My College Fund

Tunjuk Perasaan di USM


pelajar USM telah mengadakan tunjuk perasaan membantah kekejaman Israel di Semenanjung Gaza. Acara ini diadakan di pintu masuk Sungai Dua, berhadapan dengan Kompleks Eureka dan Masjid USM.


Pelajar menunjukkan sokongan terhadap kempen yang diberi dengan menandatangani banner besar. Aku juga dipelawa untuk menandatangani banner tersebut.


Sambil itu, tabung derma juga disediakan untuk membantu penduduk Gaza yang dalam kesukaran.



Tazkirah Kerja


Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa"
dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja,
sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,sela-
gi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Rokok Chap Kuching - Kenangan Masa Silam

Gambar ini diambil semasa saya melawat pameran Perpustakaan Negeri Pulau Pinang di Pesta Pulau Pinang.



Rokok CHap KucHing anyone?

Ruzaimi ajar PHP kat staf PERDA



Recently my friend Ruzaimi telah mengajar staf PERDA. Kelas tersebut mengambil masa 4 hari. Cehh... kalau aku tau, awal2 aku dah masuk belajar kelas dia secara pirate.

Eureka Bistro di Kompleks Eureka



Staf-staf di Kompleks Eureka tak perlu lagi berjalan jauh untuk rehat tengah hari dengan kemunculan sebuah kafe di Kompleks Eureka. Kafeteria yang diberinama "Eureka Bistro" telah memulakan operasinya pada Disember 2008. Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan pilihan juadah dan minuman yang disediakan.


Pelbagai pilihan juadah yang masih panas menarik pelanggan. Tengok tu... berasap lagi...

Hari Kelepasan Am 2009 (untuk Pulau Pinang)

Hari Kelepasan Am Persekutuan

Tahun Baru Cina (2 hari)
- 26 Januari (Isnin) - 27 Januari (Selasa)

Hari Keputeraan Nabi Muhammad (S.A.W) (Maulidur Rasul)
- 9 Mac (Isnin)

Hari Pekerja
- 1 Mei (Jumaat)

Hari Wesak
- 9 Mei (Sabtu)

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
- 6 Jun (Sabtu)

Hari Kebangsaan
- 31 Ogos (Isnin)

Hari Raya Puasa (2 hari) (*)
- 20 September (Ahad) - 21 September (Isnin)

Hari Deepavali (*)
- 17 Oktober (Sabtu)

Hari Raya Qurban (*)
- 27 November (Jumaat)

Awal Muharam (Maal Hijrah)
- 18 Disember (Jumaat)

Hari Krismas
- 25 Disember (Jumaat)

Hari Kelepasan Am Negeri Pulau Pinang
Tahun Baru 2009
- 1 Januari (Khamis)

Hari Thaipusam
- 8 Februari (Ahad)

Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
- 11 Julai (Sabtu)

Hari Nuzul Al-Quran
- 7 September (Isnin)

Tarikh Gaji Kerajaan Persekutuan 2009

January 19 / 01 / 2009 – Isnin (Thn Baru Cina 26 & 27)
February 25 / 02 / 2009 - Rabu
March 25 / 03 / 2009 - Rabu
April 23 / 04 / 2009 - Khamis
May 25 / 05 / 2009 - Isnin
June 25 / 06 / 2009 - Khamis
July 23 / 07 / 2009 - Khamis
August 25 / 08 / 2009 - Selasa
September 10 / 09 / 2009 – Khamis (Hari Raya Puasa 20 & 21)
October 08 / 10 / 2009 – Khamis (Deepavali 17)
November 25 / 11 / 2009 - Rabu
December 17 / 12 / 2009 – Khamis (Krismas 25)

Majlis Penyempurnaan & Kesinambungan TeleWorking

Baru-baru ini aku telah dijemput ke Majlis Penyempurnaan & Kesinambungan TeleWorking yang dianjurkan oleh YKS. Acara ini diadakan bertempat di Dewan Haji Ahmad Badawi, Butterworth.

YKS sebagai sebuah NGO mempromosikan telekerja ini sebagai satu lagi saluran kerja.

Ringkasnya, teleworking ni kerja dari rumah. Dengan menjadi teleworker, anda akan bekerja dengan majikan anda dari 'kemudahan' rumah. Anda mungkin perlu datang pejabat 1 hingga 2 jam, kemudian meneruskan kerja anda di rumah.



Hadirin memenuhi dewan untuk mengetahui apa itu tele-kerja ni. Apa pun kalau mereka lupa tentang tele-kerja ni, bolehlah ke laman web t-center.


Kehadiran Menteri Sumber Manusia disambut oleh penyambut tetamu yang cun giler dan paluan kompang.


Majlis penyampaian hadiah dan kunci kesinambungan projek


Lain-lain gambar. (3) ICT Penang vs Intel


Sumathi, Fika, dan Liza.
Nas ... hai Nas, sampai tersipu-sipu Liza tu...
By the way, jarak umur antara aku dengan Liza & Fika dalam 10 tahun ...hai dah tua dah aku ni...

Selamat Tahun Baru



SUNGAI ARA, BAYAN LEPAS, - Kawasan Rukun Tetangga Taman Desaria Sri Merpati telah menganjurkan Malam Semarak di Ambang Tahun Baru 2009. Acara malam ini diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara penduduk. Pelbagai aktiviti terutamanya sukaneka telah diadakan. Penduduk yang turut bersama-sama mengira detik 12:00 tengah malam 'dihadiahkan' dengan pertunjukkan bunga api sempena menyambut tahun baru.


Acara sukaneka disertai oleh generasi muda dan ibu-bapa


Ramai yang datang untuk memeriahkan majlis. Hadiah juga disediakan untuk pemenang sukaneka. Finally, tahun baru dan pertunjukan bunga api (yang diawasi oleh pihak Polis)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...