My College Fund

Jutawan Internet Bongkar Rahsia 3P Memulakan Perniagaan Online

Biasanya semasa hari-hari biasa, saya tidak dapat menonton televisyen waktu siang. Tapi ada suatu hari itu, saya pergi ke klinik mengambil ubat, semasa menunggu ubat itu, maka saya menontonlah Malaysia Hari Ini di TV. Menariknya pada masa itu mereka membincangkan tentang pendapatan online.

3p
Kemudian muncullah Irfan Khairi membongkar rahsia formula 3P permulaan perniagaan online:

3P tersebut adalah: produk, platform. dan promosi.

1. Produk
menurut Irfan Khairi, adalah lebih baik kita menjual produk yang kita minat nak jual. Produk dalam hobi kita. Ini kerana, lepas kita balik kerja, kita penat... jadi bertambah penat lah kalau buat benda yang kita tak minat.

2. Platform
Mulakan perniagaan mengunakan platform yang anda sedia tahu. Sebagai contoh anda memang dah reti guna media sosial, dan membaca blog. Takde la nak serabut kepala masa nak start berniaga sangat. Lepas sebulan, (seperti yang disyorkan Dr. Azizan Osman) cepat-cepat beli nama domain internet. KAWTIM.COM menyediakan pelbagai nama domain dan perkhidmatan lain pada harga kompetitif. Yang 'italik' ni saya saja tambah, iklanlah sikit.

3. Promosi
Menurut Irfan Khairi, Semasa promosi dalam media sosial, jangan asyik post jual produk je. Orang pun tak suka asyik suruh beli je kan. (Komen saya: nanti lama-lama orang, unfriend/unlike... jadi dah kurang pelanggan berpotensi).

Menurut Irfan lagi,
"Ramai yang bertanyakan saya, bahawa mereka telah menggunakan facebook, instagram dan lain-lain tetapi masih sukar mendapat pelanggan. Jawapannya adalah mudah. Teknik dan strategi promosi yang digunakan adalah tidak efektif. Malah ada yang hanya menjatuhkan kredibiliti perniagaan sendiri oleh kerana melakukan teknik yang tidak beretika (tanpa disedari)"
Itu sahajalah yang saya faham masa tonton TV itu. Rupa-rupanya Irfan Khairi juga ada berkongsi tentang 3P ini dengan lebih lanjut lagi di dalam blog beliau. Kalau ada point-point yang saya terlepas, anda bolehlah baca di blog beliau.

Sekian, terima kasih.

dotcom-kan perniagaan anda dengan kawtim.com

"Ingat saya ni Indon(esia) & Bangla(desh) ke?" - Dr. Azizan Osman diherdik pengguna media sosial


Seorang netizen mengherdik Dr. Azizan Osman di media sosial apabila Dr. Azizan mensarankan untuk mengambil upah memotong rumput, atau mencuci permaidani, atau membasuh kereta untuk menambah pendapatan.

Dr. Azizan menulis demikian kerana menyarankan agar memulakan perniagaan secara dengan modal kecil-kecilan.

Menurut Dr. Azizan, "Orang ini marah bila saya cakap berniaga boleh berjaya dan bermula dengan modal kecil."

"Mulakan apa yang mampu. Saya beri contoh, dia boleh mulakan dengan ambil upah potong rumput, cuci karpet, basuh kereta kerana ini semua perniagaan yang boleh mula tanpa modal besar", menurut Dr. Azizan.

"Ha, itu jawabnya. Apa, hina sangat ke kerja potong rumput?", tulis Dr. Azizan Osman.

Dr. Azizan kemudiannya menyertakan imbas skrin dari media sosial.


Rasanya tak salah kalau buat part time potong rumput. Lagipun halal, dapat duit, tak perlu pun nak modal tinggi. Silap-silap tak perlu modal pun.

Modal yang dikumpul, boleh digunakan membina perniagaan. Untung yang dapat adalah 100% untuk kita. Sekiranya apa-apa terjadi. tiada perlu membayar apa-apa hutang.

