My College Fund

Awas: cubaan mencuri identiti e-mel (phishing)

Di bawah merupakan satu contoh emel yang cuba mendapatkan maklumat nama pengguna dan kata laluan anda.

Kebiasaannya, pihak emel jabatan tempat anda bertugas tidak akan mengeluarkan emel yang meminta sebarang maklumat tersebut sebegini.

Sila berhati-hati dengan email penipuan seperti ini dan JANGAN SESEKALI klik pada pautan seperti dalam  contoh emel di bawah dan mendedahkan maklumat akaun anda kepada sesiapa sahaja.

Harap maklum.


From: pentadbir sistem [mailto:nicolas.rouault@apf.asso.fr]
Sent: Monday, April 21, 2014 9:19 AM
Subject: amaran

Peti mel anda telah melebihi had penyimpanan 2.GBDitubuhkan oleh pentadbir itu kini 2.30 GB, tidak boleh
menghantar atau menerima mesej baru sehingga anda mengesahkan semula e-mel anda
Klik pautan di bawah untuk mengesahkan e-mel anda

http://serviciodecorreo3.webs.com/

terima kasih

pentadbir sistem

Mesej yang anda cuba cetak dilindungi dengan Pengurusan Hak Maklumat. Penghantar tidak memberikan anda hak yang diperlukan untuk mencetak mesej.

Sebagai orang IT, maklumat ini...

Klik pautan di bawah untuk mengesahkan e-mel anda
http://serviciodecorreo3.webs.com/

...agak tidak masuk akal. OK macam ni la... kata la emel korang adalah namaanda@syarikatanda.com ... so, pengesahan kenalah buat kat laman web http://www.syarikatanda.com/apeapelakatbelakangni ... dan bukannya http://serviciodecorreo3.webs.com

oleh kerana webs.com tu bukan syarikatanda.com ... surela tipu kan?

7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kepada usahawan Islam

Hmm sedang belek-belek facebook, terjumpa pula "7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kepada usahawan Islam" ... so saya copy paste masuk blog saya, semoga di masa depan korang senang nak cari guna Bing/Google/Yahoo.

Amanat ini dibahagikan kepada 7 tajuk besar.
#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan
#2 – Kejayaan Perlukan Masa
#3 – Jangan Putus Asa
#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu
#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri
#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri
#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat

yang selebihnya ada di bawah ni...

Kadar Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Berikut adalah kadar tol yang akan dikenakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (atau nama lamanya, Jambatan Kedua Pulau Pinang) yang akan bermula pada 12.00 pagi 1/4/2014. Walaupun 1 April, ia bukan April Fool

Permohonan Jururawat USM 2014 kini dibuka
Telefon 1-300-888-876

Universiti Sains Malaysia kini membuka peluang kepada rakyat Malaysia mengikuti program-program pengajian kejururawatan di USM.


Permohonan boleh dibuat dengan memohon di LAMAN WEB
mulai pertengahan Mac ini

TELEFON:
1-300-888-876




TIPS-TIPS SOALAN TEMUDUGA JURURAWAT BOLEH DIDAPATI DENGAN MEMBACA DI 
http://jururawat.net
penafian: tips yang disediakan di Jururawat.net tiada kena mengena dengan mana-mana pihak seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, dan mana-mana hospital. Sebarang kerugian daripada informasi yang tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana pihak.

iklan



Tol Percuma Jambatan Kedua (Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah)

jadi antara beribu-ribu pengguna pertama Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 1 pagi 2/3/2014.

Pukul 11malam 1/3/2014. Jem teruk sampai ke Queensbay


Nasib baiklah naik moto, boleh selit sampai nak masuk jambatan


Lepas tunggu lama sampai pukul 12:01am barulah jambatan dibuka, tapi belum clear lagi, tapi untuk petugas cek dulu, contohnya kalau ada anjing kena langgar, diorang letak atas divider dulu. Lepas tu pukul 1am barulah semua clear dan kenderaan awam dibenarkan lalu.

Mula-mula naik dah terkejut pasaipa slow? tengok2 ada polis. Polis buat roadblock ke? tak Polis nak arahkan moto masuk line moto...

Barulah semua OK. Sepanjang perjalanan kami kawa moto perlahan, rakam jambatan... sempatlah rakam sebab banyak moto, jalan pun kena slow-slow


Sampai ada daratan, berenti sat, perit hidung, jerebu baru start, topeng memang tak bawa la. Sedang berenti tu, saya tengok hujung sana ada tol. snap pic selfie dulu.


Lepas sampai hujung, masuk balik jambatan... Aiseh, tol la pulak... kena berehti, ingatkan kena bayar, rupanya free.... kenapa tak naik je terus palang alang-alang dah free. Aku rasa sebab diorang nak tau berapa banyak kenderaan yang guna jambatan ini dalam sebulan. Barulah JKSB boleh buat berapa tol nak dikenakan.

Sepak Takraw ciptaan Pulau Pinang?

Dalam filem LIBAS, lakonan Rosyam Noor & Scha al-Yahya, diceritakan bahawa ada satu pertandingan sepak takraw underground yang brutal dengan wakil Thailand dan Malaysia berebut menjadi juara dan seterusnya gelaran negara pencipta sepak takraw.

Begitulah pengetahuan kita tentang sejarah, hinggakan tidak confident yang permainan sepak takraw moden (atau nama sebelum ini Sepak Raga Jaring) dicipta oleh anak Pulau Pinang.

Anda semua boleh mendapatkan maklumat seterusnya dengan melayari infotakraw.com

Rahsia cara masukkan diri anda dalam iklan filem The Lego Movie

Filem The Lego Movie baru je keluar tengah malam Khamis baru-baru ini. Anda boleh kejutkan rakan-rakan anda dengan menunjukkan iklan The Lego Movie yang dibintangi oleh diri anda ... macam video yang saya ni



Bagaimana nak buat?

Berikut adalah step yang saya lalui...

1) pergi ke theLEGOmovie.com

2) klik SIGFIG Creator

3) Klik NEW

3) Pilih yang paling serupa dengan diri anda

4) Siap / Jika anda tak suka, anda boleh tukar

5) Setelah puas hati, salin kod yang tertera

6) Pergi ke page mula tadi, kemudian pilih Pilih PUT YOURSELF IN THE MOVIE

7) Klik Begin

8) Masukkan kod SigFig anda yang diberikan semasa langkah (5) dan isikan nama anda

Komputer akan siapkan video tersebut

Video anda akan dipaparkan di sini, dan anda boleh memuatturun ia untuk eksyen dengan kawan-kawan anda

Inilah antara contoh rupa video tersebut bila dah siap




Aku dalam filem The Lego Movie

Hehe... korang dah tengok cerita The Lego Movie tak? Hehe aku 'ada' dalam filem tu tau... 
hehehe 'Warner Bros' bukan sahaja menyediakan poster, malah menyediakan wallpaper dan cover facebook lagi...

poster
Facebook Cover
Computer Wallpaper
...Eh korang kata poster The Lego Movie di atas tu super impose? haa takpe... tengok trailer filem youtube di bawah ni..



hehehe 'Warner Bros' bukan sahaja menyediakan poster, trailer, malah menyediakan wallpaper dan cover facebook lagi...

Dalam masa yang sama saya ada jual ini


anda semua boleh beli di KAWTIM.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...