGAI KAD KREDIT, TERHAD BAGAI KAD ATM

Tapi ada pula yang mahu kemudahan macam kad kredit, tapi tak mahu hutang macam kad kredit. Hanya ikut berapa banyak baki yang ada dalam bank. Pendek kata: shopping macam kad kredit, limit macam ATM.

Mereka yang sebegini tak perlu bimbang. Kini sudah ada kad debit. Kad debit ini membenarkan anda berbelanja berdasarkan jumlah wang di dalam kad. Pada permulaan pengenalan kad ini, anda perlu top-up duit masuk dalam kad ini. Kini anda perlu masukkan duit dalam bank. Malah kini kad ATM pula automatik menjadi kad debit.

Bank Simpanan Nasional merupakan bank yang pertama mempunyai kad ATM debit. Tidak seperti kad debit lain pada masa itu, pelanggan baru atau mereka yang memperbaharui kad Giro terus mendapat Kad Giro Matrik BSN yang ada cop VISA electron. Pada asalnya orang takut akan kad ini. Ada remaja yang kena marah kerana kad ini disalah anggap sebagai kad kredit.

Kini dengan penyertaan bank dan kad ATM automatik jadi kad debit, anda tak perlu susah payah nak masuk duit. Gaji masuk dalam bank, terus masuk dalam kad debit.

Penggunaan kad debit kini pula mudah... Pergi sahaja kedai yang mengambil bahagian, 'swipe'. Ibarat tokei kedai pula yang tolong pergi keluar duit kat ATM untuk anda.

Dengan kad debit, tiada faedah yang tinggi. Hutang pun tiada, malah cukai RM50 Najib pun tak ada.

relax...

Kampung yang kaya gila di China




Memang kaya gila. Sengaja saya letakkan gila di situ...

Video menarik ini saya dapati apabila membaca blog staroba.org

Jutawan UK jadi 'pramugari' AirAsia


photo from @airasia twitter


photo from Tony Fernandes tweets

Rasanya semua dah tahu yang jutawan yang terkenal dengan syarikat Virgin, Richard Branson telah kalah bet dengan Tony Fernandez.

Beliau perlu 'serve' pelanggan dengan pakaian peramugari. Dijangkakan beliau akan diletakkan dalam penerbangan AirAsia X Kuala Lumpur - London.

Tapi apa yang saya tahu, dari akhbar la jugak beliau akan berkhidmat tanpa menggunakan tag nama Richard Branson.


photo from AirAsia facebook account.

Apa pun AirAsia dah memang lama dah ready dengan kemenangan ini. Mereka dah siapkan poster di atas pada awal musim F1 lagi.

Malaysian (Penang) 'stars' in Swedish hero movie


Little known Perak born - working in Pulau Pinang - Malaysian suddenly become 'famous' due to his leading role in a some Swedish hero movie.

I was speechless when given opportunity to see him this movie. As I am not fluent in English, so I let you to judge.

Click Here to watch the trailer of The Hero 2 : Swedish Hero

Mesti Tonton - The Hero 2 : Swedish Hero (trailer)


Aku tak mampu nak kata apa-apa bila menonton filem ini. Memang gempak siot... Step Away Afdlin Shauki, Yusuf Haslam, George Lucas, Stephen Spielberg... Filem ni memang sempoi giler...
Klik di sini untuk tonton trailer The Hero 2 : Swedish Hero

Import? Tak payah kot

Kebelakangan ini ada individu tertentu yang mahukan FAM membenarkan semula kehadiran pemain import dalam kancah bola sepak. Kehadiran pemain import dikatakan akan menjadikan liga bolasepak Malaysia bertambah menarik.

Saya tidak menyokong cadangan di atas kerana dari pengamatan saya:

Ada yang berpendapat "jika tiada pemain import maka stadium tidak penuh". Betul ke? Pada pengamatan saya walaupun ada atau tiada pemain import, penyokong setia tetap datang ke stadium melihat pasukan kegemaran mereka beraksi. Yang kurang setia pula, pergi ke stadium bila pasukan mereka dalam keadaan sentiasa menang. Stadium pula tidak penuh bila team selalu kalah walaupun mempunyai pemain import. Ingat orang nak datang stadium ke pasal pemain import? Lainlah kalau tiru macam Liga Amerika import David Beckham tu.

