Kebelakangan ini banyak kes rogol, zina, serta buang bayi diutarakan. Satu penyakit masyarakat yang jika tidak dirawat dikhuatiri akan mendatangkan mudarat yang lebih dahsyat.
Pendapat saya mungkin tidak betul. Rujuklah mufti-mufti yang berkenaan. Tapi saya ingin melahirkan pendapat. Jika salah, saya minta maaf.
Walaupun kita boleh tunding jari kepada pengaruh barat, video lucah, dsb, kita boleh lihat yang masalah ini juga ada kaitan dengan adat perkahwinan kita. Cuba kita lihat. Nikah: suatu perkara yang wajib dalam menyatukan dua insan. Ia membenarkan pasangan tersebut membina keluarga. Nikah itu cukup perfect. Soalan saya sekarang ni. Semahal manakah belanja nikah itu? Daripada pengalaman saya, seseorang lelaki itu tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk ini.
Akan tetapi dalam masyarakat kita, ada pula event yang datang sekali dengan pernikahan ini. (Bagi saya) Ia dinamakan persandingan. Kedua-dua ini jika (bagi saya) adalah apa yang masyarakat setempat katakan sebagai perkahwinan.
Persandingan dan majlis kenduri serta segala macam perkara tambahan inilah yang menjadikan satu perkahwinan menjadi mahal. Kegilaan masyarakat untuk mengejar 'grand' menjadikan perkahwinan ini semakin mahal. Biasanya bakal pengantin yang tidak mempunyai simpanan yang cukup akan membuat pinjaman bank yang mengambil masa 10 tahun ke atas untuk habis.
Kalau nikah ini mudah dan murah, janganlah kita susahkan ia, dan jadikan ia mahal... jika ada yang berpendapat nikah ini susah dan mahal, maka janganlah kita menambahkan susah dan memahalkannya lagi.
Kesimpulannya walaupun kita boleh mencari sebab lain, tapi kita perlu lihat juga akan adat perkahwinan kita. Minta tolonglah jadikan adat perkahwinan di dalam bangsa kita ni mudah dan murah, agar pemuda-pemudi kita tidak mencari alternatif yang diharamkan Islam.
ya, ya, aku setuju yang amat.
BalasPadamsebenarnya islam itu mudah.. nikah tu penting.. hal hal semua tu membebankan jer..
BalasPadam