My College Fund

Onlinekan perniagaan anda dan dapat 'BR1M' RM1000

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan geran RM1000 kepada usahawan untuk upgrade perniagaan mereka dari perniagaan tradisional kepada perniagaan online. Program ini dinamakan Get Malaysian Business Online atau GMBO.

Apa itu GMBO?

Ni saja nak kongsi ni, bukannya aku dapat duit apa pun...

Senang cerita GMBO ni BR1M untuk peniaga ... ye, BR1M, bukan pinjaman... duit bagi terus... OK kalau tak faham lagi kalau BR1M yang korang dapat tu korang kena bayar balik tak? tidak bukan!

Kalau tak percaya ni bukti...

Contoh: Permohonan Geran RM1000 yang telah diluluskan oleh SKMM

Contoh: Screencapture akaun Maybank blogger Ariff Shah yang telah menerima RM1000 dari SKMM
Untuk maklumat lanjut, baca di sini . Tapi kalau malas jugak tak mahu nak ambil tahu, hmm tu tak boleh nak buat apa la... orang nak bagi duit pun tak mau.

Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia dibuka semula

Wow rebat RM200 yang telah ditutup kini dibuka semula...
poster Pakej Komunikasi Belia
klik untuk muat turun poster PDF
    Berikut adalah petikan dari laman sesawang SKMM

    PEMBERITAHUAN

    SKMM ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pakej Komunikasi Belia (PKB) akan diaktifkan semula pada 26 September 2013. Pendaftaran kali ini hanya boleh dilakukan melalui wakil-wakil penjual yang dilantik syarikat telekomunikasi.

    Pendaftaran dalam talian PKB telah ditutup beberapa minggu lalu kerana ia telah mencapai kuota yang ditetapkan iaitu 1.5 juta belia. Namun, setelah pengiraan semula, didapati masih ramai yang tidak menebus rebat RM200 tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

    Mana-mana rebat RM200 yang tidak ditebus akan dimasukkan semula ke dalam jumlah besar 1.5 juta rebat untuk diagihkan semula kepada pemohon lain. Pemohon yang telah tamat tempoh sah rebat boleh terus memohon semula pada 26 September 2013. Setiap permohonan rebat RM200 yang telah lulus harus ditebus dalam masa dua minggu dari tarikh kelulusan permohonan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

    PKB telah diputuskan dalam Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri dan ianya akan terus berjalan sehingga 1.5 juta belia mendapat manfaat daripadanya seperti yang dijanjikan.

    Tolong orang dapat RM1000

    Dengan kepandaian IT, saya dah berjaya menaiktarafkan perniagaan orang Melayu, Cina, dan India. Perniagaan ceruk kampung yang telah berjaya dinaiktarafkan kepada perniagaan e-dagang antarabangsa, menerima RM1000 setiap seorang.

    Kampung Bujang, Kedah memerupakan antara beberapa tempat yang telah dilawati untuk membantu meningkatkan ekonomi usahawan.
    ini la contoh permohonan yang berjaya

    Yang tak dapat tu bukan pasal apa... malas nak buat laman web dan register

    Gambar hiasan: bersama bakal MB Kedah


    Orang lain dapat RM1000, aku dapat nasi lemak dan kopi-O ja...

    Bagaimana nak ada e-mel Google GMail (How to open GMail account)

    Salah satu akaun e-mel percuma yang popular adalah Gmail oleh Google. Google membuka perkhidmatan ini (pada mulanya, atas jemputan sahaja) pada 1 April 2004 dengan kalpasiti e-mel permulaan sebanyak 1 GB (gigabyte/gibibyte GiB). Dengan 1GB, Google menawarkan storan lebih kurang 200 kali ganda daripada pendahulu e-mel percuma (beriklan) ketika itu, iaitu  Hotmail.com dan Yahoo.com yang hanya menawarkan sehingga 5 MB (megabyte/mebibyte MiB) storan. Oleh kerana pengumuman tersebut diumumkan pada 1 April 2004, ramai yang menganggap ia adalah jenaka April Fool dari Google (Google hingga kini membuat pengumuman April Fool setiap tahun).


    Selain dari menggunakan e-mel. Membuka akaun Gmail ibarat adalah akaun google yang lain. Ia ibarat pintu masuk kepada perkhidmatan Google yang lain seperti Youtube, Blogger, dan perkhidmatan buat duit Adsense.

    Mari kita mula belajar buat e-mel Google.

    Firefox 21

    Soalan / Question:
    Di mana nak muat turun Mozilla Firefox 21 (dan bukannya Firefox 22 yang terkini?)
    Where to download the old Mozilla Firefox 21 (not the newer Firefox 22?)

    Jawapan / Answer:
    Klik di sini / Click here
    .

    Rezeki Ramadhan? Menang RM 4.7Juta dari Google

    Hari ini buka-buka e-mel kata aku menang 950 ribu pound sterling. Wow... bila aku convert dalam Google, ade la RM 4.7 juta Wow!!! KAYA GILOZZ ...

    Wow alamat Google UK pun tepat...

    Alhamdulillah, nasib baiklah aku dah pernah dapat cek duit google yang sebenarnya (dua kali), dan baru-baru ini masuk kelas Certified Ethical Hacker, maka aku tahu tektik-tektik diorang nak pekena. (actually, based on pengalaman, tak masuk kelas CEH ni pun aku dah tahu dah...)

    Di sini saya ceritakan bagaimana nak detect...

    1. Dia kata dia google, tapi apesal guna Aviso.ci

    kata Google, tapi apesal
    2ndly apesal tajuk google tu semacam je


    Wow! Alamat Google UK pun tepat... Google UK Ltd, Belgrave House, 76 Buckingham Palace Road, London SW1W 9TQ, UK

    Jadi, akhir sekali... hati-hatilah... jangan tertipu

    RM25 boleh jadi hacker

    Aku pergi Borders hari ni, sedang nak lepak Starbucks pakai wifi free, terjumpalah buku-majalah ini. apa lagi terus beli laa... The Essential Hacker's Handbook dijual pada harga RM24.50 sahaja di kedai-kedai buku berhampiran anda.



    OK SELAMAT MENG-HACK 

    Cara mudah buat virus (tipu-tipu) guna notepad je


    Berikut adalah cara untuk pekena kawan-kawan konon-kononnya PC dia kena virus...


    Code:
    x=msgbox("Your Text Here" ,Buttons, "Your Title Here")


    0 =OK button only
    1 =OK and Cancel buttons
    2 =Abort, Retry, and Ignore buttons
    3 =Yes, No, and Cancel buttons
    4 =Yes and No buttons
    5 =Retry and Cancel buttons
    16 =Critical Message icon
    32 =Warning Query icon
    48 = Warning Message icon
    64 =Information Message icon
    0 = First button is default
    256 =Second button is default
    512 =Third button is default
    768 =Fourth button is default
    0 =Application modal (the current application will not work until the user responds to the message box)
    4096 =System modal (all applications wont work until the user responds to the message box)

    Note:
    Make sure when you add another message box, you press enter twice, so there is one whole blank line in between them.


    ----------------------------------------­----------------------------------------­--------------------------------

    Epic advanced fake virus that has a code [Code = 1337] http://www.mediafire.com/?lb4058233fhsavh


    Jimat duit beli sos

    Kadang-kadang ada kawan-kawan beli makanan segera dan sos yang dapat free ada belen. Kumpul je sos ni, jangan buang maka selamat la.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...