My College Fund

Notebook vs Netbook vs Tablet

Satu hari ini ada pensyarah datang jumpa saya bertanyakan tentang komputer jenis mana yang boleh dia beli. Dia nak guna komputer ni untuk membuat kajian (research).

Hari ini komputer ada beberapa jenis, untuk pensyarah itu, dia boleh pilih dari beberapa jenis ini
  1. Desktop PC = Komputer Peribadi
  2. Laptop Notebook = Komputer riba
  3. Netbook
  4. Ultrabook
  5. Tablet

Desktop PC
  • Ini jenis komputer yang ada atas meja pejabat. Jenis yang orang beli pada 1990-an hingga pertengahan 2000-an. 
  • paling bagus untuk buat kerja
  • lebih berkuasa berbanding notebook dan tablet (pada harga yang sama)
  • lebih murah berbanding notebook dan tablet (pada power yang sama)
  • sukar dibawa merata

Laptop Notebook
  • Antara sebab wujudnya notebook ini adalah apabila adanya keperluan untuk buat kerja luar waktu pejabat, dan membawa kerja merata-rata
  • bagus untuk buat kerja
  • kurang berkuasa berbanding desktop (pada harga yang sama)
  • mahal berbanding notebook (pada power yang sama)
  • mobiliti tinggi

Netbook
  • Netbook ni ibarat laptop kecil, dengan benda yang paling cokia dan murah.
  • Walaupun idea ni dah lama wujud, tapi bila Acer Eee-PC laku di pasaran, maka syarikat2 IT lain pun berlumbalah buat netbook.
  • Komputer pertama kebanyakan orang pada 2005-2010 (sebab murahnya netbook, maka muncullah idea nak bagi netbook kat rakyat).
  • tak bagus untuk buat kerja
  • tidak berkuasa berbanding notebook
  • murah berbanding notebook
  • mobiliti: lebih kecil dan lebih ringan

Ultrabook
  • Bila orang nak power macam PC dan ringan macam netbook, maka munculnya ultrabook
  • masalahnya dengan ultrabook ni, ianya mahal berbanding notebook biasa
  • orang biasa (macam saya) paling kuat pun mampu beli notebook je

Tablet
  • Tablet pertama tidak dicipta oleh Apple. Bahkan saya memiliki tablet-PC keluaran HP. Saya memiliki touch screen lama sebelum Microsoft mengeluarkan Windows 8.
  • Bila Apple berjaya dengan iPad, maka syarikat IT sekali lagi berlumba membuat macam iPad, menggunakan OS Google Android yang percuma.
  • Kini sudah ada tablet yang lebih murah, maka orang dah tak beli netbook

So since pensyarah tadi kata dia nak buat untuk research yang biasa-biasa pakai Microsoft Office jer, so... saya sarankan beli NOTEBOOK biasa-biasa di kedai. Yang jenis RM1,500 hingga RM2,000 pun dah OK dah.

PERCUMA! rakaman seminar Jutawan Azizan Osman Hidup Luar Biasa (feat Afdlin Shauki)

Hmm...
  • Anda terlepas seminar hidup luar biasa Azizan Osman?
  • malas nak datang ke seminar Dr. Azizan Osman?
  • Tak nak beli DVD sebelah dengan harga RM197.00
  • Nak dengar Seminar ini yang PERCUMA jaaa...!
Haa takpa... anda tak payah nak curi, anda tak payah nak pirate... Dr. Azizan Osman nak bagi rakaman Seminar Hidup Luar Biasa ni PERCUMA ja...!

Anda boleh download secara percuma di laman web rasmi yang dibangunkan oleh syarikat beliau... ...iaitu di


Saya dah beli set DVD ini dua tahun lepas dengan harga RM197... Secara asasnya seminar ini dibahagikan kepada dua bahagian:
  • Afdlin Shauki menceritakan kisah beliau susah (hinggakan TV disita) hingga kini berjaya
  • dan Dr. Azizan Osman berkongsi 10 petua jadi orang berjaya
Hmm malaslah pula nak cerita panjang-panjang apa intipati seminar tu... So, kalau korang nak tau download-lah percuma dekat http://www.hidupluarbiasa.com/mp3
FREE jer!




Ramadhan - Sahur 2 pagi, Buka 10 malam


Ini kiriman gambar pamplet jadual waktu solat sepanjang bulan Ramadhan dari seorang rakanku yang berada di Ireland. Masa aku call kacau dia, saje je aku bodo geografi, saje buat-buat tak tau ada perbezaan masa 8 jam antara Malaysia dan Ireland, dan saje je buat tak tau kedudukan matahari pada musim panas menyebabkan hemisfera utara

nota

https://www.template.net/design-templates/web-elements/40-best-jquery-mobile-templates/

Syllabus Discrete Structure

Berikut adalah silibus Struktur Diskrit yang saya belajar untuk ijazah sarjana muda. Link yang disediakan merupakan pautan yang saya cari di youtube.
  1. Set Theory and Logic
  2. Relations and Functions
  3. Counting and Probability
  4. Graph Theory
  5. Boolean Algebra and Computer Logic
  6. Finite Automata
  7. Coding Theory
Lain-lain rujukan:

Syllabus Web Programming

http://academy.rasa-web.com/
Berikut adalah silibus Pengaturcaraan Web yang saya belajar untuk ijazah sarjana muda. Laman web codecademy menyediakan platform untuk anda belajar dan memperbaiki kemahiran pengaturcaraan.
  1. HTML
  2. HTML and CSS
  3. JavaScript and jQuery
  4. Web server (Apache) - manual installation
  5. PHP
  6. PHP and MySQL
  7. Project (and Exam Review)
:)

GST - Hampir tertipu dengan pekedai


Semalam aku pergi satu kedai ni, aku dahaga, Aku belilah Coke yang harganya RM2.50.

Bila aku nak bayar, dia caj RM 2.65 ... dan tak bagi resit .

Lepas aku keluar kedai tu, tiba-tiba aku terdetik nak minta resit .

Bila aku dapat,

Rupa-rupanya resit tu tercetak RM 2.50 je.

dalam resit tu dinyatakan:

Coke RM 2.36 + 6% GST RM 0.14 = Total RM 2.50.

Aik! mana datang 15sen.

Begitulah ceritanya kedai cuba nak tipu. Pantang dapat peluang nak tipu, 15sen pun nak tipu.

Permohonan Jururawat Universiti Malaya 2015 kini dibuka

Pengambilan Pelajar Diploma Kolej Sains Kesihatan 2015

(klik untuk besar)

Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my atau melalui laman web PPUM di http://www.ummc.edu.my. Pemohon perlulah membeli ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.00 untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional). Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.

Date
16-03-2015 - 05-04-2015


Permohonan Jururawat USM 2015 kini dibuka
Telefon 1-300-888-876

Universiti Sains Malaysia kini membuka peluang kepada rakyat Malaysia mengikuti program-program pengajian kejururawatan di USM.



Permohonan boleh dibuat dengan memohon di LAMAN WEB
https://pohon.usm.my/default.asp?s=6

TELEFON:
1-300-888-876




TIPS-TIPS SOALAN TEMUDUGA JURURAWAT BOLEH DIDAPATI DENGAN MEMBACA DI 
http://jururawat.net
penafian: tips yang disediakan di Jururawat.net tiada kena mengena dengan mana-mana pihak seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, dan mana-mana hospital. Sebarang kerugian daripada informasi yang tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana pihak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...