My College Fund

Cubicle baru aku



Buat kawan-kawan yang tengah boring, dan mencari blog untuk menghilangkan bosan, ni untuk anda. Takde apa-apa yang istimewa. This is my new cubicle... dalam kawasan yang dahulunya bilik Ketua Bahagian R&D dan Inovasi.

Sementara ia masih kemas, aku tangkap gambar untuk tatapan anda.


G A M B A R * S E M A L A M


Bila boring, atau apabila semangat membakar (Frets on Fire) ... kami coding sebegini


Shutdown terakhir sebelum pack barang, pindah cubicle

Cubicle lama aku


This was my working cubicle, a nice cubicle. Untuk pengetahuan Afrezal, bilik Makmal Sains Komputan / Makmal Smart Card / Rezdrake's Lair telah dibahagi dua. Majoriti (tempat aku, en. Hazmin, Muhammad Awwad & General Abdellah) dibubuh cubicle dan programmer (dan S.A.) kebanyakkan wanita ditempatkan di situ. Kemudian satu lagi tempat server dibuat 8 cubicle (kawasan hang duduk afrezal), asalnya takde orang, kemudian penuh dengan S.A. baru.

Dua bilik yang aku sebutkan tadi, kini telah direnovate dan dicombine semula untuk dijadikan bilik seminar.

So selamat tinggal one of my best cubicle

ada 33 follower twitter, not a big deal

Cuti mengundi


~ gambar hiasan dari flickr

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa saya bercuti pada 6, 7, dan 8 April 2009 untuk menunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi.

Pertandingan Menembak SUKJAB 2009






Lawatan ke Kelantan

Kami tiba ke Kubang Kerian dalam 7:00 mlm. Pada sebelah malam, selepas solat. kami keluar makan berhampiran dengan Bazar Buluh Kubu. Kemudian meneroka Pasar Malam di situ.

Keesokannya, kami telah melawat PPKT di Kampus Kesihatan USM, kemudian kami ke Nordin Batik untuk lihat pembuatan batik dan beli barangan batik. Pada tengah harinya pula, kami ke berhenti di Bazar Buluh Kubu untuk ke Pasar Besar Siti Khadijah. Dalam kepanasan tengah hari itu saya terlihat belangkas, dan seolah2 berada di bandar adik-beradik Kasaoka City, Jepun. Tak sempat ke Pasar Besar Siti Khadijah. Tapi sekurang-kurangnya bershopping juga di Bazar Buluh Kubu.

Realitinya, saya bersama rombongan meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang dan seterusnya Bukit Bunga. Kami terserempak dengan dua bas USM yang lain di Bukit Bunga. Seterusnya kami meneruskan perjalanan dan tiba di USM pada jam 2:00 pagi



Lawatan ke Terengganu



Awal bulan ini aku telah berkesempatan untuk ke Terengganu. Ini merupakan hasil inisiatif beberapa staf PPKT yang bermotivasi untuk bershopping sakan.



Di Terengganu kami bersempatan untuk melawat Masjid Terapung, Muzium Terengganu (gambar), Masjid Kristal (gambar), membeli belah di Pasar Payang (gambar), membeli produk keropok lekor, losong, dan ikan di Losong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...