Beberapa bulan lepas Dr. Azizan Osman ada merakam video menceritakan banyak tips untuk usahawan. Antara bahagian kecil yang diceritakan adalah "5 cara bagaimana usahawan buat duit" dalam sebuah video rakaman beliau.
My College Fund
Memaparkan catatan dengan label Budget Pendapatan Savings. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Budget Pendapatan Savings. Papar semua catatan
Dr. Azizan kongsi 9 tips bina perniagaan online. Anda tentu tak sangka apa yang No. 1?
Bagi orang biasa mereka memang tak sangka, dalam banyak-banyak perkara, mendaftarkan nama domain adalah yang pertama. Ia lebih utama daripada mendaftarkan syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Apa itu nama domain?
Anda boleh baca panjang lebar tentang apa itu nama domain di Wikipedia, tapi secara ringkasnya nama domain adalah nama dotCOM-dotCOM yang orang selalu sebut tu. - CUMA NAMA SAHAJA (dan bukannya laman web) - Selain dari dotCOM [.com], terdapat juga akhiran lain seperti [.net], [.biz], [.my], malah kini ada lebih 1000 tambahan akhiran lain seperti [.guru], [.ninja], [.online], [.top], [.xyz] dan macam-macam lagi.
Kenapa anda perlu cepat dapatkan nama domain?
Nama domain yang belum dimiliki boleh dibeli dengan harga rendah, contohnya: [.com] kebiasaannya dijual dalam RM 60 hingga RM70.
Nama domain premium pula adalah nama domain yang telah dimiliki dan pemiliknya ingin menjual nama domain tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Ada antaranya telah dijual hingga jutaan dollar. Anda boleh rujuk wikipedia untuk senarai ringkas nama domain yang dijual pada harga tinggi.
![]() |
| Tangkapan skrin laman media sosial rasmi Dr. Azizan Osman di mana Dr. Azizan kongsi 9 Tips Membina Perniagaan Online Secara Professional (diakses pada 16 Ogos 2016) |
Kat mana lagi... kat SENANG.ONLINE lah ... bukan sahaja anda dapat nama domain, malah kami beri bukan satu, tapi DUA (2) akaun emel PERCUMA dan beberapa perkhidmatan lain. Harga kami TANPA GST! Apa lagi, dapatkan nama domain perniagaan anda sebelum dikebas orang!
McDonald's Chicken Foldover Percuma
Alhamdulilah rezeki. Anda juga boleh dapat beli 2 McDonald's Chicken Foldover pada 1 harga dengan mendapatkan kupon di laman web dan facebook McD atau imbas kod QR menggunakan telefon pintar di restoran McDonald yang berdekatan.
Android Samsung Galaxy W cant connect to PC (MTB USB)
Saya ada problem dengan USB ... so lepas cari internet ... dapati penyelesaian di bawah ini adalah paling senang dan menjadi. Terima kasih Veivien Chuan
ok....i got a new phone....about less than a month ago......it's my 1st smartphone that my bro have bought for me....samsung Galaxy W....yay.....same functions as S2 but smaller n not Amoled screen....still ok for me.....at 1st dl apps n using them will make ur phone a little big lag due to some apps that will not close properly...sigh.....hey...but then my friend fix it by installing that advance task killer apps.....since then....my phone works kinda smooth...not lag ald....
then i still lookin a way to fix that USB problem that seems to be fail connecting to my window 7 pc....sigh.....searching through those internet n advise about fixing it.....but none seems good enough...i tought of giving myself a try to fix it myself n hey...i did it...yay.....
ok...1st time...when u plug in...usually will run itself rite??? but most will encounter saying that fail to install......
my solution...
1.open ur phone setting then chooses wireless and network ...
2.then click USB mass storage device.....(okay by this time...ur phone cable will not be connecting to the PC yet....i repeat......DO NOT connect that USB port to ur PC yet)
3.then continue in that USB mass storage... click Connect storage to PC.....(ok...by this time...it will appear a box stating that connect USB cable to use mass storage....then only connect by this time)
4. after plug in tht USB....ur PC will auto fix that prob that u have n now press
5.Connect USB storage from ur phone.....
