My College Fund

Tol Percuma Jambatan Kedua (Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah)

jadi antara beribu-ribu pengguna pertama Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 1 pagi 2/3/2014.

Pukul 11malam 1/3/2014. Jem teruk sampai ke Queensbay


Nasib baiklah naik moto, boleh selit sampai nak masuk jambatan


Lepas tunggu lama sampai pukul 12:01am barulah jambatan dibuka, tapi belum clear lagi, tapi untuk petugas cek dulu, contohnya kalau ada anjing kena langgar, diorang letak atas divider dulu. Lepas tu pukul 1am barulah semua clear dan kenderaan awam dibenarkan lalu.

Mula-mula naik dah terkejut pasaipa slow? tengok2 ada polis. Polis buat roadblock ke? tak Polis nak arahkan moto masuk line moto...

Barulah semua OK. Sepanjang perjalanan kami kawa moto perlahan, rakam jambatan... sempatlah rakam sebab banyak moto, jalan pun kena slow-slow


Sampai ada daratan, berenti sat, perit hidung, jerebu baru start, topeng memang tak bawa la. Sedang berenti tu, saya tengok hujung sana ada tol. snap pic selfie dulu.


Lepas sampai hujung, masuk balik jambatan... Aiseh, tol la pulak... kena berehti, ingatkan kena bayar, rupanya free.... kenapa tak naik je terus palang alang-alang dah free. Aku rasa sebab diorang nak tau berapa banyak kenderaan yang guna jambatan ini dalam sebulan. Barulah JKSB boleh buat berapa tol nak dikenakan.

Sepak Takraw ciptaan Pulau Pinang?

Dalam filem LIBAS, lakonan Rosyam Noor & Scha al-Yahya, diceritakan bahawa ada satu pertandingan sepak takraw underground yang brutal dengan wakil Thailand dan Malaysia berebut menjadi juara dan seterusnya gelaran negara pencipta sepak takraw.

Begitulah pengetahuan kita tentang sejarah, hinggakan tidak confident yang permainan sepak takraw moden (atau nama sebelum ini Sepak Raga Jaring) dicipta oleh anak Pulau Pinang.

Anda semua boleh mendapatkan maklumat seterusnya dengan melayari infotakraw.com

Rahsia cara masukkan diri anda dalam iklan filem The Lego Movie

Filem The Lego Movie baru je keluar tengah malam Khamis baru-baru ini. Anda boleh kejutkan rakan-rakan anda dengan menunjukkan iklan The Lego Movie yang dibintangi oleh diri anda ... macam video yang saya ni



Bagaimana nak buat?

Berikut adalah step yang saya lalui...

1) pergi ke theLEGOmovie.com

2) klik SIGFIG Creator

3) Klik NEW

3) Pilih yang paling serupa dengan diri anda

4) Siap / Jika anda tak suka, anda boleh tukar

5) Setelah puas hati, salin kod yang tertera

6) Pergi ke page mula tadi, kemudian pilih Pilih PUT YOURSELF IN THE MOVIE

7) Klik Begin

8) Masukkan kod SigFig anda yang diberikan semasa langkah (5) dan isikan nama anda

Komputer akan siapkan video tersebut

Video anda akan dipaparkan di sini, dan anda boleh memuatturun ia untuk eksyen dengan kawan-kawan anda

Inilah antara contoh rupa video tersebut bila dah siap




Aku dalam filem The Lego Movie

Hehe... korang dah tengok cerita The Lego Movie tak? Hehe aku 'ada' dalam filem tu tau... 
hehehe 'Warner Bros' bukan sahaja menyediakan poster, malah menyediakan wallpaper dan cover facebook lagi...

poster
Facebook Cover
Computer Wallpaper
...Eh korang kata poster The Lego Movie di atas tu super impose? haa takpe... tengok trailer filem youtube di bawah ni..



hehehe 'Warner Bros' bukan sahaja menyediakan poster, trailer, malah menyediakan wallpaper dan cover facebook lagi...

Dalam masa yang sama saya ada jual ini


anda semua boleh beli di KAWTIM.com.my

Laju manakah 4G berbanding 3G?


Kini 4G telah dikeluarkan, dan dikatakan lebih laju berbanding 3G. Selaju manakah 4G? Hotlink dalam facebook mereka telah mendedahkan maklumat pebandingan kelajuan antara 3G dan 4G.

Video Streaming (190 saat / 21 saat = 9.1x )
Muat-turun muzik (15 saat / 1.3 saat = 11.5x ) ... aku rasa 15 minit tu, salah taip
Muat-turun video (60 saat / 5.3 saat = 11.3x )
Muat-naik PDF (60 saat / 5.3 saat = 11.3x )
Muat-naik video (240 saat / 21 saat = 11.4x )

Jadi bolehlah diandaikan di sini yang 4G adalah 11 kali ganda lebih laju daripada 3G.

10 password paling senang nak kena hack 2013

Hmm, korang pernah kena hack tak? Hmm kadang-kadang hackers ni tak payah nak hack pun. Silap-silap bila nak masuk komputer korang, hackers cuma perlu cuba 10 password di bawah ni je.

Rank2013 Password Rank2012
1 123456 2
2 password 1
3 12345678 =
4 qwerty 5
5 abc123 4
6 123456789 new
7 111111 9
8 1234567 13
9 iloveyou 11
10 adobe123 new

Kalau korang gunakan password seperti di atas, nasihat saya adalah, cuba tukar password lain.

Sumber:http://amanz.my

Jom belajar pengaturcaraan komputer dengan pengasas facebook, twitter, microsoft, dan lain-lain individu terkenal


Nak belajar pengaturcaraan? Alang-alang belajar pengaturcaraan, apa kata belajar dengan pengasas Facebook, Twitter, Microsoft, dan lain-lain individu terkenal di CODE.org. Hmm budak tadika pun boleh belajar pengaturcaraan di code.org

Utara Malaysia bakal dilanda Angin Salji Sabtu ini

Kini orang dok heboh pasai salji di Mesir la, salji di Vietnam la, Salji di Indonesia la, kini ada cerita salji nak mai Perlis pulak? Betui ka salji nak mai Perlis? Saya ada terbaca Facebook dan blog Harian Blogger bercerita tentang satu fenomena kejadian yang bakal menimpa negeri Perlis. Fenomena angin salji atau winter winds (atau terjemahan tempatan angin timur) ini akan menimpa negeri Perlis pada Sabtu 25 Januari 2014 ... apekah? Adakah kita akan menerima salji seperti di Mesir dan pergunungan Indonesia?


Gambar hiasan dari blog MISLULLABY

printscreen dari facebook (klik gambar untuk baca lebih jelas)



kemaskini 27/1/2014 - Berita TV (RTM) dah tunjuk fenomena ini. Pada Sabtu tersebut, Perlis mencatatkan suhu serendah 16°C. Terengganu, turut merasai sejuk. Berita tersebut memberitahu yang jualan baju sejuk laris pada minggu tersebut. Tiada salji turun pada hari tersebut

kemaskini 27/1/2014 - Pada tengah malam Ahad tersebut, saya turut merasai angin sesejuk duduk di dalam aircond tatkala saya sedang makan open-air di Seberang Prai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...