My College Fund

cara nak dapat rebat RM200 telefon pintar

Wow kerajaan bagi RM200 untuk beli henset...
poster Pakej Komunikasi Belia
klik untuk muat turun poster PDF
    Cara nak dapat:
  1. Penuhi syarat terlebih dahulu
  2. Pergi ke http://nbi.skmm.gov.my, kemudian klik Pakej Komunikasi Belia
  3. Isi borang online, lepas tu cetak, print...
  4. kertas yang korang print tu bawa ke kedai yang ada logo oren..
  5. Pilih henset... beli, tolak RM200, dan bayar balance...
Tapi bukan bagi saja... mengikut FAQ korang kena "melanggan pakej jalur lebar" terlebih dahulu sebelum boleh dapat rebat ini... Yang aku faham, kalau dah "melanggan" maknanya "postpaid" la... 

Semua telefon 3G dapat rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia

Kalau hari itu cuma telefon dibawah ini sahaja yang layak mendapat rebat RM200...
kini...

Hmm... macam mana nak dapat potongan harga telefon pintar 3G ini? Kerajaan telah membuat poster panduan seperti di bawah ini

The Krystal Suites Hotel

Penat bekerja, sekali sekala nak la pergi cuti juga...
Tak sangka, tahun ni dapat tidur di The Krystal Suites. Penginapan penginapan dua (2) hari satu (1) malam ini adalah hadiah yang ditaja oleh The Krystal Suites sempena cabutan bertuah konvokesyen baru-baru ini. Saya menginap di 1 Bedroom Suites.

Ingatkan biasa-biasa je, rupanya besar... Actually, 1 bedroom suite dan 2 bedroom suite sama je besar. Aku terjumpa brosur The Krystal Suites yang berconteng. Rasanya yang 1 Bedroom harganya RM188/malam, dan 2 bilik RM248. Kalau nak tambah tilam, kena RM40/malam. (Update: masa aku balik, aku confirmkan yang harga penginapan dan diberitahu yang harga kerajaan & USM adalah RM150 dan RM200)

Hmm luas pun luas... Bayangkan korang dapat living room, dining space, mini kitchen, study... pendek kata, satu suite ni sebesar sebuah rumah kos rendah lah...










Bagaimana nak masuk USM

Ada yang bertanya bagaimana nak masuk USM. Jadi setelah saya mengkaji saya jumpa panduan di dalam Bahasa Inggeris di dalam laman web berikut

http://afterschool.my/news_details.php?nid=116

Di lain masa saya akan tulis dalam Bahasa Malaysia

TEDx Gurney Drive


TED merupakan sebuah event antarabangsa yang membolehkan individu berkongsi idea mereka dalam syarahan / (presentation) selama 20 minit. Bagi yang lainnya, mendengar ceramah mereka ini. TED asalnya merangkumi bidang Teknologi, Entertainment, dan Design. Kini ia bercambah merangkumi bidang lain antaranya seperti Bisnes, Sains, dan Isu Semasa.

Saya sempat mendengar beberapa penceramah berucap. Antara idea yang dikemukakan adalah action tagging. Kalau dalam facebook kita buat social tagging (kita tag nama orang), yang ni kita tag perbuatan orang. Pendek cerita kita tag sesuatu projek. Ceramah Georgetown Festival pula menjemput penduduk Pulau Pinang berkongsi idea untuk menjadikan Georgetown Festival sebagai festival kita, bukannya festival organisasi tertentu.
TED: ideas worth sharing

main komputer guna otak je...


Mungkin di suatu hari pada masa depan, saya akan berkata, "Dulu kami guna tikus dan tangan nak gerak cursor, sekarang korang pakai otak je, apa susah.."

Sebenarmya saintis kini semakin menghampiri ke arah itu seperti yang ditunjukkan di dalam video di bawah



henfon Android je, tapi macam henfon Windows8 terkini

LauncherWP8

Kini Pengguna Android 2.1 ke atas boleh tunjuk gempak konon-kononnya anda pakai WindowsPhone dengan LauncherWP8 oleh 乐讯.

Nak cari apps ni dalam Google Play susah sikit. Korang selalunya akan jumpa yang kena bayar. Anda perlu cari menggunakan kata kunci "LauncherWP8" atau "乐讯". Yang kedua tu dalam tulisan Cina.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.lx.launcher


Windows Phone 8 style Launcher for android

Bored of Android's User Interface? Do you like the new Windows Phone 8 start screen? If you do, then wait no more!

LauncherWP8 is a great app for you to experience the brand new Modern UI by an Android mobile phone. You can resize into the new small and large tiles, "install" apps and change theme colour! We provide 8 different sizes, colors and themes for you to choose so you can design your own favourite layout and show off to your friends!

LauncherWP8 is made by anall.cn, a website that provides you with tons of thousands of free apps, games, rom,ringtones and wallpapers. You can get anything you want in anall.cn. Please remember us!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...