Bayangkan kalau meminjam untuk memulakan perniagaan, sama ada perniagaan untung atau tidak, kita perlu membayar kepada bank. Bukan sahaja dikenakan faedah, malah jika perniagaan gulung tikar, kita terpaksa menanggung hutang,
-

Naib Canselor UiTM ditanya 3 soalan oleh lelaki misteri

Filem Chowrasta telah mula ditayang di pawagam pada Disember tahun lepas, dan kini boleh ditonton di dalam siaran Astro First. Filem ini diinspirasi dari kisah YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid b. Abu Bakar, FASc, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Lazimnya kita akan beranggapan yang orang yang berjaya tidak pernah gagal peperiksaan, apatah lagi untuk seorang yang bakal menjadi Naib Canselor sebuah universiti di masa hadapan. Dalam filem tersebut, diceritakan bahawa Tan Sri Prof. Sahol Hamid pernah gagal peperiksaan semasa belajar di Institut Teknologi Mara (nama lama UiTM). Bagaimana beliau boleh gagal? Kalau nak tau kenalah tonton filem Chowrasta. Jangan beli yang cetak rompak yer.

Berbalik kepada pasal kejayaan beliau...

Dalam keadaan dok monyok dengan kegagalan, beliau telah didatangi oleh seorang lelaki misteri yang akhirnya bertanyakan tiga soalan ini kepada beliau:
  1. Solat 5 waktu tak?
  2. Sayang ibu tak?
  3. Adakah anda akan membantu yang susah jika berjaya?
Dengan dibantu oleh pensyarah berbangsa Tionghwa, Beliau diberikan peluang kedua. Akhirnya beliau kini berjaya dan kini menjadi Naib Canselor UiTM

Tiga Soalan Lelaki Misteri yang mendorong kejayaan Naib Canselor UiTM
Hamid (Chem Amar) memikir jauh tiga pertanyaan seorang lelaki misteri (Mazlan Tahir).
Adegan filem Chowrasta ini dirakam di hadapan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.

--

Alhamdulillah, masuk surat khabar

Assalamualaikum wmt. wbt.

Di kesempatan ini, saya nak beritahu penafian sedikit: Saya ni taklah pandai sangat, tapi ilmu yang ada tu saya kongsilah sedikit bersama. Segala puji bagi Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Kelebihan yang ada ini adalah dari Kekuasaan Allah, dan kekurangan itu datang dari kelemahan saya.

Alhamdulillah, baru-baru ini, pada 4 Januari 2016, iklan saya masuk dalam akhbar Berita Harian. Tak ada apa yang perlu dibanggakan sangat. Perniagaan sambilan saya ni masih lagi berskala mikro, atau kata orang kecil-kecilan sahaja.

Sebenarnya saya dapat masuk ini adalah kerana New Straits Times Press (NSTP) ada buat promosi pada bulan lepas. Saya diberi diskaun yang sangat murah oleh NSTP. Tapi diskaun ini untuk yang ada perniagaan sahaja. Dan saya hanya perlu berikan bukti dengan mempuyai cop yang mempunyai nama syarikat dan nombor SSM. Saya berjimat (senang cakap) RM3000* ringgit!
iklan di Berita Harian 4 Januari 2016 muka 39
Sama juga pada tahun 2013, saya telah diberi geran perniagaan online RM1000. Selain daripada dikenakan syarat-syarat lain, saya perlu membuktikan saya berniaga. Yang bestnya, saya cuma diminta nombor pendaftaran SSM sahaja sebagai bukti. Tak payah fotostat sijil SSM, tak payah penyata bank.

Kalau saya tidak mendaftar SSM yang memang wajib itu... tak berpeluanglah merasa jimat dekat RM4000.

Sekian terima kasih


Memulakan perniagaan: kelebihan mendaftar di SSM berdasarkan pengalaman saya.

Assalamualaikum. SELAMAT TAHUN BARU 2016!
Apa azam baru anda tahun ini? Tentunya ada daripada anda ingin menambah rezeki. Antara cara menambah rezeki adalah dengan berniaga. Dan antara cara perniagaan adalah dengan berniaga secara atas talian.

Saya terbaca di media sosial yang ramai antara netizen, terutamanya yang berniaga atas talian merungut apabila diwajibkan mendaftar dengan SSM.

Sebenarnya benda ini bukannya baharu, tapi sebelum online-online ni ada, memang setiap perniagaan sudah wajib mendaftar dengan SSM.