Bila duit sewa stadium pun terpaksa minta kerajaan negeri lupuskan, dan gaji pemain pun kadang kala sangkut, macam mana nak bayar gaji pemain import yang mahal tu. Inilah yang dikatakan anak kera disusukan, anak sendiri mati kelaparan.

Tambahan kepada point di perengggan di atas, bolehlah dikatakan yang nasib periuk nasi pemain bolasepak Malaysia ni nampak macam insecure. Macam mana nak hidup kalau gaji kejap ada, kejap putus. Tunas-tunas muda, yang form five, yang pakar bolasepak nak tak nak mesti memfokuskan kepada bidang lain (selalunya akademik) yang dilihat lebih menjamin masa depan.

Kita selalu sebut tentang zaman Allahyarham Supermokh dan hero-hero bolasepak yang lainnya. mereka berjaya membawa bolasepak Malaysia ke sukan olimpik. Saya mungkin salah tapi jika saya betul, saya percaya zaman ini kita tiada pemain import. Ini membuktikan Malaysia cemerlang tanpa pemain import.

Bila FAM buka peluang kepada player import masa liga Semi Pro. Bolasepak kita start merudum. Ini ditambah lagi dengan kehilangan ramai pemain-pemain berbakat. Hasilnya lepas kita menang emas Sukan SEA di KL 1989. Kita tidak menang emas dah. Hinggalah tanpa disangka-sangka 20 tahun kemudian, lepas player import 'diharamkan' semula, Malaysia menang pingat emas bola Sukan SEA 2009 di Laos.

Kesimpulannya... liga tempatan merupakan tempat player kita nak test skill. Kalau ini pun nak bagi kat orang luar, macam mana kita nak lahirkan star bolasepak Malaysia? Fikirlah, nak syok sendiri team sendiri kalahkan team tempatan ke atau nak ada team yang pernah buat Manchester United gelabah walaupun seketika?

Lastly tengoklah gol Amri Yahya ini.

Malaysia Ban Blackberry?

Desas desus dalam twitter bertiup kencang mengatakan bahawa kerajaan akan ban blackberry.

Setakat ini UAE telah ban blackberry. Beberapa buah negara seperti Arab Saudi, dan India dikatakan sedang menimbang untuk turut ban blackberry ini.

Apakah nasib Blackberry? ...nantikan di berita tempatan

Kes Rogol, Zina, Buang Bayi: Adat perkahwinan kita perlu diubah

Kebelakangan ini banyak kes rogol, zina, serta buang bayi diutarakan. Satu penyakit masyarakat yang jika tidak dirawat dikhuatiri akan mendatangkan mudarat yang lebih dahsyat.

Pendapat saya mungkin tidak betul. Rujuklah mufti-mufti yang berkenaan. Tapi saya ingin melahirkan pendapat. Jika salah, saya minta maaf.

Walaupun kita boleh tunding jari kepada pengaruh barat, video lucah, dsb, kita boleh lihat yang masalah ini juga ada kaitan dengan adat perkahwinan kita. Cuba kita lihat. Nikah: suatu perkara yang wajib dalam menyatukan dua insan. Ia membenarkan pasangan tersebut membina keluarga. Nikah itu cukup perfect. Soalan saya sekarang ni. Semahal manakah belanja nikah itu? Daripada pengalaman saya, seseorang lelaki itu tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk ini.

Akan tetapi dalam masyarakat kita, ada pula event yang datang sekali dengan pernikahan ini. (Bagi saya) Ia dinamakan persandingan. Kedua-dua ini jika (bagi saya) adalah apa yang masyarakat setempat katakan sebagai perkahwinan.

Persandingan dan majlis kenduri serta segala macam perkara tambahan inilah yang menjadikan satu perkahwinan menjadi mahal. Kegilaan masyarakat untuk mengejar 'grand' menjadikan perkahwinan ini semakin mahal. Biasanya bakal pengantin yang tidak mempunyai simpanan yang cukup akan membuat pinjaman bank yang mengambil masa 10 tahun ke atas untuk habis.

