My College Fund

Reviu (DVD) Ilmuwan Islam



Baru ini aku membeli DVD Ilmuwan Islam. DVD ini mengandungi 4 DVD untuk season 1 & 2.

Ilmuwan Islam Musim Pertama & Kedua ialah sebuah dokumentari menarik menjejaki para ilmuwan Islam terdahulu yang banyak menyumbang hasil kajian dan penemuan mereka dalam pelbagai bidang, antaranya Perubatan, Kimia, Fizik, Astronomi, Geografi, Penerokaan Laut, Sosial, Botani, Pembinaan, Antropologi, Optik, Aeronautik dan sebagainya.Antara Ilmuwan Islam yang diketengahkan termasuk Ibnu Sina, Jabir Hayyan, Ibnu Haitam, Abdul Rahman As-Sufi, Ulu-Berg, Al-Idrisi, Laksamana Cheng Ho, Ibnu Kaldun, Kosa Sinan, Al-Baithar dan ramai lagi.Melalui program ini penonton disajikan dengan pengembaraan menjejaki pencapaian para Ilmuwan Islam yang menarik merentasi Negara seperti Turki, Syria, Lebanon, Iran, Arab Saudi, China, Morocco, India dan banyak lagi.

Database - tambah data source



Atas semangat berkongsi ilmu untuk kepentingan masyarakat, saya telah menulis tentang tambah data sourcedi Cyberizman

Adding new database data source in Windows

0 Kita akan menambah data source dalam windows dengan tujuan agar ianya dapat dicapai oleh program lain terutamanya PowerBuilder 10.5. Pertama sekali anda perlu copy fail .mdb anda ke dalam desktop dari thumbdrive.

1 Pertama sekali, kita ke Start > Administrative Tools > Data Source (ODBC)


2 di ODBC Data Source Administrator, klik Add


3 di sini, pilih Microsoft Access (oleh kerana anda nak buat datasource dari Microsoft Access yang disalin)


4 Namakan data source name anda. Nama ini akan digunakan untuk mencapai pangkalan data anda


5 Pilih pangkalah datan fail yang anda copy ke desktop tadi.


6 yg bawah ni aku lupa pasai apa nak kena buat. lepas hang pilih OK semuanya akan jadi OK lepas tu

USM ke Liga Perdana


Kesebelasan utama Kelab Bolasepak Staf USM semasa final match menentang Pos Malaysia


(dari laman web USM)

PULAU PINANG, 21 Dis – Universiti Sains Malaysia (USM) muncul universiti awam pertama yang diberikan tiket untuk bertanding dalam kancah Liga Perdana, iaitu liga kedua tertinggi dalam saingan bola sepak negara selepas Liga Super.

Pemilihan USM melalui pasukan yang dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Staf USM (KBSUSM) dibuat berdasarkan kecemerlangan pasukan itu dalam aksi Liga FAM musim lalu yang menyaksikan KBSUSM muncul pasukan ketiga terbaik selepas Pos Malaysia dan Tambun Tulang.

Pengurus pasukan, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff berkata, pemilihan KBSSUSM untuk bersama 11 lagi pasukan dalam merancakkan lagi aksi Liga Perdana musim depan adalah satu pencapaian yang tidak diduga.

Katanya, KBSUSM yang dipilih Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) untuk menyertai Liga FAM musim lalu pada mulanya hanya mahu melakukan yang terbaik memandangkan peluang seumpama itu bukan mudah untuk diperoleh.

"Namun, setelah kita mula beraksi, keyakinan pemain-pemain kian bertambah dan pada akhir saingan kita berjaya merangkul kedudukan tiga teratas liga dan seterusnya diberi peluang beraksi dalam Liga Perdana musim depan.

"Justeru, KBSUSM akan terus komited dalam mempersembahkan permainan bermutu bagi menaikkan nama universiti sebaris pasukan-pasukan hebat yang lain,’’ jelas beliau ketika ditemubual di USM, baru-baru ini.

USM bersama 11 lagi pasukan akan mengharungi 22 perlawanan dalam sainga Liga Perdana dan turut tersenarai beraksi dalam pertandingan Piala FA yang dijadualkan bermula awal tahun depan.

Antara pemain yang akan mewakili KBSUSM termasuk beberapa bekas pemain Liga Super Pulau Pinang seperti penyerang, Nor Affendi Md. Yatim dan Amirul Omar, bekas ketua pasukan, M. Prakash dan penjaring terbanyak Liga FAM untuk USM, Mohamad Baser Mahamad Napae.

KBSUSM akan dikemudi bekas jurulatih Pulau Pinang, S. Veloo dan dibantu dua lagi penolong jurulatih iaitu Rosli Ali dan K. Ramajayam.

