My College Fund

Cabut gigi

Cabut gigi geraham hari ini. Gigi gerahamku memang dah ada caviti lama dah. Aku yang bukan doktor gigi ni pun konfiden, memang gigi ni dah tak boleh tampal dah. Dulu gigi ni sakit, tapi then boleh pulak tak sakit, berbulan la jugak... then Isnin lalu, sakit semula. Bila aku jumpa GP kat sini, doktor cuma bagi mefenamic acid (pembunuh sakit) berjenama ponstan dan Antibiotik je... takleh nak rawat.

So after dah tanya kawan (dia pulak pernah bedah gigi), so tengah hari tadi aku pegi cabut, aku sampai dalam 12:45. Lepas tunggu dalam 30 minit (sempat lena sat), aku pun dipanggil jumpa doktor, then proses mencabut.

Dua staf wanita (aaa korang jangan tanya cute ke tak...) yang bersama doktor tidak sudah-sudah mengingatkan aku jangan mengeraskan badan... Oleh kerana gigi aku yang berlubang besar, doktor sampai dua kali 'kecewa' dan mengingatkan aku agar tak keraskan badan... Time sakit-sakit camtu manalah ada yang 'keras'. Oleh kerana gigi aku cam tu, dia jadi patah dua, tapi akhirnya doktor berjaya keluarkan.

Aku memang tak sempat / tak ingat pun nak tangkap gambar gigiku itu.

Then bila dah habis, aku ke kaunter, then diberi ibuprofen (pembunuh sakit) berjenama brufen dan cuti sakit sehari (mungkin doktor atau staf tak dengar aku minta dua walaupun aku telah ditawarkan doktor untuk pilih sama ada satu atau dua hari MC.). Then kena cas RM50.


Walaupun aku ada M.C. aku balik office di Pusat Komputer. Tapi tak buat kerja la. Kawan sekerja di sini faham (since depa perasan resit klinik) keadaaanku. Painkiller memang membantu kesakitan yang aku alami. Tak tahulah kalau takde painkiller.

Memang hari ni tak makan apa-apa dari pagi... then dah pukul 4.00 PM, aku menggunakan kelebihan M.C. untuk pegi makan kat moi sup kat padang.

Dah la... malas nak merapu panjang-panjang... by the way, sekarang ni tak sakit... ALHAMDULILLAH mungkin kerana kesan painkiller kot... erm OK la... bye

1 ulasan:

  1. woooo cabut gigi kaa.. aku tahun lepas sebelum kawin cabut gigi takut efek waktu akad nikah.. sama kes macam hang geraham jugak patah dua.. memang mengeraskan badan jugak.. tapi benda lain jugak turut keras..

    lama juga dia nak keluarkan serpihan yang patah.. tapi disebabkan dentist tu comel dan cun.. iras2 lisa surihani.. nak cabut semua gigi pun takpe..

    get some rest..makan jgn hentam careful jgn biar makanan masuk dlm lubang tu.. it takes time for the socket to dry.. jgn tengok citer hentai.. nanti bledding balik...

    Lepas cabut.. hidup anda akan bertambah bermakna.. ceria untuk melakukkan apa saja :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...