Kalau nikah ini mudah dan murah, janganlah kita susahkan ia, dan jadikan ia mahal... jika ada yang berpendapat nikah ini susah dan mahal, maka janganlah kita menambahkan susah dan memahalkannya lagi.

Kesimpulannya walaupun kita boleh mencari sebab lain, tapi kita perlu lihat juga akan adat perkahwinan kita. Minta tolonglah jadikan adat perkahwinan di dalam bangsa kita ni mudah dan murah, agar pemuda-pemudi kita tidak mencari alternatif yang diharamkan Islam.

Rokok Babi? April Fool?


Yikes! Akhbar Kosmo! melaporkan 1 April lalu. Rokok berkemungkinan ada sel darah babi. Aku ingatkan april fool... rupanya tak... Kosmo! menyiarkan berita dengan professionalnya.

Aku dah check internet, rupanya bukan Kosmo! je yang lapor Berita Harian dan akhbar-akhbar lain pun tulis gak.

Bagus la Jabatan Kimia nak kaji perkara ini. Cuma kalau nanti disahkan tiada macam mana? Adakah ada iklan mengatakan rokok bebas babi? atau nanti ada cop halal JaKIM? Sama-sama kita nantikan... Tunggu Nas Ahmad TERJAH!

Bagi yang dah berhenti (especially berhenti rokok dan main basikal) aku ucapkan tahniah. Bagi yang belum, (especially merokok untuk turun berat... ...LIVE STRONG!), berhenti aje la. Kalau tak nak berhenti, stop dulu, then simpan duit yg buat belanja rokok tu. Kalau result dah keluar, terpulanglah nak sambung rokok ke tak...

...ceh macam la aku ni hebat sangat...

...OK adios...

Baskin Robbins murah

Bila nak blog, server blogger down / internet down...

Macam tu la selalu bila semangat nak blog aku ada. Sementara boleh ni aku blog aa sikit

Erm korang nak tau tak tips belanja wife Baskin Robbins murah?

Setiap 31 haribulan setiap bulan, Baskin Robbins akan memberikan diskaun 31% kepada pengunjung kiosk. So hari tersebut bolehla korang memanjakan isteri korang dengan aiskrim Baskin Robbins


Macam tu la (seperti dalam gambar) bila Baskin Robbins buat offer 31%. Ada orang beratur. Compare dengan masa tak offer... aku tengok jarang ada orang beli. So sekian terima kasih. pos untuk hari ini. bye bye

It's just Air Milo (not Milo tarik)



 

Teh tarik (literally pulled tea or 拉茶 in Mandarin) is a hot tea beverage which can be commonly found in restaurants, outdoor stalls and kopi tiams in Malaysia, Singapore and Brunei. Its name is derived from the pouring process of "pulling" the drink during preparation. It is made from black tea and condensed milk.

Another variation is Milo Tarik. Milo Tarik used fortified malt chocolate (usually Milo brand, hence it's name) instead of teadust.

Air Milo is Milo when serve on flight hehehe.

Air Milo is when you drink it on land.

By the way this sky Air Milo cast you RM 5 instead of average 50sen for a (land) 3-in-1 Milo Fuse sachet.

Teg Soalan Beg dari Rezdrake

Menjawab teg si Rezdrake


1. Sila ambil gambar beg yg anda bwk gi kerja :)

 

Ni gambar ANTARA beg yang aku bawak pi kerja. Laptop Bag Brand HP. Aku beli lepas bekerja selama 6 tahun. Dah berusia 2 bulan.


2. Kemudian sila ceritakan sedikit apa yang terkandung dalam beg anda. Sila sertakan gambar sekali kemudian terangkan secara detail isi beg anda

 

Seperti yang anda lihat ada banyak... charger tak ditelakkan dalam gambar ni sebab semak sikit dengan wayar berselirat... so faham-fahamlah

Aku bawa dua laptop: Notebook HP dan Netbook yang bukan HP ... Inspired by Rezdrake, aku pun beli laptop hp tu.. sayangnya termakan pujukan amoi cun melecun untuk beli netbook

Ada buku PHP, bekas CD, Modem DiGi Internet menggantikan yang Maxis dan Celcom, Kamera Kodak spare untuk menangkap memorable momments, Tetikus hadiah datang business presentation HP, Minyak Yu Yi Cap Limau, Inhaler hidung, Minyak Angin cap kapak, Balsem harimau, Beberapa cakera keras luaran 250GB & 100GB, Pembaca kad untuk yang sony punya, memori usb Sony Vaio 800GB hadiah seseorang yg melawat dan beli di Beijing, dan yg hitam tu yg 1GB yg aku beli kat Malaysia.