Aksi pertama Liga Perdana di antara KBSSUSM menentang Pos Malaysia dijadualkan berlangsung pada 11 Januari depan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang (sebarang perubahan tertakluk pada pindaan FAM).

Pasukan lain yang turut tersenarai dalam Saingan Liga Perdana termasuk Sabah, Sarawak, Melaka, Felda United, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kuantan Port dan sebagainya.

Selamat Pengantin Baru Afrezal

 

 

Afrezal a.k.a. Putrajaya's King of Basikal telah melansungkan persandingan-'pihak lelaki'-nya di Pulau Pinang. Persandingan telah diadakan di Dewan bla...bla...bla Polis Marin, Pulau Pinang.

Semoga ALLAH memberkati dirimu dan menghimpunkan korang berdua di dalam kebaikkan
Posted by Picasa

Kesan krisis ekonomi dunia

Krisis ekonomi dunia yang bermula sejak beberapa tahun dahulu kini semakin teruk. Sebagaimana kita maklum beberapa syarikat di USA terpaksa di-bail-out kerajaan USA. Dubai World baru-baru ini pula menghadapi masalah hutang. Di Malaysia, kakitangan awam tidak diberi bonus sebagaimana tahun-tahun lepas. Syukurlah ada RM500 wang ihsan.

Di Jepun pula, kegawatan ekonomi amat terasa apabila ultraman-ultraman yang lazimnya menyelamatkan Jepun daripada raksasa dan makhluk asing, berhijrah ke negara lain seperti Malaysia untuk mengambil upah membuat kerja-kerja 'oddjobs'.


lawan raksasa takde gaji - Ultraman Ace

Se'orang' Ultraman telah ditemui di Kedah baru-baru ini. Beliau bekerja sebagai pemandu bas sekolah. Encik Ultraman Ace (atau kini dengan nama melayunya Ultraman Terulung) berkata dalam zaman gawat ini, beliau tidak memilih kerja... asalkan ianya halal.


anak-anak pakcik ultraman turut mengambil peluang mendapatkan pendidikan di Malaysia


Menurut encik Ultraman Ace (atau kini dengan nama melayunya Ultraman Terulung), dengan memandu bas, sekurang-kurangnya beliau dapat memberi belanja dan menghantar anak-anak beliau ke sekolah.

~selanjutnya dari youtube


Posted by Picasa

Malaysia 2 - 1 Thailand - SUKAN SEA

Kursus Pra Pekerjaan dengan Wilayah Ekonomi Koridor Utara

OK. aku dapat ni dalam forum so aku kongsi dengan korang. Ni je dapat tolong... cable-cable tadak. OK. So bila mau belanja aku pizza?

Kepada sesiapa yg mempunyai sanak-saudara atau sahabat-handai di negeri2 kawasan Utara yg sedang mencari pekerjaan.

NCIA (Wilayah Ekonomi Koridor Utara) merupakan program pembangunan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan menaiktaraf hidup penduduk kawasan utara (Perlis, Kedah, Penang, Utara Perak). Pihak berkuasa pelaksanaan koridor utara (NCIA) telah menyediakan PET Program untuk menaiktarafkan modal insan di kawasan tersebut. Beberapa kursus telah ditwarkan terutama kepada lepasan SPM yg tidak mempunyai pekerjaan atau yang ingin mendapatkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu dan memudahkan mereka mendapat pekerjaan dalam bidang-bidang tertentu di wilayah koridor utara. PET diwujudkan khas untuk penduduk wilayah utara di mana program ini ditaja sepenuhnya oleh NCIA serta elaun bulanan akan diberikan sepanjang kursus.

Terdapat beberapa kekosongan dalam beberapa kursus yang ditawarkan seperti berikut:-

A) Kecantikan dan Kesihatan
1) Dandanan Rambut
2) Rawatan Muka
syarat: Minimum SPM, terbuka kepada lelaki & perempuan yg mempunyai minat mendalam utk membina kerjaya dalam industri hospitaliti

B) Pemandu Pelancong
syarat: Minimum SPM dan berminat membina kerjaya dalam industri pelancongan, fasih berbahas Malaysia & Inggeris, Fasih berbahasa ketiga seperti Arab & Jepun diutamakan.

Program Latihan sadalah selama 6 bulan akan dimulakan pada 28hb. Disember 2009. Sekiranya berminat, sila hubungi Pn. Ilyani Tel: 03-78031151 atau e-mail: ilyani.ismail@ humancap. com.my

p/s: Khas untuk peserta daripada Negeri-negeri di kawasan Utara sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...