My College Fund
Permohonan Jarak Jauh USM 2014 kini dibuka
Permohonan PJJ USM boleh dibuat di sini.
Lain-lain tentang PJJ: tel: 04 6533219
Mungkinkah Jetman dalam filem James Bond?
"Hang biar betul... takkanlah cerita jepun Jetman nak masuk movie James Bond / Mission Impossible / Jackie Chan... ", mungkin itu yang akan diperkatakan orang tapi actually yang aku maksudkan bukan jetman Jepun tu, tapi Jetman yang ini...
Meh kita tengok mamat Peranchis ni atau namanya Yves Rossi terbang dengan alat Jetman beliau
Meh kita Jetman lawan kereta Rally (sedutan Top Gear BBC)
Apa pandangan korang, agak-agak nanti ada tak alat ni digunakan dalam James Bond akan datang?
Google Maps Street View kelihatan merakam Pulau Pinang
Baru-baru ini saya terserempak dengan kenderaan Google Maps Street View di Pulau Pinang. Nampaknya dalam masa beberapa bulan lagi kita boleh Pulau Pinang dalam Google seperti mana kita berada di tempat tersebut. (nota: Google Maps Streets View tidak merakam di dalam USM, kenderaan tersebut parking di sana agar pemandunya boleh solat Jumaat)
Untuk memahami apa itu Street View, anda bolehlah menonton youtibe ini
Astro bagi tonton filem percuma hingga 15 Februari
Pengguna dengan decoder Astro b.yond boleh menikmati filem A-List di SECARA PERCUMA hingga 15 Februari ini. Filem-filem tersebut boleh ditonton di saluran 456 (A-List).
Filem yang ditayangkan di dalam saluran A-List ini merupakan filem-filem yang memenangi anugerah-anugerah perfileman. Kebiasaannya filem-filem ini bukanlah filem-filem Amerika yang anda selalu tonton.
maklumat lanjut boleh didapati di http://www.astro.com.my/a-list
19,306 Tonton Live Youtube Sambutan Ambang 2014 bersama Ustaz Azhar Idrus di Butterworth
Hmm tahun baru ni malas la pulak nak jalan-jalan. Nak pergi sambut Ambang 2014 pun malas nak drive... eh ada siaran langsung di youtube? hehe ini sudah bagus, tak perlu nak susah-susah parking...
Pada event tersebut, selain pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus, turut menyerikan majlis adalah...
- Ustaz Syed Nurhisyam
Kumpulan Shiro (pelakon filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang)- Kumpulan nasyid SAUJANA
- Hafizh Shahrin, pelumba antarabangsa Moto2
- Syamsul Yusof, Pengarah Terbaik, Penyunting Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 2010 - KL Drift 2
- Mohd Pierre Andre, Pelakon dan Pengarah Filem
Anda boleh tonton LIVE di sini ... terima kasih kerana ZonKita ZonKuliah
kutip derma dapat RM6,000* sebulan
Sinar Harian muka surat 21 hari ini menceritakan tentang bagaimana mereka menyamar sebagai pemungut derma dan berjaya 'menipu' RM75 dalam masa dua jam sahaja.
Hasil pengiraan saya, sekiranya perkara tersebut dilakukan selama 8 jam sehari, 24 hari sebulan, kutipan yang disasarkan dapat dikumpul adalah sebanyak RM7,200.
Cuba bandingkan RM7,200 dengan gaji sebulan anda. Saya tutup di sini untuk anda membuat kesimpulan sendiri.
Fakta:
2 jam = RM 75
jadi, 1 jam = RM 75 / 2 = RM 37.50
Teori:
Sehari:
Orang biasa bekerja 8 jam sehari (tidak termasuk 1 jam rehat)
RM 37.50 x 8jam = RM 300/hari
Seminggu:
Orang biasa bekerja 5 hari seminggu (tidak termasuk 1 jam rehat)
RM300 x 5 = RM 1,500
Sebulan:
Dalam sebulan, minima ada 4 minggu.
RM1500 x 4 = RM 6,000
Setahun:
darab 12 bulan
RM 6,000 x 12 = RM72,000
Tips berjimat 2014
Assalamualaikum, wmt wbr...
1 Januari 2014 nanti, banyak benda bakal naik. Kerajaan telah mendengar keluhan rakyat, dan malam tadi Perdana Menteri telah mengumumkan 11 langkah penjimatan untuk sektor awam.
