My College Fund

Hari Keluarga Kelab PPKT di Pulau Pangkor



foto oleh: Rizman Suzaidi

Kelab PPKT telah menganjurkan Hari Keluarga. Kali ini ia diadakan di Pulau Pangkor. Atas sokongan penaja, dan kecekapan pengurusan kelab kali ini, kos berjaya diminimumkan kepada RM 135 seorang.

Sabtu 30/4/2011

Ramai antara kami yang bertolak ke Lumut menggunakan bas dari Bangunan Eureka USM. Dalam perjalanan nak ke Lumut, kami ambil beberapa orang peserta di Seberang Perai yang mengikuti rombongan.


foto oleh: Syamsul Yakin

Kami menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor. Terdapat sedikit perbezaan antara di Pulau Pangkor dengan feri di Pulau Langkawi. Bumbung feri Pulau Pangkor ditambah dengan penghadang sisi. Feri Pulau Pangkor ni berjalan perlahan. Perjalanan ke Pulau Pangkor mengambil masa 30 minit.


foto oleh: Syamsul Yakin


foto oleh: Fikry Azizan

Sampai kat Jeti Pulau Pangkor, kami naik kereta sewa (tapi van) ke hotel


foto oleh: Syamsul Yakin

Sukaneka diadakan selepas Asar. Permainan dimulakan untuk acara (yang tidak dirancang) untuk kanak-kanak... meniup tepung. Pada mulanya utusetia letak gula-gula hacks... kemudian ada yang buat pinggan special = pasir, tapi ada RM1 kat dalam. Duit dalam pinggan tepung semua disponsor oleh ehem-ehem... :D . Lepas tu acara untuk dewasa.



foto oleh: Syamsul Yakin

Pada sebelah malamnya... makan malam BBQ diadakan... hmm BBQ la sangat... ayam tak sempoi, tapi ikan kembung biasa tu yang dibakar memang sempoi. Ramai yang jadi kucing malam tu ratah ikan dan udang. Selepas itu, karaoke suka-suka diadakan. Saingan utama kepada Akademi Fantasia musim terakhir malam itu.

KEESOKAN HARINYA

Naik bot... pergi island hopping


foto oleh: Syamsul Yakin

Then pergi mandi laut di Teluk Man. Pasir dia halusss je... pantai dia landai... ramai yang pi dok mandi tengah laut


foto oleh: Fikry Azizan

Pastu pergi snorkeling... lepas tu balik...


foto oleh: Rizman Suzaidi & Fikry Azizan

Lepas makan tengah hari, kami semua check-out. Kemudian aktiviti terakhir... round island. Antara tempat yang kami singgah... kilang sate ikan pangkor dan kota belanda. Jalan-jalan di per'gunung'an pula mencabar pemanduan hehe... nasib baik kami semua hanya naik teksi.


foto oleh: Razif Junaidy

Lepas tu, semua pulang dengan happynya.



foto oleh: Fikry Azizan

Hmm rasa macam nak pergi lagi...


foto oleh: Asyraf Mustaqim
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...