Creative Commons Faizal Rahman
Hari ini dari jam 2:30pm hingga 4:30pm aku terpaksa untuk tidak menggunakan kenderaan bermotor aku. Ini kerana USM sedang mengadakan kempen "Dua jam tanpa kenderaan bermotor". So aku POW basikal USM pergi dari PPKT Kompleks Eureka ke PPKT Biro Combits & PPKT Pusat Komputer.
Oleh kerana dah dua tahun tak naik basikal, aku macam 'gayat' sikit, tapi taklah gayat sampai melelong-lelong bawak basikal macam masa di Bukit Bendera dulu. Ye la masa tu kan dah dua belas tahun tak main basikal.
Khabarnya dalam tempoh dua jam tersebut, pengguna kenderaan bermotor telah ditahan oleh pelajar (dengan kerjamasa Jabatan Keselamatan USM) untuk mengisi borang kaji selidik tentang mengapa mereka tidak menggunakan kaki atau basikal. Antara yang kena tahan... kenderaan PPKT yang sedang menghantar beberapa buah PC ke pusat pengajian.
hahaha.. aku teringin nak tengok si zulham kayuh beskal sambil duk sibuk dgn palm pilot dia.. good job buddy eventho 2 jam.. baru hang tau.. stamina hang macam mana.. :)
BalasPadamnampak comel..huhu
BalasPadamAku jalan kaki je time ni, so mmg support kempen ni, elok buat dari masa ke semasa, mungkin boleh buat kempen sehari pelak lepas ni
BalasPadamkalau hari-hari pun ok...
BalasPadam