6.then....tada...... u r connected....now u can view files ald.......settle...that's just it....don't have to install those software....
Pergi ke blog beliau di mana beliau ada menyediakan video untuk anda.
Utusan buktikan Celcom Xpax lebih jimat
Utusan Malaysia semalam membandingkan caj antara syarikat-syarikat telekomunikasi ternama. Teks penuh boleh dibaca di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm . Utusan walau bagaimanapun tidak membuat perbandingan terhadap caj BlackBerry atau caj internet prabayar.
Minyak turun 10sen hari ini
sumber: BERNAMA
Doktor Umum Tun Dr. Mahathir dan diskaun 20%
Amat jarang sekali saya membeli buku, terutamanya yang tebal macam buku "Doktor Umum", Memoir Tun Dr. Mahathir ini. Buku ini menarik di baca.
Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan. Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad. Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden.
Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia. Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas. Di setiap persimpangan yang dilaluinya, Dr Mahathir menulis semula hukum dan peraturan. Autobiografi ini menjadi jendela bagi mengintai cara luar biasa beliau berfikir dan bagaimana pemikiran beliau dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Malaysia, daripada Perang Dunia Kedua dan Perjanjian MacMichael kepada kemerdekaan, perindustrian serta pembentukan Malaysia moden, krisis politik dan kewangan pada akhir 1990-an, serta cabaran abad baru. Buku ini mendedahkan ciri-ciri yang sebelum ini tidak diketahui mengenai seorang insan yang tidak suka menonjolkan diri, tetapi akhirnya menjadi negarawan yang berani. Buku ini menceritakan politik Malaysia moden melalui kaca mata salah seorang daripada pengukirnya yang agung. Ia bukan untuk meminta pengampunan atau percubaan mempertahankan diri, tetapi pengisahan yang tegas, menambat perhatian dan menarik mengenai bagaimana serta mengapa Dr Mahathir mencatat begitu banyak kejayaan dalam masa yang singkat. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.
Antara Komen Pembaca:
"3/5" - Bob
"Penulisan Yang Cukup Jujur dan Berani. Beliau tidak takut pada kritikan dan sentiasa melaksanakan apa yang difikikannya betul dan mempunyai kesan jangka masa panjang yang baik. Beliaulah pemimpin terbaik yang pernah dimiliki Malaysia sepanjang 55 tahun negara ini Merdeka ..... "
- Noor Effandi
"Tun M adalah seorang negarawan yang jujur dan amanah.Apa tersurat adalah tersirat jua.Tiada keralatan isu dan yang diperkatakan.Ianya akan menjadi refrensi buat para pelajar,masyarakat dan negara.Terbaik sekiranya disumbangkan kepa semua pusat sumber seluruh negara."
- Nuruthman
"Seorang melayu yang hebat membawa kejayaan malaysia mengikut apa yang beliau rasakan betul..semua rakyat malaysia perlu membaca buku ini"
- Zahry Ahmad
So macam mana nak diskaun 20%? KLIK GAMBAR DI BAWAH
Gaji minima RM800 - RM900
Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah mengumumkan yang kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta adalah sebanyak RM900 sebulan untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800. Ini bermakna RM4.33 sejam dan RM3.85 sejam masing-masing.
Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.
Apa nak buat kalau gaji minima telah ditetapkan bukan RM3000. Nampaknya aku masih lagi dalam golongan miskin bandar lah ye.
Perdana Menteri telah memberikan rasional atas keputusan tersebut. Untuk maklumat lanjut, klik gambar Utusan Malaysia di bawah.
Gaji baru! kata 13%, tapi kenapa lebih? silap kira ke?
Semalam, ramai yang menerima gaji kemudian terpinga-pinga mendapati gaji kenaikan gaji tiba-tiba 'terlebih'.
Untuk memudahkan pengiraan, kita akan abaikan elaun-elaun, dan kita akan bundarkan gaji untuk memudahkan anda mencongak.