3. Nyatakan sebab2 anda suka beg anda itu

Ada cop HP, padat sikit, tapi boleh isi banyak, beli di PC Fair USM anjuran PPKT / Desasiswa Saujana.


4. Sila nyatakan kenangan manis atau apa2 yg istimewanya beg itu pada anda.
 


Takde la istimewa sangat, tapi beg ni dah di bawa naik kapal terbang...


5. Sila TAG org yg lain :

Khuzaimi
Ruzaimi
Radzif
Ryehanna
Tare Panda

Posted by Picasa

Afdlin Shauki: Papadom vs Setem

vs
AKu dah menonton filem Papadom dan kemudiannya Setem. Pada ketika blog ini ditulis, filem Setem telah ditayangkan manakala filem Papadom masih lagi belum direlease ke pawagam.

Secara perbandingan jenaka-jenaka Afdlin Shauki lebih baik dalam Papadom berbanding filem Setem... Berbaloi menonton Papadom. Gandingan Afdlin dan Norkhairiah memang mantap.

So pergilah tengok...best... bawak family sekali.

Masks in Kuala Lumpur




(in broken english)
Last Saturday, while return back to Pulau Pinang, I was trapped on the infamous Kuala Lumpur traffic jam. I see these KayEll-ites wearing masks? Why ah? Awek cun also wear mask.

 

What the Eff... Bawak awek pun wearing mask... Why ahh? Is it haze?

 

As always, my friend in KL (in the picture below) has already prepare ahead since October 2008


Posted by Picasapikasa

1 Sept 2009 - harga baru bagi petrol baru

RM 1.75/liter.
berbanding dengan RM 1.80/liter yg kini dinikmati kita.

Dua hari lepas Shell melancarkan kiraan 35 hari ke 1 September 2009. Iaitu hari pertama minyak RON 95 akan mulai memancut-mancut keluar daripada pam masuk ke dalam lobang tangki minyak kenderaan pengguna.

RON 95 dibangunkan sebagai pengganti yang lebih baik daripada RON 92 dan sebagai alternatif kepada RON 97. RON 95 inilah yang berharga RM 1.75 sebenarnya (Bernama).

RON 97 dikatakan akan dijadikan minyak premium, dan minyak alternatif dan dijangkakan akan dijual 25 sen lebih daripada RON 95. Ini bermakna RON 97 akan dijual pada harga RM 2.00.

Rakyat bakal dijangka akan berbelah bahagi antara menyerbu stesen sebelum 1 September untuk minyak RON97 RM 1.80. Atau tunggu keesokkan harinya untuk 'jimat' 5 sen ke atas RON 95.

Dengan adanya minyak RON 95 ini. Saya khuatir yang pihak pemborong dan pengeluar akan melihat ini sebagai alasan menaikkan harga. Sedangkan kenderaan perdagangan mereka (yang pakai petrol) pula diisi dengan RON 95 yang lebih murah.

...

in broken english
New price for the new petrol

RM 1.75 the new RON 95 will be sold at starting 1 September, instead of RM 1.80 for RM 97 earlier. Is this a good news? Perhaps it is not for quality loving RON 97 consumer, as the price of RON 97 are reportedly will be rise to RM 2.00.

I do hope that merchants will not perceive this as an excuse to raise up their merchant price, while keep filling their vehicles with the 'cheaper' RON 95, instead of RON 97.

Superdad


Sesetengah orang kata yang hari-hari tertentu hanyalah marketing hype untuk melariskan barang. Sebagai contoh hari valentine di mana bunga ros mahal dijual pada hari tersebut. Antara hari lain adalah hari ibu dan hari bapa. Bagi aku kalau nak hargai parents, hari apa pun boleh. ...misalnya bagi hadiah hujung tahun sebab masa tu kan ada antara kita dapat bonus.

Apa pendapat anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...