My College Fund
Uiks Bihun Singapore pun kena boikot?
Pastinya ada penyokong yang terfikir nak boikot semua yang Singapura bila Malaysia tidak dapat meneruskan kempen Piala Dunia 2014 gara-gara tewas secara aggregat di kelayakkan Piala Dunia 2014 peringkat Asia.
Video Pasangan China Siksa Anak Kucing
Perbuatan pasangan ini kantoi kena rakam. Artikel di Yahoo Singapura menyatakan yang insiden ini berlaku di Tongzhou, Beijing, China pada 19 Julai.
Video ini mengimbas kembali saat-saat pilu ku menonton video 'wanita pijak anak kucing dengan kasut high-heal (carian youtube)' yang aku tonton tahun lepas.
Video Orang Tanam Anak Hidup-hidup
Anda pernah dengar cerita orang jahilliyah menanam anak-anak mereka hidup-hidup kan?
Pernah tak tengok... atau terfikir benda itu boleh terjadi dalam era ini?
Sedih tengok... nak bagi anak tu diam, mereka sumbat mulut dengan pasir...
Sila komen.
Isu KFC Malaysia
| From KFC Luar Negara |
di bawah ini merupakan VIDEO YANG MENJADI ISU
JAWAPAN DARI KFC MALAYSIA
TAK SANGKA, KEMUDIAN TIMBUL PULA YANG INI
komen dalam youtube "adoihai.... jgn buat kesimpulan dengan video yang singkat nie.... ini la org melayu kita... CEPAT MELATAH... benda tue diaorg nak cuci dulu... minyak tue akan dibuang... bukanyer digunapakai balik.... sian DAK2 KFC... tak bersalah tapi dikata bersalah... aku walaupun bukan dak KFC, tapi boleh la juga berfikir.... asik semua negatif... bila nak maju mcmnie...."
Duit menulis blog semudah 1-2-3

Salah satu cara untuk mendapatkan wang dari blog ialah dengan berniaga. Tapi tak semua orang ada produk mahupun skill untuk 'dijual'. Ada pula yang sibuk dan tidak mempunyai masa terluang untuk nak berkecimpung dengan perniagaan. Ada pula yang takut rugi.
Sempena birthday saya, hari ni saya ingin berkongsi bagaimana caranya nak membuat duit menggunakan blog. Yang ini tanpa perlu berniaga. Tambahan pula, tanpa perlu mengeluarkan modal.
Ramai yang dah tahu cara ini. Kelas mengenainya telah diadakan oleh ramai orang dengan bayaran untuk kelas tersebut ada yang menjangkau ratusan ringgit.
Hari ini saya nak bagi panduan secara percuma. Semudah 1-2-3. Sedia ya
Klik
Begini stepnya.
1. Bina blog
2. Register kepada syarikat pengiklanan online Adsense / Advertlets / Nuffnang / ManggaAds
3. Ambil kod iklan, dan letakkan dalam laman blog anda.
OK Siap. Simple kan... apa-apa pun yang penting cuma 3 ini...
FAM kena hack? atau tak bayar bil?
Dato' Seri Shahrizat & Altimet nak buat 'kad ucapan' hari bapa khas bagi pihak anda
Hari Bapa tahun ini sangat istimewa kerana Dato' Seri Shahrizat, & Altimet 'ingin buat kad ucapan' hari bapa bersama-sama anda (yang terpilih). Apa yang anda perlu buat?
- Klik link ke video youtube di atas
- Ikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam video tersebut
- Buat langkah 1 & 2 sebelum 19 Jun 2011
#OpMalaysia: laman sesawang Malaysia tumbang diserang

Walaupun belum lagi jam 12:00 malam, beberapa laman web kerajaan Malaysia telah deface akibat serangan penggodam.
Semalam, sebuah agensi kerajaan telah mengeluarkan e-mel mengingatkan pentadbir-pentadbir sistem untuk mengambil langkah sewajarnya dalam menangani 'kebocoran' keselamatan di dalam laman web mereka. Mungkin dengan sebab itu, beberapa laman web yang tumbang telah 'berjaya' dipulihkan dengan segera.
Diberitakan bahawa laman web CIDB merupakan laman web .my yang pertama 'ditumbangkan'. Selain itu, laman sesawang bukan kerajaan, KRU Studios juga turut telah ditumbangkan. Dipercayai KRU Studios menjadi sasaran kerana Norman Hakim lantang menyokong langkah menyekat 10 laman perkongsian fail popular baru-baru ini.
Diberitakan juga pengurangan harga minyak RON97 sebanyak 10sen/seliter yang diumumkan kerajaan dikatakan gagal untuk menghentikan serangan ini.
Pada ketika artikel ini ditulis, beberapa laman-laman web baru telah tumbang. Laman-laman web yang tidak berjaya di-deface, diserang secara serangan DDOS.
Untuk maklumat terkini, anda bolehlah mencari di twitter dengan kata kunci #OpMalaysia
Kerajaan keluarkan e-mel untuk menangani ancaman penggodam

Sehubungan laporan AMANZ.MY tentang Kumpulan Pengodam Ingin Menyerang Halaman Portal Kerajaan, sebuah agensi dalam Kerajaan telah mengeluarkan e-mel kepada semua jabatan ICT seluruh Malaysia.
E-mel tersebut menceritakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh staf ICT sebagai persediaan menantikan serangan Khamis ini.
Saya percaya perkara ini berlaku mungkin disebabkan berikutan sekatan kerajaan terhadap 10 laman web perkongsian fail popular baru-baru ini.
Langgan:
Catatan (Atom)