Kalau ikut mesin kira online gaji baru SSM (tambah baik) JPA staf (gred 29) yang gajinya RM2000. Akan menerima RM2260 selepas kenaikan 13%. Tapi kenapa jadi RM 2405? Mana datangnya RM 145 tu? Takkanlah bonus? Masa bila Najib umum bonus? Kenapa pula rakan sejawat yang jawatan sama, 'P' sama dan 'T' yang sama kureng RM145?
Setelah saya bertanyakan kawan-kawan dan carian internet, rupa-rupanya kita tidak mencongak pergerakan gaji tahunan yang baru.
Jadi untuk memudahkan fahaman, kronologi kenaikan gaji baru ini adalah seperti berikut.
RM2000 - gaji Mac
RM2260 - selepas 13%
RM2405 - selepas pergerakan gaji tahunan (bagi yang bergerak Januari dan April).
Kawan yang tak merasa RM2405 tu, akan menikmati jumlah tersebut pada Oktober ini (kerana PGT beliau pada bulan oktober).
Woi! minyak naik woi! naik 10sen!
Tak disangka-sangka, tengah rakyat Malaysia dok relek-relek nak balik kerja jumpa anak bini kat rumah. Tetiba ada plak berita pasal minyak naik! Malah berita ini telahpun disahkan oleh media arus perdana, Utusan Malaysia dan The Sun.
Macam biasalah reason standard... minyak dah naik ke $120 (120 dollar) setong.
So berapa yang naik? 10 sen! Seposen pun parah tau buat kami yang bajet ciput.
Erk sorry aaa ... rupanya yang naik tu RON97 sahaja. RON97 naik 10sen ke RM 2.90. Tapi RON95 untuk rakyat jelata masih tetap RM1.90 ...
ha ... ha ... lega ...
Macam biasalah reason standard... minyak dah naik ke $120 (120 dollar) setong.
So berapa yang naik? 10 sen! Seposen pun parah tau buat kami yang bajet ciput.
Erk sorry aaa ... rupanya yang naik tu RON97 sahaja. RON97 naik 10sen ke RM 2.90. Tapi RON95 untuk rakyat jelata masih tetap RM1.90 ...
ha ... ha ... lega ...
Jom tengok gaji baru SSM 2012
Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling baru mengenai pengiraan gaji kakitangan awam yang baru.Malah siap ada kalkulator online mengira berapa gaji baru yang bakal anda perolehi.
Antara yang saya sempat baca adalah contoh bagaimana pengiraan gaji selepas pergerakan gaji tahunan (PTG).
Berita baik bagi kita semua adalah kita akan diberi kenaikan 13% terlebih dahulu sebelum diberi PTG.
Sebagai contoh, staf ni kategori bawahan dan PTG beliau adalah pada April.
Gaji pada 31/12/2011 adalah RM1,000.00.
Gaji Januari 2012 akan naik kepada RM 1,130.00.
Lepas tu, bila gaji bulan April beliau akan naik RM 85* (*kot) kepada RM 1,215.00.
Senang cerita, korang baca sendirilah pekeliling di http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan
Semai budaya menabung anak anda dengan buku ini.
Buku wang saku 2012 telah diterbitkan. Buku ini sesuai untuk mendidik anak-anak anda di sekolah rendah, sekolah menengah merancang kewangan atau menabung. Buku Wang Saku diterbitkan dalam versi Pelajar Sekolah Rendah, dan Pelajar Sekolah Menengah.
Aku ternampak buku ini dijual di Borders, Pulau Pinang. Ia dijual dengan harga RM 1.50
Aku ternampak buku ini dijual di Borders, Pulau Pinang. Ia dijual dengan harga RM 1.50
Najib batal SBPA, tapi COLA dan gaji naik


Perdana Menteri pagi tadi telah mengumumkan pembatalan SBPA dan menggantikan dengan Skim Saraan Malaysia yang ditambah baik (SSM+) muat turun di sini untuk teks penuh beliau.
