Aku berpeluang makan sushi yang kebiasaannya mahal-mahal pada harga RM 2.00 sepinggan. Peluang ini datang kerana:
1. RZMIE bagi Kad Sushi King
2. Sushi King buat offer promosi RM 2.00 sepinggan untuk sebarang hidangan nasi di atas kaiten belt.
Dalam tempoh 4 hari offer tersebut, aku hanya datang dua kali di Sushi King Queensbay Mall. 1st time tangkap guna kamera henfon, 2nd time guna kamera digital.
Beratur orang datang makan sushi ni. Terutamanya pada hari terakhir offer. Majoriti yang datang makan sushi ni orang bukan Melayu.
Makanan atas kaiten-belt
Some of the dishes yang saya sempat makan (day 1)
SAKE MAYO MAKI (Salmon Mayonnaise), UNAGI (Grilled Eel), SAKE (Raw Salmon), KAMI TAMA MAKI, Smoked Salmon, - IKA (Fresh Cuttlefish)
Tapi biasanya bila offer ni, orang akan aim pinggan ungu (RM6), atau pinggan merah(RM5), dan buat bodo kat pinggan pink (RM4), biege (RM3), dan yang biru muda (RM2) diorang buat2 tak nampak.
Dalam gambar di atas tu Deep Fry Prawn (Tempura yg digoreng lama sikit), Tempura (Udang salut tepung goreng), dan SANMA KABAYAKI (Grilled Pacific Saury / rasa mcm ikan kembung je)
Tapi memang syurr... bila dapat makan udang RM6 pada harga RM2 sepinggan.
Hari Pertama (9) vs (7) Hari Akhir
Cukup la 9 pinggan, dah kenyang sushi... Alhamdulillah...
Bukan aku sorang je yang susun pinggan nie... orang lain pun susun gak...
So dah habis dah pesta Sushi RM 2 ni. Tunggu lak tahun depan.
--------
Jom layan Youtube
Tiada ulasan:
Catat Ulasan