Bukannya mahal, bermula dari RM30 setahun je. Kiranya RM5 sebulan lah. RM30 tu untuk pendaftaran nama sendiri (nama anda bin/binti nama ayah). Tapi kalau anda nak nama glamer macam drama-drama korporat tu, anda dikenakan RM60 setahun. Contoh nama seperti Kaya Rich Enterprise, Kaya Rich Marketing, atau Kaya Rich Trading. Tapi untuk pendaftaran baru, tambahan RM10 (tahun pertama) dikenakan sekali sahaja.

foto dari http://ruzanaibs.blogspot.my/2014/12/5-manfaat-peniaga-online-berdaftar.html
Berikut merupakan kelebihan yang saya perhatikan:

Kelebihan #1 - Nama Unik
Bila anda mendaftar di SSM, nama perniagaan itu sudah menjadi milik anda, orang lain tak boleh register selagi yuran tahunan itu dibayar. Contohnya sekiranya anda mendaftar Kaya Rich Enterprise, orang lain tak boleh nak nama sama. Kalau mereka nak juga nama "kaya rich" tu, terpaksalah tambah jadi "Kaya Rich Marketing, atau "Kaya Rich Trading". Mungkin juga terpaksa tukar susunan ke "Rich Kaya", atau mengubah ejaan ke "Kaya Reach"

Kelebihan No 2 - Perniagaan Anda Lebih Diyakini
Dengan banyak penipuan di internet ni, pengguna menjadi takut membeli di internet. Pembeli tegar akan beralih kepada nama-nama besar yang lebih diyakini. Dengan mendaftar di SSM, anda menunjukkan kepada pengguna yang anda serius berniaga. Nama perniagaan, pemilik, dan alamat akan tersimpan di SSM. Jadi ada masalah, senang sikit penguatkuasa nak cari. Dengan mendaftar, sekurang-kurangnya pembeli rasa lebih selamat.

Kelebihan No 3 - Bukti perniagaan yang sah di sisi undang-undang
Antara benda yang kerajaan tanya bila bagi geran atau bank bila bagi punjaman perniagaan adalah sijil pendaftaran perniagaan dari SSM. Pendaftaran perniagaan di SSM adalah salah satu bukti yang anda berniaga. Jika tidak, anda sama je macam orang lain. Bank swasta mungkin memberikan borang lain (contohnya borang kad kredit, atau borang pinjaman persendirian / personal loan)

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang SSM ni, bolehlah layari FAQ laman web SSM di https://www.ssm.com.my/ms/faq-view

KAWTIM.COM

Namaku dari $10, kini bernilai $25,000 AS


Bukan riak, bukan apa... tapi itulah nasib bila peluang yang ada tak rebut...

Sebenarnya, kira-kira dalam tahun 2008 gitu, ada orang pesan suruh beli nama RIZMAN.COM yang tengah available. Cuma dalam $10 - $20 gitu ja. So aku katalah kat dia yang bila birthday aku nanti aku beli. Kiranya nak senang ingat la macam tarikh lesen memandu gitu...

Sampai hari lahir, gelabah aku sebab Rizman.com not available. Rupanya dah ada orang beli seminggu sebelum birthday aku. Yang beli tu sebuah company di India.

Bertahun kemudian, aku check balik Rizman.com tu... Rupanya company India tu dah lingkup, dan kini Rizman.com dimiliki orang lain. Tak macam company India tu yang beli untuk pakai... owner baru ni pula, beli untuk buat jual. So kalau aku mau Rizman.com tu, aku kena beli dengan harga $25k. Duit US tu... ...kalau ringgit, kiranya dalam RM100,000 lah...

Korang bolehlah pergi check http://rizman.com ... Masih dengan harga $25,000 dia.

Actually bukan aku saja yang kena nama mahal ni. Facebook (facebook.com) contohnya membeli nama domain "fb.com" pada harga $8.5 juta.

Ingat tak kes MH370? Masa tragedi tu, ada la yang ambil peluang melelong MH370.com pada harga $5000 (yang harga asal dalam $10-$20). Ni bukan untung 100%, untung 50000% wooo....

Macam tak logik kan, nama boleh main jual-jual... ...Dia macam nombor plet cantik la, no plet ni ada satu ja. Orang lain dah tak dapat dah no tu....