Selain itu, di sini saya berikan sedikit tips berjimat untuk menghadapi 2014. Maaflah, tulis main point je. (nak kena pulun siapkan kerja akhir tahun, sorry)
MAKAN DAN MINUM
TELEFON DAN INTERNET MUDAH ALIH
1 Januari 2014 nanti, banyak benda bakal naik. Kerajaan telah mendengar keluhan rakyat, dan malam tadi Perdana Menteri telah mengumumkan 11 langkah penjimatan untuk sektor awam.
Selain itu, di sini saya berikan sedikit tips berjimat untuk menghadapi 2014. Maaflah, tulis main point je. (nak kena pulun siapkan kerja akhir tahun, sorry)
MAKAN DAN MINUM
- orang kata masak di rumah menjimatkan, sebagai contoh, ada rakan sekerja saya suka makan Subway. Beliau tidak membeli di Subway, sebaliknya beliau ambil inspirasi dari subway dan buat sendiri sandwich beliau di rumah.
- Bandingkan harga, beli yang murah. Menakjubkan, dengan tawaran yang dibuat oleh restoran makanan segera seperti KFC dan McDonalds, anda akan dapati set menu mereka lebih murah daripada yang dijual di restoran nasi kandar.
- Beli di kedai yang menawarkan Menu Rakyat 1 Malaysia. Pada mula diperkenalkan, Harga makanan MR1M adalah: RM2.00 untuk Sarapan Pagi dan RM4.00 untuk Makan Tengah Hari ... Senarai restoran yang menawarkan MR1M boleh didapati di sini -- http://www.kpdnkk.gov.my/menu-rakyat-1malaysia
- kaji balik penggunaan astro anda, anda mungkin tidak menonton pakej-pakej mahal. Mungkin anda boleh potong ke pakej terendah. Contohnya, jika anda selalu menonton bolasepak di kedai mamak, hinggakan tidak menonton di rumah, jadi apa perlunya pakej bolasepak?
- Mungkin boleh bertukar kepada motor atau naik basikal.
- Ada rakan saya menambah tangki gas petroleum. Menurut beliau penggunaan gas menjimatkan kos pengangkutan.
- Penggunaan kereta hybrid juga dapat menjimatkan minyak.
- rancang perjalanan.
- rancang perjalanan anda untuk buat banyak persinggahan dengan satu perjalanan.
- tahukah anda yang bil elektrik anda jadi PERCUMA jika bil bawah RM20.00? Well ni zaman Pak Lah lagi dah kerajaan umumkan. Apa kata cuba jimatkan elektrik dengan off mana-mana yang tak perlu.
- Saya berjaya kurangkan bil elektrik rumah saya kepada bawah RM20 sebulan. Nak tahu apa rahsianya? Saya tukarkan pemanas air 24jam dengan cerek elektrik biasa.
- menurut Encik Ruzaimi, plag elektrik yang telah dimatikan tetapi tidak dicabut juga menggunakan sedikit elektrik
TELEFON DAN INTERNET MUDAH ALIH
- kini semakin banyak telco menawarkan komitmen rendah. Kini caj telefon yang tinggi sudah tidak memberi kesan kepada pengguna, asalkan internet rendah... jika anda tidak mengambilkira caj internet, anda kini boleh telefon dan SMS dengan PERCUMA menggunakan aplikasi seperti BBM, Line, Whatsapp, dan WeChat)
- gunakan MIFI. ... menggunakan MIFI anda boleh berkongsi internet anda kebiasaannya hingga 5 peranti (jadi anda tak perlu ada 5 simcard yang ada internet).
- Sebagai perbandingan, sekiranya ada membayar internet minimum RM30 untuk 5 simkad (dan katalah telco tu bagi 1GB utk RM30), anda kena topup RM150 ... tetapi dengan satu simkad, ada boleh dapat 5GB dengan harga RM68 (amat beza dengan RM150 kan)
- Ada telco bagi internet percuma, walaupun perlahan... sekurang-kurangnya cukuplah untuk anda whatsapp/twitter/facebook dari telefon low-end anda.
- malah kini ada telco bagi 1GB internet laju PERCUMA setiap kali top-up.
Harga Ais bakal naik mulai 1 Januari
Harga bagi ais tiub (yang boleh dimakan - ais yang anda dapat bila memesan minuman di restoran) bagi seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal dinaikkan 50sen setiap bag atau RM2.50 setiap bongkah besar.
Kenaikkan terpaksa dilakukan kerana pengusaha dikatakan tidak mampu lagi menyerap kenaikan kos elektrik, minyak disel, implementasi gaji minima, dan lain-lain kos.
Pada pandangan saya, selepas ini harga minuman sejuk bakal naik.
Langgan:
Catatan (Atom)








