My College Fund

Memaparkan catatan dengan label Startup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Startup. Papar semua catatan

Dr. Azizan kongsi 9 tips bina perniagaan online. Anda tentu tak sangka apa yang No. 1?





Bagi orang biasa mereka memang tak sangka, dalam banyak-banyak perkara, mendaftarkan nama domain adalah yang pertama. Ia lebih utama daripada mendaftarkan syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Apa itu nama domain?

Anda boleh baca panjang lebar tentang apa itu nama domain di Wikipedia, tapi secara ringkasnya nama domain adalah nama dotCOM-dotCOM yang orang selalu sebut tu. - CUMA NAMA SAHAJA (dan bukannya laman web) - Selain dari dotCOM [.com], terdapat juga akhiran lain seperti [.net], [.biz], [.my], malah kini ada lebih 1000 tambahan akhiran lain seperti [.guru], [.ninja], [.online], [.top], [.xyz] dan macam-macam lagi.

Kenapa anda perlu cepat dapatkan nama domain?

Nama domain yang belum dimiliki boleh dibeli dengan harga rendah, contohnya: [.com] kebiasaannya dijual dalam RM 60 hingga RM70. 

Nama domain premium pula adalah nama domain yang telah dimiliki dan pemiliknya ingin menjual nama domain tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Ada antaranya telah dijual hingga jutaan dollar. Anda boleh rujuk wikipedia untuk senarai ringkas nama domain yang dijual pada harga tinggi.

Tangkapan skrin laman media sosial rasmi Dr. Azizan Osman di mana Dr. Azizan kongsi 9 Tips Membina Perniagaan Online Secara Professional (diakses pada 16 Ogos 2016)
Jadi. kat mana nak dapatkan nama domain?

Kat mana lagi... kat SENANG.ONLINE lah ... bukan sahaja anda dapat nama domain, malah kami beri bukan satu, tapi DUA (2) akaun emel PERCUMA dan beberapa perkhidmatan lain. Harga kami TANPA GST! Apa lagi, dapatkan nama domain perniagaan anda sebelum dikebas orang!

StartupMalaysia D-Code Tech It Up ajar guna ICT untuk memantapkan perniagaan

Ahad baru-baru ini saya telah ke Kuala Lumpur menghadiri StartupMalaysia.org D-Code Tech It Up. Seminar ini diadakan di Universiti Tun Razak (Unirazak), Kuala Lumpur. 

D-CODE "Tech it-Up" merupakan bengkel satu hari yang diadakan sebahagian daripada inisiatif D-Code. Matlamat bengkel ini adalah untuk membantu perniagaan untuk mengadaptasikan teknologi yang meliputi penggunakan aplikasi online percuma, demonstrasi bagaimana menggunakan aplikasi-aplikasi ini untuk mempertingkatkan operasi perniagaan, kursus-kursus online percuma, dan bagaimana menggunakan media social untuk pemasaran perniagaan.

Oleh kerana malam sebelumnya saya terlepas tren (Putra LRT dan KTM Komuter) dan terpaksa menetap di hotel yang jauh, pagi tersebut saya terlepas sesi...
  • Inspirational Talk “How Technology Can Boost Your Small Business” by Evan Tan, Regional Director for Southeast Asia, Freelancer.com
  • Benefiting Free Tools from Google by Marcus Foon, Founder, Google Business Group (Malaysia)
  • Virtual Meetings – Get more done FOC by Evelyn Samuel, Manager, Google Business Group (Kuala Lumpur)
Walaubagaimanapun, saya sempat mendengar tentang
  • Reduce admin costs with Google Apps by Lingesh Sathasivam, Trainer for Google Web Academy & Founder of Google Business Group (Kuantan)
  • Leverage Social Media by Marcus Foon, Founder, Google Business Group (Malaysia)
  • Free Online Learning by Wemel Cumavoo, co-founder & CEO, MyMobileUni.com

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web StartupMalaysia

bersama Edina Manuel, dari ZenMondays

foto bersama Marcus Foon dari Zocial Inc yang mencipta ZocialRank dan ZocialEye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...