Menurut beliau, dalam SSM+ penjawat awam 1-54 akan mendapat kenaikan 13% disamping kenaikan
tahunan sepertimana yang dicadangkan dalam SBPA iaitu dari RM80 - RM360. Guru-guru tetap mendapat kenaikan secara time based sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012. Dan kenaikan RM50 bagi mereka yang menerima COLA (kawasan B dan C, kawasan A tiada kenaikan RM50)
Ringkasan Pelarasan Gaji
- Gaji naik
- 13% = Gred 1 - 54 (kita semua)
- 9% = Gred Utama C,B,A
- 8% = Gred Turus 3 & 2
- 7% = Gred Turus 1 & KSN
- Kenaikan Gaji Tahunan
- Gred 1 - 54 => ikut SBPA (naik RM80 hingga RM320)
- JUSA => kekal ikut SSM
- COLA (Elaun Kos Sara Hidup)
- Kawasan A = kekal RM300
- Kawasan B = naik RM50 kepada RM250
- Kawasan C = naik RM50 kepada RM150
Tips BB1M RM200 magic jadi RM210
Suami tak perlu beli baju untuk isteri dah...
Siapalah yang reka idea ni. Bernas sungguh. kini para suami boleh senyum lebar sebab tak payah beli baju baru. Beri sahaja kemeja kita suruh isteri pakai hehe. sambil duit yang dijimatkan untuk membeli baju isteri itu kita buat untuk membeli kemaja kerja yang baru hehehehe :D . Para isteri sekelian, jangan terkejut kalau lepas ni anda minta baju baru, anda menerima hadiah semua kemeja lelaki :D . Para suami pula jangan jealous kalau isteri anda beli baju kemeja lelaki yang tidak muat untuk anda... dia beli untuk diri dia sendiri tu...Tonton video di bawah ini
Kenny Rogers Roasters Offer - Buy 1 Get 2


Esok... pakai benda merah, pergi Kenny Rogers, beli meal dia, dapat free satu lagi... TAK PERLU BAUCER...
Nak tahu macam mana keadaannya dan kemeriahan Kenny Rogers... lihat entry saya tentang peristiwa ini tahun lepas.
4 Pizza Hut = RM27
Maaflah, lambat tahu tentang offer Pizza Hut ni. sibuk melayan student dan staf yang kalut (gabra/gelabah) nak password. So enjoy yor pizza
Guna e-mel USM boleh menang laptop, HTC, KFC


Ya memang sukar dipercayai. Benda yang anda buat hari-hari boleh membantu anda mendapatkan hadiah Notebook.
Grand Prize: 1 x set Acer Notebook
First Prize: 1 x set HTC Windows 7 Smartphone
Second Prize: 1 x set Acer Netbook
Consolation: 10 x RM 50 KFC voucher
Apa yang anda perlu buat adalah sertai peraduan "Email and Win". Dan menghantar seberapa banyak penyertaan sebelum 29 Februari 2012.
Layari laman web ini >>KLIK SINI<< untuk menyertai.
How to send your entry:
(1)
Login at outlook.live.com / www.outlook.com/student.usm.my
Username:
Password: Your password
(2)
Type and complete the information below:
Full Name:
Matric. Number:
Location of Campus/Branch:
(3)
Slogan: I like my university email because ……..(No longer than 100 words)
(4)
Send your entry to: EmailAndWin@student.usm.my
SELAMAT BERJAYA!
Baucar percuma RM10 Tesco kembali lagi
Tesco bagi Baucer RM10 percuma yang hanya laku pada Terma & Syarat:
• Hanya baucer asal diterima
• Terhad kepada 1 baucar setiap transaksi pada setiap hari
• Baucar tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai
• Baucar tidak boleh digunakan untuk membeli Baucar Hadiah Tesco, barangan tembakau dan kredit pra-bayar E-Pay
• Tidak sah untuk digunakan di medan selera atau kedai-kedai penyewa yang lain • Tidak sah untuk digunakan dengan baucar-baucar Clubcard dan baucar tunai Tesco
• Pulangan baki tidak akan diberi sekiranya nilai pembelian adalah kurang daripada nilai baucar.
Langgan:
Catatan (Atom)



























Klik gambar atau teks ini untuk memuat turun kupon (fail .pdf) Pizza Hut ini.