So moral of the story, Macam Azizan Osman kata kat atas lah. Kalau nak nama dan tak nak orang ambik. Belilah awal-awal. (macam Google beli abc.xyz pada $8 ja)

Korang boleh beli nama domain korang kat http://kawtim.com. Hingga 31 Disember ni ada offer!. Nama domain .top (dot TOP) pada harga 50sen sebulan (maknanya kena bayar RM6 la) untuk tahun pertama. GUNAKAN KOD PROMOSI " 50sen " untuk mendapatkan promosi 50sen tersebut. offer tamat

pesawat Firefly di Langkawi disembur air bomba!


Ingatkan terbakar ke apa ker, rupanya welcoming ceremony penerbangan Firefly ke Langkawi.

"Langkawi International Airport proudly welcomes Firefly Airlines with a water cannon salute by the Airport Fire and Rescue Services team! ‪#‎new‬ ‪#‎airline‬ " ~ menurut akaun facebook Firefly


Macam kenal je pramugari Firefly tu, eh memang kenal pun haha

Tulis blog + video pasal makan boleh dapat RM10,000

Akhbar The STAR menawarkan RM10,000 untuk pemenang R.AGE Food Fight. Cerita banyak takmaulah, baca ja artikel dari The Star ini.... kalau nak tahu lanjut lagi, pergi kat http://rage.com.my/foodfight


Saja la nak bagi tahu, manalah tau rezeki hangpa...

Cara dapatkan Windows 10 percuma

Windows 10 boleh didapati secara percuma. Berikut adalah bagaimana anda boleh dapatkannya. (terjemahan dari laman web Microsoft)


TEMPAH (RESERVE)
  1. Untuk menempah (reserve) kemaskini (upgrade) percuma anda, klik pada ikon Windows 10 yang terletak di sebelah kanan bawah dulang sistem.
    • Sekiranya anda tidak dapat melihat ikon Windows 10, cuba jalankan kemaskini Windows (Windows Update). Pasang sebarang kemaskini yang disyorkan dan yang diperlukan Windows 7 atau Windows 8 PC anda. Sekiranya anda masih tidak dapat melihat ikon tersebut, sila dapatkan bantuan dari Microsoft (klik sini).
      Right bottom corner of the desktop with a circle around the Windows icon
  2. Setelah anda berada di dalam aplikasi Get Windows 10, klik “Reserve your free upgrade” dalam tetingkap aplikasi (app window).
  3. Masukkan e-mel anda jika anda mahu pengesahan tempahan ini.
  4. Windows 10 akan dimuatturunkan ke dalam peranti anda. Anda akan diberikan notifikasi apabila ia siap. Anda boleh membatalkan tempahan anda pada bila-bila masa. (Rujuk microsoft untuk maklumat lanjut (1))

KEMASKINI (UPGRADE)

Setelah anda membuat tempahan untuk memuat-turun Windows 10, anda akan diletakkan dalam senarai menunggu. Tunggu untuk pemberitahuan daripada aplikasi Get Windows 10 yang akan tiba dalam masa beberapa hari atau minggu. Setelah dapat, anda boleh menaik taraf serta-merta (atau pada masa yang sesuai).


NIKMATILAH WINDOWS 10 (ENJOY)

Anda kini mempunyai Windows 10 percuma. (tanpa perlu me-lanun)

Bagaimana untuk tipu 'memiliki' Android terkini? (Marshmallow)


Android versi terkini, Android Marshmallow telah diumumkan Google. Sementara menunggu telefon pintar anda dapat versi ini, anda boleh trick rakan-rakan anda yang kononnya anda telefon anda sudah upgrade dari Lollipop ke Marshmallow.

Berikut adalah caranya:

  1. Pergi ke laman web ini http://www.slashgear.com/gv/android-marshmallow-6-0-wallpaper-gallery/
  2. muat turun wallpaper yang disediakan ke dalam telefon anda
  3. set-kan gambar itu menjadi wallpaper dalam telefon anda
  4. tunjuk henfon anda kepada kawan-kawan (terutamanya yang gila update)

Haha... saya dah laksanakan trick di atas ke dalam tablet saya, cantik kan :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...